Labels
- Cinta (5)
- Diari Seorang Lelaki... (12)
- Edisi Khas (3)
- Fikiran (1)
- Hubungan (4)
- Inspirasi (1)
- Kekeluargaan (4)
- mentaliti (1)
- Motivasi (5)
- Perpisahan (1)
- Psikologi (3)
- Puisi (2)
- Tips (3)
Wednesday, July 20, 2011
Peaceful, Harmony and Inspire: Gugur anak bukan bermaksud gugur dosa..
Peaceful, Harmony and Inspire: Gugur anak bukan bermaksud gugur dosa..: "Anak Perkara yang sebuah magis bagi manusia. Keindahan tentang anak adalah dapat melaui frasa mendewasakan mereka, melaui setiap waktu ..."
Thursday, July 14, 2011
Gugur anak bukan bermaksud gugur dosa..
Anak
Perkara yang sebuah magis bagi manusia. Keindahan tentang anak adalah dapat melaui frasa mendewasakan mereka, melaui setiap waktu jatuh, tangisan, juara, kegembiraan, di depan mata kita. Melihat mereka membesar, adalah sesuatu yang tdaik mungkin dapat dibeli, ditukar ganti dengan apa jua keadaan. Tanyalah pada setiap inasn berhati murni, anak adalah satu nikmat kehidupan, satu anugerah dari Ilahi yang mungkin, tidak semua manusia kan merasa.
Penulis hari ini, tidak langsung bangga hidup di era millennium, kerna manusia hari ini hatinya kotor, umpama roti berkulat bertahun lamanya. Begitu ramai dilahirkan berwajah cantik dan segak gayanya, malang ramai manusia dari bilangan ini adalah mereka yang hatinya adalah hati pembunuh, manusia berhati dingin berdarah reptilia.
Sedar pada kita, ramai prempuan pada saat penulis berbicara, menjadi pembunuh paling hebat dalam sejarah tamadun manusia. Ibu merupakan satu simbol kesucian, penyejuk hati, malah boleh dikatakan ibu adalah simbol kasih sayang kita semua. Namun hari ni, gara-gara tercemarnya maruah diri 'bidadari' dunia, satu jasad yang baru hendak bernyawa menjadi korban kerakusan insan yang bernafsukan kuda judi, bertuankan iblis yang menawarkan ganjaran keseronokan tidak terhingga.
Perempuan yang hamil gara-gara memberikan lelaki tidak sah untuknya dengan memberikan maruah serta rahimnya, adalah mereka yang cetek kewarasan diri. Lelaki sememangnya makhluk yang dibentuk dengan memilki satu nafsu, iaityu nafsu 'bersama' kaum hawa. Ini adalah fakta dan perempuan seharusnya sedar akan perkara ini. Pentingnya menjaga maruah dari memberikan ia pada lelaki buaya cap belalai gajah ini kerana lelaki-lelaki inilahyang kan merosakkan segalanya yang indah dalam dunia ini. Mereka tidak pernah sesekali CINTA 'kan anda, anda hanyalah persinggahan satu permainan menyeronokkan, diperlukan mereka bagi memenuhi KEPERLUAN BIOLOGI LELAKI.
Lelaki yang benar cintakan seseorang wanita adalah lelaki yang menjaga maruahnya dan juga maruah anda, dan tidak sesekali walau sedetik lerlintas di minda dan hatinya, untuk merampas sesuatu yang bernilai dari anda, wahai wanita. Tujuan utama Islam tidak sama sekali membenarkan wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan adalah kerana setiap sentuhan, merupakan satu simbol kasih sayang bagi wanita-Malangnya bagi lelaki, ia adalah satu keseronokkan dan pembuka jalan kepada permainan yang lebih menarik.
Saat anda mengetahui anda hamil, ia sepatutnya menjadi saat manis dalam hidup anda. Tanyalah pada mereka yang sudah berkhawin, mengetahui isteri hamil-Satu perasaan yang sangat teruja bagi sang suami. Ada yang meloncat, mlah jadi sangat penyayang dan caring pada isteri saat isterinya mengandung, malah ada yang mengalami alahan hamil*Suami yang asyik muntah-muntah, kurang sihat-dan ia tidak berlaku pada isterinya..Hehehehe*..Fikirlah, bukankah saat ini yang anda mahukan? Sebaliknya, anda akan diminta mengugurkan kandungan apabila memberitahu anda hamil kepada lelaki yang kononya berjanji ala Romeo Di Caprio untuk bertanggungjawab di atas perlakuannya kepada anda.
Dunia gelap-Umpama batu besar jatuh di bahu anda. Saat keluarga mengetahui, ada yang menyuruh gugurkan, anda yang membuang anda dari salah silah keluarga, malah segelintir menerima kesalahan anda. Pada saat ini, siapakah yang anda mahu paling mengadu kesusahan?? Ke manakah harus anda pergi agar diterima tanpa prejudis? Masihkan anda punya keberanian mengadap Pencipta Langit dan Bumi-Allah S.W.T??
Andai Allah tidak permudahkan hidupmu waktu ini, saat yang terlintas dibenak sambil berbisik syaitan-Gugurkanlah kandungan anda, jangan bertangguh pasti berkumandang di halwa telinga dan fikiran daalam anda. Lalu, andai mengiyakan bisikan ini lalu membulatkan tekad mahu membunuh kandungan anda.
Fikirkan begini-Berzina adalah antara dosar besar, dan Allah memang memurkai perbuatan BERZINA. Lalu anda mahu membunuh kandungan anda kerana anda merasakan anda terpaksa, sedarkah membunuh itu juga DOSA BESAR?? Mari saya tunjukkan Matematik Islam...1 Dosar Besar BerZina+ 1 Dosa Besar Membunuh= NERAKA JAHANAM TINGKAT VVVVVVIP...Sangat menarik kan hadiah yang anda dapat???
Jika anda tidak insaf sekalipun kerana berzina, jangan tambahkan lagi dosa yang sedia ada. Pergilah pada tempat-tempat perlindungan untuk wanita mengandung tanpa berkhawin, lahirkan anak anda. Dia tidak bersalah, malah takdirnya wujud kerana kesilapan anda. Ingatlah fakta ini selamanya.
