Wednesday, March 23, 2011

Ku ada kamu

'Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk'

Harmoni cinta..


Saat diriku meraba-raba dalam malap kehidupan,cahaya halus yang  ayah tunjukkan merentasi sempadan masa. Diriku merupakan seorang yang baran, pentingakn diri sendiri, tidak memikirkan perasaan orang lain dan hanya mementingkan menjaga perasaan sendiri. Terdampar dalam kesamaran, apakah yang harus ku lakukan? Bagaimana kehidupan yang akan ku tempuh? Apa yang ku inginkan? Apa impian dan harapan ku? Ayah memilih untuk berubah, menjadi ayah yang lebih penyayang dan menukar modus didikan. Lantas, dia berjaya mengubah dan membawa daku keluar dari lubang kegelapan.


'Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk'



Lelaki dilahirkan dengan hati yang sensitif? Begitulah 'Akashah. Kadang merajuk dengan dunia, dan tiada siapa pun yang tahu. Kadang hiba, kecewa menjadi peneman setiap waktu, tidak terukir senyuman indah di wajahnya. Menyembunyikan derita, kesakitan, kehinaan di lubuk hatinya.  Ayah seakan insan pembaca hati. Tatkala hati gundah gulana, begitu sedih tiada insan sudi meminjamkan bahu, ayah tersenyum..Bertanya apakah yang menganggu fkiran ku, apakah yang menyentuh sisi hati yang paling lembut..Kadang tidak dijawap pertanyaan itu, ayah bersabar, dan tidak berhenti dari cuba menyelami kesedihan yang tersembunyi di lubuk hati


'Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh'


Ladang ternakan, Kota Mekah
Jatuhku begitu dinanti ramai orang. Melihat diriku dalam keadaan lemah, berputus asa, kehilangan semangat, umpama bahan jenaka yang paling dinanti. Detik jatuh itu, kekal seorang insan berdiri teguh disisi. Tidak berhenti dari melaungkan kata azimat, sentiasa yakin ku 'kan bangkit. Setiap pergaduhan yang diriku terlibat, di sekolah mahupun bersama masyarakat di sini, ayah tetap menyokong diriku, kerana percaya tindakan ganas ku adalah kerana 'usikan' nakal manusia. Terharu, malah pada ketika apa yang ku usahakan gagal dan tidak berhasil, jangan menyerah adalah satu kata-kata yang tidak pernah berhenti dari dilafazkan ayah. 


'Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin'



Inspiras...
Bagaimana 'Akashah menjadi begitu berani? Dia adalah seorang kanak-kanak yang sangat pendiam dan tidak pedulikan dunia. Tanyalah diri anda sendiri, apabila diri anda mula menemui harapan yang anda mahu kejar, apakah impian itu anda berani memberitahunya? Suatu ketika dulu, diri ini mengalami keliruan, siapakah 'Akashah? Adakah sifat-sifat negatif ini adalah peribadi diriku? Telah ku temui impian, mengapa begitu takut untuk mengejar? Walau diri sentiasa diselubingi perasaan merendah diri yang keterlaluan, dan takut dengan pelbagai perkara, ayah begitu yakin dan meletakkan kepercayaan beliau tentang kebolehan diri sedangkan dunia menentang dan memperkecilkan 'Akashah..Di sekolah sendiri, tiada sesiapa pun percaya 'Akashah juga punya impian utk dikejar, juga percaya dia akan berubah, jua percaya dia akan menjadi manusia. Kerna ayah lah, keberanian dan kelantangan diriku dalam memperjuang, mempertahan, dan memperkatakan sesuatu di kagumi juga dibenci sebilangan manusia.


'Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan'



Guru, sahabat, ayah paling akrab..
Akalku sentiasa berfikir tanpa henti..Begitu banyak persoalan mengenai dunia, kehidpan berlegar-legar dalam minda ku setiap hari. Ramai individu telah ku tujukan mengenai persoalan-persoalan ini, namun ku diherdik, dihina malah dimalukan di hadapan orang ramai. Sedangkan soalan-soalan itu tidak mereka dapat menjawap, tetapi individu-individu tersebut pusingkan fakta soalan lalu diriku kelihatan seperti seorang dungu dan diketawa..Namun, walau betapa bodohnya soalan yang ku lontarkan, tidka pernah walau sedetik ayah berhenti dari menjawapnya.Ayah lah guru terbaik pernah ku miliki sepanjang hidupku..


'Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu'


Siapalah diri ku tanpa insan bergelar bapa? Dunia membelakangkanku, manusia mencaci-caci juga mencari salahku..Tanpa dorangan, sokongan seorang ayah, tidak mungkin langkah ini mampu ku gagahi. Jujur ku katakan, ayahlah punca kekuatan, inspirasi,  pendorong untuk diriku meneruskan kehidupan. Siapalah 'Akashah? Berdirinya insan kerdil ini kerana punya ayah yang begitu penyayang untuk mendokong kekuatan menempuhi cabaran seharian.


'Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu'



Datanglah cabaran, dugaan, pasti ku tempuhi dengan berani..Kerna ayahanda begitu setia di sisi, tidak ku gentar untuk ku hadapi petualang di esok hari...Ku ada kamu, wahai ayahanda tercinta...


Selamat hari lahir ayahanda..^_^


'Akashah
19 Rabiul Akhir 1432 Hijrah

















1 comment:

  1. selamat hari lahir kepada incik ayah..kim salam ye :)

    ReplyDelete