Dia mungkin menjadi sejarahwan, pemimpin hati yang BERSIH, penegak syiar Islam, juga perlu di ingat-Dia tetap anak anda. Doanya untuk anda tidak pernah putus, malah mungkin kerana doanya anda'kan ditempatkan di syurga harum mewangi. Anak itu berhak hidup, punya hak untuk hidup-Jangan anda rampas hak itu darinya kerana jika anda merampasnya, anda dan lelaki belalai gajah itu adalah hati berti berkembar Siam. Walau anda tidak mahu mengambil peluang mendewasakan anak tersebut, ingatlah bahawa ada ramai lagi insan berhati suci ingin mengambil peluang tersebut membesarkan anak itu seperti anak mereka.
Penulis pernah melalui pengalaman mengetahui mama orang yang penulis pernah cintai mahu menggugurkan kandungannya. Kesannya, penulis dapati anaknya jadi hati yang agak reptilia seperti hati mamanya itu. Penulis gerun, jadi penulis harap pembaca ambil ikhtibar.
'Akashah
13 Sya'ban 1432 Hijrah
Perkara yang sebuah magis bagi manusia. Keindahan tentang anak adalah dapat melaui frasa mendewasakan mereka, melaui setiap waktu jatuh, tangisan, juara, kegembiraan, di depan mata kita. Melihat mereka membesar, adalah sesuatu yang tdaik mungkin dapat dibeli, ditukar ganti dengan apa jua keadaan. Tanyalah pada setiap inasn berhati murni, anak adalah satu nikmat kehidupan, satu anugerah dari Ilahi yang mungkin, tidak semua manusia kan merasa.
Penulis hari ini, tidak langsung bangga hidup di era millennium, kerna manusia hari ini hatinya kotor, umpama roti berkulat bertahun lamanya. Begitu ramai dilahirkan berwajah cantik dan segak gayanya, malang ramai manusia dari bilangan ini adalah mereka yang hatinya adalah hati pembunuh, manusia berhati dingin berdarah reptilia.
Sedar pada kita, ramai prempuan pada saat penulis berbicara, menjadi pembunuh paling hebat dalam sejarah tamadun manusia. Ibu merupakan satu simbol kesucian, penyejuk hati, malah boleh dikatakan ibu adalah simbol kasih sayang kita semua. Namun hari ni, gara-gara tercemarnya maruah diri 'bidadari' dunia, satu jasad yang baru hendak bernyawa menjadi korban kerakusan insan yang bernafsukan kuda judi, bertuankan iblis yang menawarkan ganjaran keseronokan tidak terhingga.
Perempuan yang hamil gara-gara memberikan lelaki tidak sah untuknya dengan memberikan maruah serta rahimnya, adalah mereka yang cetek kewarasan diri. Lelaki sememangnya makhluk yang dibentuk dengan memilki satu nafsu, iaityu nafsu 'bersama' kaum hawa. Ini adalah fakta dan perempuan seharusnya sedar akan perkara ini. Pentingnya menjaga maruah dari memberikan ia pada lelaki buaya cap belalai gajah ini kerana lelaki-lelaki inilahyang kan merosakkan segalanya yang indah dalam dunia ini. Mereka tidak pernah sesekali CINTA 'kan anda, anda hanyalah persinggahan satu permainan menyeronokkan, diperlukan mereka bagi memenuhi KEPERLUAN BIOLOGI LELAKI.
Lelaki yang benar cintakan seseorang wanita adalah lelaki yang menjaga maruahnya dan juga maruah anda, dan tidak sesekali walau sedetik lerlintas di minda dan hatinya, untuk merampas sesuatu yang bernilai dari anda, wahai wanita. Tujuan utama Islam tidak sama sekali membenarkan wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan adalah kerana setiap sentuhan, merupakan satu simbol kasih sayang bagi wanita-Malangnya bagi lelaki, ia adalah satu keseronokkan dan pembuka jalan kepada permainan yang lebih menarik.
Saat anda mengetahui anda hamil, ia sepatutnya menjadi saat manis dalam hidup anda. Tanyalah pada mereka yang sudah berkhawin, mengetahui isteri hamil-Satu perasaan yang sangat teruja bagi sang suami. Ada yang meloncat, mlah jadi sangat penyayang dan caring pada isteri saat isterinya mengandung, malah ada yang mengalami alahan hamil*Suami yang asyik muntah-muntah, kurang sihat-dan ia tidak berlaku pada isterinya..Hehehehe*..Fikirlah, bukankah saat ini yang anda mahukan? Sebaliknya, anda akan diminta mengugurkan kandungan apabila memberitahu anda hamil kepada lelaki yang kononya berjanji ala Romeo Di Caprio untuk bertanggungjawab di atas perlakuannya kepada anda.Dunia gelap-Umpama batu besar jatuh di bahu anda. Saat keluarga mengetahui, ada yang menyuruh gugurkan, anda yang membuang anda dari salah silah keluarga, malah segelintir menerima kesalahan anda. Pada saat ini, siapakah yang anda mahu paling mengadu kesusahan?? Ke manakah harus anda pergi agar diterima tanpa prejudis? Masihkan anda punya keberanian mengadap Pencipta Langit dan Bumi-Allah S.W.T??
Andai Allah tidak permudahkan hidupmu waktu ini, saat yang terlintas dibenak sambil berbisik syaitan-Gugurkanlah kandungan anda, jangan bertangguh pasti berkumandang di halwa telinga dan fikiran daalam anda. Lalu, andai mengiyakan bisikan ini lalu membulatkan tekad mahu membunuh kandungan anda.
Fikirkan begini-Berzina adalah antara dosar besar, dan Allah memang memurkai perbuatan BERZINA. Lalu anda mahu membunuh kandungan anda kerana anda merasakan anda terpaksa, sedarkah membunuh itu juga DOSA BESAR?? Mari saya tunjukkan Matematik Islam...1 Dosar Besar BerZina+ 1 Dosa Besar Membunuh= NERAKA JAHANAM TINGKAT VVVVVVIP...Sangat menarik kan hadiah yang anda dapat???
Jika anda tidak insaf sekalipun kerana berzina, jangan tambahkan lagi dosa yang sedia ada. Pergilah pada tempat-tempat perlindungan untuk wanita mengandung tanpa berkhawin, lahirkan anak anda. Dia tidak bersalah, malah takdirnya wujud kerana kesilapan anda. Ingatlah fakta ini selamanya.
Dia mungkin menjadi sejarahwan, pemimpin hati yang BERSIH, penegak syiar Islam, juga perlu di ingat-Dia tetap anak anda. Doanya untuk anda tidak pernah putus, malah mungkin kerana doanya anda'kan ditempatkan di syurga harum mewangi. Anak itu berhak hidup, punya hak untuk hidup-Jangan anda rampas hak itu darinya kerana jika anda merampasnya, anda dan lelaki belalai gajah itu adalah hati berti berkembar Siam. Walau anda tidak mahu mengambil peluang mendewasakan anak tersebut, ingatlah bahawa ada ramai lagi insan berhati suci ingin mengambil peluang tersebut membesarkan anak itu seperti anak mereka.Penulis pernah melalui pengalaman mengetahui mama orang yang penulis pernah cintai mahu menggugurkan kandungannya. Kesannya, penulis dapati anaknya jadi hati yang agak reptilia seperti hati mamanya itu. Penulis gerun, jadi penulis harap pembaca ambil ikhtibar.
'Akashah
13 Sya'ban 1432 Hijrah
Tuesday, June 21, 2011
Ciri-ciri seorang ayah pada lelaki...
![]() |
| Chomelnya..hehehe |
- Layanan kepada ibunya
- Melatakkan orang lain dihadapan
- Abang/ Anak yang bertanggungjawab
Lihat pada bagaimana cara dia melayan adik-beradiknya. Ada lelaki yang memainkan peranan seperti seorang ayah dalam melayan adik-beradiknya. Dia rasa bertanggungjawab dalam memberikan contoh yang baik, mendidik, dan melayan adik beradiknya sebaik mungkin. Lihat pada kualiti dan perwatakkan adik-beradiknya, jika semuanya menjadi individu-invidu yang penuh dengan kualiti positif, maka ia menunjukkan dia punya persiapan rapi dalam mendidik anak-anak- Tolenrasi
- Tegas, tetapi juga penyayang
![]() |
| Ayah yang loving qiut...;) |
Pada penulis, kualiti paling penting yang perlu seorang lelaki ada dalam menjadi ayah yang baik adalah bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab, Insya Allah akan berasa bertanggungjawab terhadap agama dan keluarganya..Dia akan berusaha menjadi ayah yang terbaik serta sanggup bersusah payah demi anak-anaknya, menjadi penyayang pada isterinya, imam kepada keluarga dengan memberikan contoh terbaik pada anak-anak. Nasihat penulis, carilah lelaki yang sentiasa mempamerkan kasih sayangnya kerana apabila anda dapat melihat dan merasai kasih sayangnya, maka kebahagian itu Insya Allah akan berkekalan.
'Akashah
20 Rejab 1432 Hijrah
Saturday, May 14, 2011
Tips suami romantis

Saya sendiri berharap saya dapat lakukan apa yang saya tuliskan disini..Insya Allah..
- Pergilah kepada kesayangan anda
Apabila anda pulang dari tempat kerja, apakah yang anda lakukan? Mandi, menonton tv, atau makan?? Perkara pertama yang anda harus lakukan pabila pulang adalah terus mencari isteri anda dan memeluknya. Wanita sentiasa menyukai sesuatu yang romantis dan manis. Apabila anda mendapatkan dia sebaik anda menjejaki kaki di rumah, dia berasa sangat penting kepada anda. Sentuhan adalah sesuatu yang penting bagi wanita. Apabila anda memberikan dia pelukan, dia berasa sangat tenang dan perasaan resah, gundah gulana, mahupun kemarahan dia pada hari tersebut akan berkurangan.
Jika pulang lewat, pastikan anda menelefon isteri anda dan memaklumkan pada dia, anda akan pulang lewat pada hari tersebut.
- Berikan perhatian
Apabila isteri cuba berkomunikasi dengan anda, pastikan anda menumpukan sepenuh perhatian kepada dirinya. Tutup tv, surat khabar dan telefon bimbit anda dan dengar dengan penuh perasaan. Mendengar dengan empati, iaitu perasaan yang mampu menyelami apa yang isteri anda sedang rasa kan pada ketika penceritaan. Renung matanya, jika dia menangis, rasailah kessedihan dia dengan menitis juga air mata, atau lapkan airmatanya. Jika dia marah atau sedih tentang sesuatu, pelukan adalah yang dia perlukan
- Pujian yang istimewa
Wanita memang sukakan pujian, terutama pujian yang ikhlas. Namun, untuk pujian yang benar-bendar dapat membuat isteri anda terpegun dan tersenyum manja, berikan pujian dengan kata-kata yang agak menarik, dimana dia dapat melihat anda mengambil masa untuk berfikir perkataan yang sangat manis untuk diucapkan.
Contohnya;
Jika anda mendengar dia menyanyi, pujian suara dia sedap adalah biasa. Pujilah dia dengan 'Sayang, awak ni seorang penyanyi berbakat.'
Jika dia membuat sesuatu keputusan yang tepat, pujian berbunyi awak memang pandai adalah biasa. Pujilah si dia dengan 'Sayang, kebijaksanaan awak adalah mengkagumkan.'
Jika dia tersenyum atau meberikan senyuman pada anda, pujian senyuman awak cantik adalah biasa. Berilah pujian,'Sayang, senyuman awak sangat berseri-seri dan indah untuk dipandang'.
Jika dia merenung anda atau anda terpandang matanya, jangan katakan matanya adalah cantik. KATAKAN, 'sayang, mata awak punya kilauan yang sangat istimewa.
Setiap kali terpandang wajahnya, tidak kira walau berapa usia perkhawinan anda, pujilah dengan- Sayang, awaklah wajah bidadari yang saya ingin selalu tatapi..
- Panggilan
Waktu mula-mula memikat, berapa banyak kali anda ucapkan 'I love you' ? Setelah berkhawin, adakah bilangannyabertambah atau berkurang???=)
Jika anda berada di pejabat, telefon lah isteri anda dan tanyakan jika dia ada sesuatu yang menarik untuk berkongsi dengan dengan dia atau sekadar memberitahu dia, 'Honey, I love you'...(^_^)
Kalau boleh, anda sentiasa mengatakan 'I love you' padanya, sekurang-kurangnya 7 kali sehari..
Andai anda berjauhan darinya untuk seketika kerna tuntutan kerja, pastikan anda menghubungi dia dan beritahu diaanda sentiasa rindukan dia.Jangan bagi dia peluang untuk telefon anda dan menyatakan rindu.Pastikan anda yangpertama menzahirkan rindu.
- Gambar
Pastikan anda menyimpan gambar isteri anda dalam dompet dan biarkan dia melihat gambar tersebut. Sentiasa 'update'gambar-gambar dia dengan yang terbaru supaya dia tahu, anda tidak pernah jemu menatap wajahnya tidak kira berapa usianya.
Juga, sentisa menangkap gambar isteri anda pada majlis-majlis tertentu. Dia akan berasa teruja apabila anda sentiasa menangkap gamabr dia yang menarik pada majlis-majlis yang dihadiri anda berdua.
- Kejutan
Anda boleh membeli bunga lalu menghadiahkan pada isteri anda. Tidak perlu menunggu pada hari-hari yang istimewa untuk memberikan dia bunga, berilah pada saat yang isteri anda tidak jangka.
Juga, buatlah satu nota khas, puisi, sajak atau pun lagu khas untuknya. Anda juga boleh membuat perancagan yang lebih romantis dimana tiba lebih awal atau ambil cuti pada hari-hari yang istimewa, masak dan berpakaian sgt kemas dan segak. Nikmati makan malam bersama isteri, pasang lagu kesukaan ataupun lagu cinta anda berdua lalu menarilah bersamanya..
Untuk lebih kreatif, pastikan anda mengukir 'I love you' pada sabun mandi yang selalu isteri gunakan. Andai dia melihat perkara ini, dia kan tersenyum dengan telatah anda..=)
- Sentuhan
Sentuhan adalah perkara yang paling disukai isteri. Apabila isteri anda bercakap dengan anda, sentuh atau pegang tangannya. Juga renung pada matanya, ia memberi isyarat anda sedang cuba memahami perasaanya. Setiap kali habis menunaikan solat, pastikan anda memeluk dan mencium dahi isteri anda..*Yang ni bebas, ikut apa yg korang suka..hehehe*
Selalu berikan isteri anda pelukan, sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Jangan segan untuk menujukkan kasih sayang anda pada isteri pada anak-anak. Kajian menunjukkan, jika ibu bapa selalu menunjukkan kasih sayang antara mereka, anak-anak selalunya akan menjadi seorang yang penyayang pada keluarganya..MAlah, Rasulullah pun menggalakkan berkasih antara suami isteri..;)Pastikan anda bersiap sedia untuk masa tidur pada masa yang sama dengan isteri. Apabila mahu tidur, pastikan anda bertanya bagaimana harinya, dan dakaplah isteri anda seerat-eratnya. Jika isteri anda sukar untuk melelapkan mata, waktu inilah anda harus bercakap dengan banyak. Pastikan anda berbicara sesuatu yang isteri anda tidak minat*Elakkan cerita bola, politik, artis kegemaran anda*, seperti masa silam anda, perbuatan anda yang paling nakal. Apabila dia tertidur, jangan marah atau berkecil hati.Sebaliknya, ciumlah dahi isteri dan berikan dia senyuman yang paling manis walaupun dia telah tidur. Juga, nyatakan betapa anda berterima kasih di atas segala pengorbanan isteri. Sejujurnya, pada waktu inilah, anda akan lihat saat-saat tercantik isteri anda..=)
Perkhawinan bukan alasan untuk menjadikan diri anda kurang romantis. Ia adalah pembuka jalan unuk kita lebih pandai menunjukkan kasih sayang. Alasan lelaki tidak pandai menunjukkan kasih sayang adalah alasan bergenerasi yang kita gunakan untuk menidakkan pasangan kita mendapat kasih sayang yang maksima. Baginda Muhammad pun tidak segan untuk menunjukkan kasih sayang pada isteri baginda dengan meberi pelukan, berbicara manis dan sebagainya, mengapa kita perlu malu?
She is the love of your life, the one that you will always tell that you love her, remind her how you still love her and grow older with her..
Isn't love through marriage is like a magic, so pure and beauty??-A gift from Allah S.W.T
'Akashah
10 Jamadil Akhir 1432 Hijrah
Friday, April 22, 2011
Jangan Terburu-buru menerima cinta....
Adakah anda begitu terburu-buru dlam mencari cinta?Perkara ini selalu berlaku khususnya berlaku pada lelaki. Tiada seorangpun manusia di dunia mahu bersendirian, telah diciptya pada fitrah manusia memerlukan cinta utk meneruskan survival dlam hidup. Namun, terburu-buru mencari cinta terutama selepas melalui frasa perpisahan adalah sangat tidak wajar. Apabila berpisah, dan anda menemui seseorang yang ada menghiburkan anda, anda kan terbawa-bawa perasaan itu dan cepat-cepat mahu mengikat komitmen pada si dia.
Apabila si dia bersetuju, hubungan anda berdua akan menjadi satu hala tuju dimana anda meletakkan harapan bahawa hubungan anda itu adalah si dia harus berada disisi anda sewaktu anda perlukan seseorang. Ini adalah salah, ini bukan cinta sebaliknya pentingkan diri sendiri.Apabila si dia tidak ada untuk anda nanti, anda akan mula berasa kurang senang lalu bertindak mengikut emosi dimana akhirnya adan melukakan diri sendiri serta si dia.
Mari lihat apa yang saya simpulkan sebab-sebab munasabah kenapa tidak boleh terburu-buru mempunyai hubungan istimewa:
- Siapakah dirinya?
Ramai terlupa bahawa hati juga kadang-kadang mengelirukan diri kita. Akal membawa kepada perjelasan yang lebih logik, manakala hati adalah impressi kepada apa yang kita mahu lihat atau suka. Bagaimana anda mahu mengatakan anda menyintai seseorang apabila anda tida tahu siapa dia, siapa dirinya, apakah kelebihan dan keburukan dia?Tanpa mengenali individu secara dekat, hati anda sebenarnya yang mewujudkan persepsi yang cantik pada individu tersebut..Setelah anda kenal, lalu anda sedar ada perangai atau sifat-sifat si dia yang anda tidak suka, jadi apakah tindakan selanjutnya?Ramai akan memilih untuk meninggalkan si dia!!!
- Menambah luka
Apabila anda terburu-buru, anda hanya lebih menambah peratusan terluka menjadi lebih tinggi. Fikirlah, anda mungkin melukai diri sendiri dan si dia..Bersediakah anda?Atau si dia sebenarnya masih teringatkan kisah lama, lalu hatinya belum sembuh dan bersedia, pabila si dia tidak dapat meberikan kasih sayang sepenuhnya, anda hanya akan meyalahkan diri dia.
- Si dia bukan yang anda mahukan
Ketika ini, mungkin anda tertarik pada dia kerana hanya dia yang berada waktu anda kesunyian. Lalu anda menyatakan kasih dan mengajaknya mengikat komitmen. Kemudian, anda sedar si dia tidak mempunyai kriteria yang anda mahukan seperti jujur, matang, ataupun dia tidak mempunyai tarikan fizikal yang anda mahu seperti wjah cantik atau kacak, ramping, berbadan sasa, apakah tindakan anda selanjutnya? Saat ini anda berasa tidak berpuasa hati. Jika anda meneruskan hubungan tersebut, ianya akan menjadi lebik teruk kerana sudah terdapat perasaan kurang sedang dalam perhubungan, jika anda memilih untuk menamatkan hubungan, tidakkkah anda menyakiti insan yang padanya cinta bersemi kerana dia beranngapan anda jujur menyintai dia..Tidakkah anda kejam??
- Cinta adalah masa
Cinta datang kadang tidak terjangka. Ia datang dalam sepintas mata berkelip dan ia juga boleh hilang sepintas nafas turun naik. Cinta adalah kehidupan, ia perlu dipupuk , ia perlu masa untuk berkembang dan bersinar sepanjang waktu. Ingatlah, we can't hurry love. Cuba renungkan, jika manusia itu telah ditakdirkan berpasanagn, kenapa sejak lahir lagi Allah tidak pertemukan kita dengan paasangan yang kita nanti? Ia kerana Allah mahukan manusia itu sendiri mengalami proses membentuk cinta dan membajai cinta dangan menikmati keindahan membentuknya dengan masa. Masa adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Melalui masa, manusia belajar mengenai betul dan salah, tanggungjawab, serta memahami erti kasih sayang sejati.
- Keinginan dalam komitmen
Kenapa begitu ramai manusia begitu terburu-buru dalam memberi komitmen??Begitu sedikit yang mengambil masa dalam memberi komitmen? Jawapannya terletak pada sejarah silam. Mereka begitu takut pada kegagalan 'relationships' yang lalu, seorang yang kesunyian ataupun datang daripada keluargayang berpecah belah. Jadi, apabila mereka menemui seseorang yang mereka suka ataupun yang mengambil berat tentang dirinya, maka mereka terburu-buru mengikat hubungan adalah kerena mereka mahu menggantikan masa yang telah hilang dalam hidup mereka.
Cinta bukan mencari pengganti, atau mengisi masa terluang, mahupun mengambil apa sahaja yang berada didepan mata..Cinta adalah memberi dan menerima..Memberi hati pada penerima yang sanggup menjaga hati kita dan berdepan pancaroba yang memungkinkan hati itu dicuri atau dilukai. Penerima juga memberikan hatinya pada kita untuk kita juga bersama-sama menjaga dan melindungi hati serta bersama-sama membesar, tua bersama-sama dalam mengharungi kehidupan.
You're moving too fast, I don't understand you
I'm not ready yet, baby I can't pretend
No I can't
The best I can do is tell you to talk to me
It's possible, eventual
Love will find a way
Love will find a way...
Don't say you love me
You don't even know me
If you really want me
Then give me some time
Don't go there baby
Not before I'm ready
Don't say your heart's in a hurry
It's not like we're gonna get married
Give me, give me some time
Lihatlah lagu M2M, Don't say you love me.Nampak?Bagaimana kata cinta jika tidak kenal diri? Cinta bukan paksaan, tetapi mengenai masa..Masa dimana cinta itu hadir dengan tepat dan kedua-duanya berada dalam kondisi bersedia memberi dan menerima segalanya tentang cinta...
Terburu-buru itu adalah amalan syaitan..Renungkan....
'Akashah
18 Jamadilawal 1432 Hijrah
Wednesday, March 23, 2011
Ku ada kamu
'Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk'
Saat diriku meraba-raba dalam malap kehidupan,cahaya halus yang ayah tunjukkan merentasi sempadan masa. Diriku merupakan seorang yang baran, pentingakn diri sendiri, tidak memikirkan perasaan orang lain dan hanya mementingkan menjaga perasaan sendiri. Terdampar dalam kesamaran, apakah yang harus ku lakukan? Bagaimana kehidupan yang akan ku tempuh? Apa yang ku inginkan? Apa impian dan harapan ku? Ayah memilih untuk berubah, menjadi ayah yang lebih penyayang dan menukar modus didikan. Lantas, dia berjaya mengubah dan membawa daku keluar dari lubang kegelapan.
'Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk'
Lelaki dilahirkan dengan hati yang sensitif? Begitulah 'Akashah. Kadang merajuk dengan dunia, dan tiada siapa pun yang tahu. Kadang hiba, kecewa menjadi peneman setiap waktu, tidak terukir senyuman indah di wajahnya. Menyembunyikan derita, kesakitan, kehinaan di lubuk hatinya. Ayah seakan insan pembaca hati. Tatkala hati gundah gulana, begitu sedih tiada insan sudi meminjamkan bahu, ayah tersenyum..Bertanya apakah yang menganggu fkiran ku, apakah yang menyentuh sisi hati yang paling lembut..Kadang tidak dijawap pertanyaan itu, ayah bersabar, dan tidak berhenti dari cuba menyelami kesedihan yang tersembunyi di lubuk hati
'Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh'
Jatuhku begitu dinanti ramai orang. Melihat diriku dalam keadaan lemah, berputus asa, kehilangan semangat, umpama bahan jenaka yang paling dinanti. Detik jatuh itu, kekal seorang insan berdiri teguh disisi. Tidak berhenti dari melaungkan kata azimat, sentiasa yakin ku 'kan bangkit. Setiap pergaduhan yang diriku terlibat, di sekolah mahupun bersama masyarakat di sini, ayah tetap menyokong diriku, kerana percaya tindakan ganas ku adalah kerana 'usikan' nakal manusia. Terharu, malah pada ketika apa yang ku usahakan gagal dan tidak berhasil, jangan menyerah adalah satu kata-kata yang tidak pernah berhenti dari dilafazkan ayah.
'Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin'
Bagaimana 'Akashah menjadi begitu berani? Dia adalah seorang kanak-kanak yang sangat pendiam dan tidak pedulikan dunia. Tanyalah diri anda sendiri, apabila diri anda mula menemui harapan yang anda mahu kejar, apakah impian itu anda berani memberitahunya? Suatu ketika dulu, diri ini mengalami keliruan, siapakah 'Akashah? Adakah sifat-sifat negatif ini adalah peribadi diriku? Telah ku temui impian, mengapa begitu takut untuk mengejar? Walau diri sentiasa diselubingi perasaan merendah diri yang keterlaluan, dan takut dengan pelbagai perkara, ayah begitu yakin dan meletakkan kepercayaan beliau tentang kebolehan diri sedangkan dunia menentang dan memperkecilkan 'Akashah..Di sekolah sendiri, tiada sesiapa pun percaya 'Akashah juga punya impian utk dikejar, juga percaya dia akan berubah, jua percaya dia akan menjadi manusia. Kerna ayah lah, keberanian dan kelantangan diriku dalam memperjuang, mempertahan, dan memperkatakan sesuatu di kagumi juga dibenci sebilangan manusia.
'Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan'
Akalku sentiasa berfikir tanpa henti..Begitu banyak persoalan mengenai dunia, kehidpan berlegar-legar dalam minda ku setiap hari. Ramai individu telah ku tujukan mengenai persoalan-persoalan ini, namun ku diherdik, dihina malah dimalukan di hadapan orang ramai. Sedangkan soalan-soalan itu tidak mereka dapat menjawap, tetapi individu-individu tersebut pusingkan fakta soalan lalu diriku kelihatan seperti seorang dungu dan diketawa..Namun, walau betapa bodohnya soalan yang ku lontarkan, tidka pernah walau sedetik ayah berhenti dari menjawapnya.Ayah lah guru terbaik pernah ku miliki sepanjang hidupku..
'Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu'
Siapalah diri ku tanpa insan bergelar bapa? Dunia membelakangkanku, manusia mencaci-caci juga mencari salahku..Tanpa dorangan, sokongan seorang ayah, tidak mungkin langkah ini mampu ku gagahi. Jujur ku katakan, ayahlah punca kekuatan, inspirasi, pendorong untuk diriku meneruskan kehidupan. Siapalah 'Akashah? Berdirinya insan kerdil ini kerana punya ayah yang begitu penyayang untuk mendokong kekuatan menempuhi cabaran seharian.
'Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu'
Datanglah cabaran, dugaan, pasti ku tempuhi dengan berani..Kerna ayahanda begitu setia di sisi, tidak ku gentar untuk ku hadapi petualang di esok hari...Ku ada kamu, wahai ayahanda tercinta...
Selamat hari lahir ayahanda..^_^
'Akashah
19 Rabiul Akhir 1432 Hijrah
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk'
| Harmoni cinta.. |
Saat diriku meraba-raba dalam malap kehidupan,cahaya halus yang ayah tunjukkan merentasi sempadan masa. Diriku merupakan seorang yang baran, pentingakn diri sendiri, tidak memikirkan perasaan orang lain dan hanya mementingkan menjaga perasaan sendiri. Terdampar dalam kesamaran, apakah yang harus ku lakukan? Bagaimana kehidupan yang akan ku tempuh? Apa yang ku inginkan? Apa impian dan harapan ku? Ayah memilih untuk berubah, menjadi ayah yang lebih penyayang dan menukar modus didikan. Lantas, dia berjaya mengubah dan membawa daku keluar dari lubang kegelapan.
'Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk'
Lelaki dilahirkan dengan hati yang sensitif? Begitulah 'Akashah. Kadang merajuk dengan dunia, dan tiada siapa pun yang tahu. Kadang hiba, kecewa menjadi peneman setiap waktu, tidak terukir senyuman indah di wajahnya. Menyembunyikan derita, kesakitan, kehinaan di lubuk hatinya. Ayah seakan insan pembaca hati. Tatkala hati gundah gulana, begitu sedih tiada insan sudi meminjamkan bahu, ayah tersenyum..Bertanya apakah yang menganggu fkiran ku, apakah yang menyentuh sisi hati yang paling lembut..Kadang tidak dijawap pertanyaan itu, ayah bersabar, dan tidak berhenti dari cuba menyelami kesedihan yang tersembunyi di lubuk hati
'Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh'
| Ladang ternakan, Kota Mekah |
'Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin'
![]() |
| Inspiras... |
'Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan'
| Guru, sahabat, ayah paling akrab.. |
'Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu'
Siapalah diri ku tanpa insan bergelar bapa? Dunia membelakangkanku, manusia mencaci-caci juga mencari salahku..Tanpa dorangan, sokongan seorang ayah, tidak mungkin langkah ini mampu ku gagahi. Jujur ku katakan, ayahlah punca kekuatan, inspirasi, pendorong untuk diriku meneruskan kehidupan. Siapalah 'Akashah? Berdirinya insan kerdil ini kerana punya ayah yang begitu penyayang untuk mendokong kekuatan menempuhi cabaran seharian.
'Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu'
Datanglah cabaran, dugaan, pasti ku tempuhi dengan berani..Kerna ayahanda begitu setia di sisi, tidak ku gentar untuk ku hadapi petualang di esok hari...Ku ada kamu, wahai ayahanda tercinta...
Selamat hari lahir ayahanda..^_^
'Akashah
19 Rabiul Akhir 1432 Hijrah
Friday, March 18, 2011
Ayah
Ayah
Andai soalan ini saya tujukan kepada para pembaca semua, apakah yang anda dapat simpulkan dari insan yang bergelar ayah? Garang? Penyayang? Atau ada di antara kita kan terpanggil semula objek-objek yang kita takutkan dalam hidup? Rotan, getah paip, reban ayam( Hehehe, ni antara kegemaran saya) dan sebagainya. Lumrah sebagaimana kita semua punya warna anak mata yang berbeza, begitulah juga cara kita melihat dan menakrifkan satu perkara. Pada mata saya, ayah adalah cinta sejati. Ya benar, ayah saya adalah simbol cinta sejati. Cinta sejati? Apakah itu? Bukan cinta sejati dari pasangan yang kita cintai? Tahukah anda siapakah pencinta yang sejati?
Pencinta sejati adalah insan ataupun individu yang benar-benar menyintai anda, sehingga mempunyai kekuatan untuk menerima kesilapan anda...lalu memaafkannya. Itulah ayahanda saya. Tidak pernah selama nafas ini turun naik setiap detik, ayah tidak menerima kesilapan dan memaafkan saya. Kerana itu, ayah adalah individu yang paling layak digelar cinta sejati. Tanyalah pada diri anda, mereka yang punya sifat ini mungkin ibu, ahli keluarga, abang, kakak..Adakah indvidu yang anda cinta tertanam diri mereka sifat ini? Jika bukan, maka gadis mahupun arjuna yang anda cintai bukanlah pencinta yang sejati
B.E.N.C.I
Mungkin ada diantara kita hidup dalam pengalaman yang pahit bersama golongan bapa. Saya tidak nafikan. Waktu kecil-kecilku tidak seindah yang mungkin para pembaca lalui. Hampir sahaja tiap-tiap hari saya bergaduh dengan ayah sendiri. Yup, masing-masing begitu meninggi suara pada sesama sendiri. Kami bukanlah mesra sangat apda ketika itu. Saya merasakan ayah begitu berkeras terhadap saya. Setiap kesalahan adik-beradik, kesalahan saya, malah kesalahan orang luar sekalipun maka pastinya saya menjadi 'patung' luahan kemarahan. Maka, rotan menjadi rakan karib saya sejak dari kecil. Sungguh saya bencikan ayah pada ketika itu, merasakan dunia ini kejam, busuk, dan tiada keadilan. Mengapa kesalahan orang lain perlu ku tanggung? Persoalan yang menjadi nukilan hati hampir setiap waktu. Tetapi ayah bukanlah seorang yang wajar dibenci. Selepas ayah pulang dari Tanah Haram pada tahun 99, ayah berubah. Tahukah pembaca semua, pada aidilfitri tahun selepasnya, ayah memeluk saya dan meminta maaf di atas segala kekasaran yang beliau lakukan. Berepa ramaikah golongan bapa di luar sana yang berani mengakui kesilapan mereka dan memohon kemaafan? Peritiwa ini menjadi titik tolak kepada perubahan diri saya yang sangat ketara.
Bertanggungjawab
Selalunya seorang ibu yang amat mengambil berat tentang anak-anak mereka. Golongan ibu lebih banyak bertanya soalan. Betul bukan? Golongan bapa pula lebih banyak membisu, tetapi tidak kepada bapa saya. Setiap hari pabila saya pulang dari sekolah, beliau pasti bertanya apa yang saya belajar hari ini? Apa yang berlaku di sekolah? Malangnya jawapan saya tidak memberansangkan. 'Abang gaduh hari ini kat sekolah'. Ujarku..Begitulah jawapan saya hampir tiap-tiap hari..Namun, ayah tidak pernah marah kerana beliau tahu, saya hanya bergaduh apabila orang 'mengusik' saya terlebih dahulu. Saya merupakan kanak-kanak yang sangat pendiam pada ketika itu.
Ayah akan datang ke sekolah dan melihat keadaan saya. Beliau akan datang kepada saya pada waktu rehat dan peluk saya. 'Abang ok hari ini?'..Begitu penyayangnya ayah. Diriku sungguh bertuah kerana sepanjang zaman persekolahan rendah, tidak pernah sekalipun saya melihat ada ibu bapa datang menjenguk anak mereka pada waktu rehat dan memeluk anak tanpa segan silu. Allah, begitu kasihnya insan yang telah Kau berikan pada ku.
Setiap tahun apabila umat Islam menyambut raya, maka saya lihat betapa semua kanak-kanak bergembira. Baju raya baru pasti menjadi 'hadiah' pada anak-anak. Ayah tidak menghadiahkan saya baju raya yang baru. Hampir setiap tahun, baju raya yang saya pakai adalah 'second hand' iaitu baju terpakai yang kawan-kawan ayah beri. Mulanya saya tidak mengerti, tetapi sebenarnya ayah sedang mendidik saya untuk tidak menyukai harta dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
Saya adalah kanak-kanak yang sangat pendiam dan tidak punya keyakinan yang tinggi. Ayah adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya seorang yang berkeyakinan. Pada kanak-kanak lain banyak menghabiskan masa bermain di luar, ayah membawa saya bersama menemui kawan-kawan beliau dan sentiasa berkata apda saya..'The world's gonna turn their back on you, but never look down on yourself'. Sejak itu, saya tidak pernah memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
Ayah selalu outstation, bagi mencari rezeki lebih. Beliau tidak pernah membawa kami sekeluarga bercuti, tetapi kami semua memahami. Apabila outstation, ayah mahu saya berada di rumah 24/7. Huh, waktu itu kadang rasa hidup ini tiada makna. Ayah sentiasa berfikir di laur kotak. Tujuan beliau adalah untuk saya belajar mengenai tanggungjawab. Umi pantang, adik-beradik nak makan, pergi dan balik sekolah, semuanya saya lakukan. Dari situlah saya belajar mengenai tanggungjawab dan menyukainya. Umi pantang, susah nak bergerak, semuanya saya berada disisi umi. Adik menangis, bergaduh, saya belajar bagaimana mententeramkan mereka.
Ketika begitu banyak saya melakukan kesilapan dalam hidup, ayah tidak pernah sesekali berhenti dari mempercayai saya, memberikan saya keyakinan bahawa saya 'kan menjadi insan yang lebih baik kerananya...Memaafkan dan terus membimbing walaupun pernah satu ketika dahulu, guru-guru saya sendiri pernah menagtakan 'Akashah adalah 'rosak' dan tidak mungkin berubah.
Terlalu banyak ingin saya lontarkan mengenai ayah, tetapi memadailah penulisan saya pada ruangan ini sementara waktu. Ayah adalah insan paling saya sayang dan hormati, begitu mempengaruhi karakter, personaliti dan mentaliti saya. Semoga ayah akan terus sihat untuk melihat kami adik-beeradik mencapai kejayaan..Selamat hari lahir ayahanda.♥ ♥ ♥ ♥
'Akashah
14 Raiulakhir 143 Hijrah
| Ayahanda n Umi..=) |
| Greatest love of all |
Pencinta sejati adalah insan ataupun individu yang benar-benar menyintai anda, sehingga mempunyai kekuatan untuk menerima kesilapan anda...lalu memaafkannya. Itulah ayahanda saya. Tidak pernah selama nafas ini turun naik setiap detik, ayah tidak menerima kesilapan dan memaafkan saya. Kerana itu, ayah adalah individu yang paling layak digelar cinta sejati. Tanyalah pada diri anda, mereka yang punya sifat ini mungkin ibu, ahli keluarga, abang, kakak..Adakah indvidu yang anda cinta tertanam diri mereka sifat ini? Jika bukan, maka gadis mahupun arjuna yang anda cintai bukanlah pencinta yang sejati
B.E.N.C.I
| Sewaktu di Mekah |
Bertanggungjawab
| Di Madinah |
Selalunya seorang ibu yang amat mengambil berat tentang anak-anak mereka. Golongan ibu lebih banyak bertanya soalan. Betul bukan? Golongan bapa pula lebih banyak membisu, tetapi tidak kepada bapa saya. Setiap hari pabila saya pulang dari sekolah, beliau pasti bertanya apa yang saya belajar hari ini? Apa yang berlaku di sekolah? Malangnya jawapan saya tidak memberansangkan. 'Abang gaduh hari ini kat sekolah'. Ujarku..Begitulah jawapan saya hampir tiap-tiap hari..Namun, ayah tidak pernah marah kerana beliau tahu, saya hanya bergaduh apabila orang 'mengusik' saya terlebih dahulu. Saya merupakan kanak-kanak yang sangat pendiam pada ketika itu.
Ayah akan datang ke sekolah dan melihat keadaan saya. Beliau akan datang kepada saya pada waktu rehat dan peluk saya. 'Abang ok hari ini?'..Begitu penyayangnya ayah. Diriku sungguh bertuah kerana sepanjang zaman persekolahan rendah, tidak pernah sekalipun saya melihat ada ibu bapa datang menjenguk anak mereka pada waktu rehat dan memeluk anak tanpa segan silu. Allah, begitu kasihnya insan yang telah Kau berikan pada ku.
Setiap tahun apabila umat Islam menyambut raya, maka saya lihat betapa semua kanak-kanak bergembira. Baju raya baru pasti menjadi 'hadiah' pada anak-anak. Ayah tidak menghadiahkan saya baju raya yang baru. Hampir setiap tahun, baju raya yang saya pakai adalah 'second hand' iaitu baju terpakai yang kawan-kawan ayah beri. Mulanya saya tidak mengerti, tetapi sebenarnya ayah sedang mendidik saya untuk tidak menyukai harta dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
Saya adalah kanak-kanak yang sangat pendiam dan tidak punya keyakinan yang tinggi. Ayah adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya seorang yang berkeyakinan. Pada kanak-kanak lain banyak menghabiskan masa bermain di luar, ayah membawa saya bersama menemui kawan-kawan beliau dan sentiasa berkata apda saya..'The world's gonna turn their back on you, but never look down on yourself'. Sejak itu, saya tidak pernah memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
| Memilih korban di Mekah |
Ketika begitu banyak saya melakukan kesilapan dalam hidup, ayah tidak pernah sesekali berhenti dari mempercayai saya, memberikan saya keyakinan bahawa saya 'kan menjadi insan yang lebih baik kerananya...Memaafkan dan terus membimbing walaupun pernah satu ketika dahulu, guru-guru saya sendiri pernah menagtakan 'Akashah adalah 'rosak' dan tidak mungkin berubah.
Terlalu banyak ingin saya lontarkan mengenai ayah, tetapi memadailah penulisan saya pada ruangan ini sementara waktu. Ayah adalah insan paling saya sayang dan hormati, begitu mempengaruhi karakter, personaliti dan mentaliti saya. Semoga ayah akan terus sihat untuk melihat kami adik-beeradik mencapai kejayaan..Selamat hari lahir ayahanda.♥ ♥ ♥ ♥
'Akashah
14 Raiulakhir 143 Hijrah
Subscribe to:
Posts (Atom)






