Saturday, December 31, 2011

Suatu Masa II-Memaafkan diri sendiri

Alhamdulillah, blog ini sudah mencapai usia setahun. Masih hijau lagi diri saya dalam bidang penulisan. Terlalu banyak perkara perlu penulis belajar dalam memahami erti kehidupan sebenar. Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya, maka harapan penulis agar tahun berikutnya-2012 bakal menjadi tahun yang lebih baik dan membawa kesan positif dalam hidup penulis.

Banyak perkara berlaku di luar jangkaan, kadang menyebabkan penulis merasakan ia adalah kesilapan penulis. Penulis merasakan kesilapan-kesilapan ini boleh dielakkan, terus menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Persoalan yang timbul adalah, adakah jalan menyalahkan diri sendiri adalah penyelesaian? Jika begitu, mengapa penulis merasakan kesakitan yang teramat pedih?

Menyalahkan diri sendiri hanya memburukan keadaan. Perkara yang berlaku adalah kesalahan orang lain, kenapa perlu kita menyalahkan diri sendiri? Mengapa perlu kita menyiksa diri sendiri? Kita menyalahkan diri kita kerana begitu mudah terpedaya, menjadi penakut dalam membicarakan sesuatu, terperangkap dalam situasi yang memalukan, salah dalam membuat keputusan-Ini adalah lumrah. Ini adalah sebahagian perkara yang kita letakkan beban kesalahan pada diri sendiri.

Kesilapan; semua manusia pasti melakukan kesilapan. Jangan takut atau keberatan menerima hakikat bahawa kita telah tersilap. Walau kita mungkin mempunyai banyak pengalaman hidup, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Fikir sejenak, bagaimana kita dapat melakukan peningkatan kualiti diri kita? Iaitu belajar dari kesilapan yang berlaku. Kesilapan adalah peluang, peluang untuk membuka mata kita kepada perspektif pemikiran yang baru. Tanpa kesilapan, kita tidak mampu untuk melihat sesuatu dari sudut berbeza, tidak mampu untuk menjadi lebih kuat, tidak mampu menjadi lebih waras, tidak mampu belajar sesuatu.

Tidak memaafkan diri sendiri, umpama kita mencampakkan diri kita sendiri ke dalam penjara. Tragis bukan? Menyalahkan diri sendiri memenjarakan kita dari menikmati hidup lebih baik dan merasakan keamanan dalam kehidupan kita. Jika kita memikirkan perkara silan, maka apa yang ada pada perkara lepas akan kita rasa-Sesalan dan kesakitan.

Sewajarnya kita semua tahu bahawa tuding- menuding atau memikul beban menyalahkan diri tidak membawa kita kemana, sebaliknya kita terus derita. Oleh itu ingatlah bahawa;

  • Kadang memaafkan diri yang diperlukan. Walau sebenarnya kadang-kadang kita mahu menyalahkan orang lain, pokoknya kita sendiri bertanggungjawab dalam tindakan kita                                               
  • Dendam/ Kemarahan berpanjangan umpama penjara. Jika masih cuba menjahit kelukaan lama, lepaskan diri anda dari kelukaan itu. Anda berhak untuk bebas
  • Memberanikan diri dan mencuba perkara baru. Jika kita lakukan sedikit perubahan dalam hidup kita, tanpa kita duga ia memberi impak dan membuka mata kepada pandangan dimensiyang baru. Nikmati hidup dan jalani aktiviti yang tidak pernah kita cuba sebelum ini.

Selamat tinggal derita, selamat tinggal sengsara yang membebankan. Aku mahu hidup lebih bebas dan aman

'Akashah


7 Safar 1433 Hijrah

Sunday, October 23, 2011

Kualiti persahabatan sejati

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis-Ku tanggis sendiri. Acapakali, tidak kira terpisah dari segi masa mahupun  geografi sesebuah kawasan; kedengaran rintihan manusia dalam mencari persahabatan yang sebenar. Era moden banyak mempengaruhi kehidupan kita, secara lansung mahupun tidak langsung. Apakah yang membuatkan seseorang itu sahabat? Kualiti yang mana harus ada dalam diri seseorang itu diiktiraf sebagai sahabat sejati? Hari ini penulis akan memberikan pandangan penulis secara peribadi
  • Prinsip Kejujuran
Ramai diantara kita menggangap, dalam persahabatan memerlukan kedua-dua pihak untuk tidak berahsia di antara satu sama lain. Seharusnya persepsi umum ini diubah. Tidak semua perkara kita harus ketahui tentang sahabat, terutama masa silam mereka. Setiap dari kita punya kehidupan dan rahsia yang harus kita simpan kepada diri sendiri. Ada sebahagian dari kita mempunyai sahabat yang menceritakan segalanya tentang diri mereka, maka  kita harus bersyukur kerana kita dipercayai oleh rakan sehingga dipilih untuk memegang amanah kawan. Di ulang-Rahsia sahabat adalah satu bentuk amanah yang kita perlu pikul dengan intergriti yang mulia.

Prinsip kejujuran dalam persahabatan adalah mengenai gambaran. Gambaran itu bermaksud sahabat kita mengenai satu imejan konkrit tentang siapa diri mereka sekarang dan siapa mereka pada setiap situasi yang berbeza. Inilah dinamakan kejujuran, iaitu mereka tidak berpura-pura sebaliknya selesa menunjukkan karakter mereka dalam setiap situasi. Apabila sesuatu perkara itu kelihatan atau dirasai tidak benar atau tidak tepat, mereka akan memberitahu anda.
  • Dalami minat 
Penulis ada membaca buku How to win friends and influence people, penulis buku itu berkata, You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get people interested in you." Bagaimana menarik minat orang lain terhadap diri kita? Iaitu dengan terlebih dahulu membenarkan diri kita mendengar dan menunjukkan minat pada minat orang lain. Setiap orang dari kita semua, ada menyimpan nilai untuk berasa dihargai oleh individu lain. Apabila kita menunjukkan kita memberi nilai penghargaan kepada individu lain, nescaya kita juga akan dihargai dan didekati orang sebagai kawan yang sangat baik.
  1. Seronok
  2. Menarik
  3. Memahami
Ketiga-tiga elemen di atas adalah kunci dalam mendalami minat sahabat kita. Keseronokkan di sini bermaksud kita mempunyai aktiviti yang memberikan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak. Ada sesetengahnya mendefinisikan keseronokkan sebagai lepak, menonton wayang, bermain muzik; lain orang lain caranya. Ia bergantung pada diri masing-masing, tetapi berpaksikan kepada kegiatan bersama. Menarik pula diterjemahkan aktiviti yang dilakukan berdasarkan common interest.Common interest bermaksud persamaan minat di antara kita dan rakan. Ia mungkin berdasarkan hobi, pasukan bola, falsafah dan sebagainya.

Pada hari sememangnya sukar untuk kita mencari masa, namun jika meluangkan sedikit waktu berdasarkan common interest, maka secara tidak langsung kita telah meningkatkan tahap pemahaman kita pada sahabat.
  • Supportive, acceptance, positive and appreciation
Penulis memilih menulis ciri-ciri ini dalam Ingeris kerana penulis amat mengemari ciri-ciri yang dinyatakan.

Supportive
Ia bermaksud rakan yang sentiasa ada susah dan senang. Ciri ini membolehkan seseorang mengetahui apa yang disukai dan kurang disenangi rakan kita. Mereka akan menjadi seseorang yang sentiasa percaya dengan kebolehan diri kita, dan membantu kita menjadi seperti diri yang kita inginkan. Apabila masyarakat membelakangkan anda, sahabat ada ada  di sisi dan berjuang bersama. Sahabat tidak akan membawa anda ke dalam situasi yang anda tidak selesa mahupun situasi yang berkemungkinan menyebabkan anda kehilangan sesuatu yang berharga dan bermakna dalam hidup

Acceptance
Dalam persahabatan , diterima sepenuhnya terutama dari segi kelemahan menjadi kunci dalam persahabatan yang jujur. Manusia sentiasa berubah kerana perkara di sekeliling kita juga berubah. Sahabat sejati tahu dan akan menerima perubahan yang ada dan adapt ke dalam perubahaban tersebut. Mereka juga tidak akan sesekali mengubah anda. Walau sebesar mana kesilapan yang dilakukan, mereka akan belajar memaafkan dan tidak berkira. Erti kata, mereka tetap melayan anda dengan baik walaupun anda dalam mood stress, suram mahupun dalam keadaan yang tidak mencerminkan diri anda seperti kebiasaan.

Positive and Appreciation
Kehadiran diri kita mampu memberi impak kepada diri orang lain. Ada pepatah mengatakan terdapat dua individu dalam dunia ini, mereka yang membawa cahaya sebaik memasuki bilik yang gelap dan mereka yang membawa cahaya setelah mereka keluar dari bilik gelap itu. Kehadiran kawan yang optimis akan membawa cas positif dalam persahabatan itu dan seterusnya membawa lebih kegembiraan dalam persahabatan.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Peribasa ini acapkali kedengaran dalam kehidupan masyarakat seharian. Kita maklum bahawa kita semua sangat berbeza dari satu sama lain. Cuba kita bergerak dalam shopping mall-Adakah hanya Kelantan Delight sahaja yang menjual makanan? Kita dapat lihat pelbagai restoran dan gerai makan wujud. Sedar atau tidak, kepelbagaian makanan yang ada menambah dan meningkatkan citarasa kita. Allah mencipta manusia dengan wujud pelbagai perbezaan dari segi rupa, bakat, minat, dan personaliti.

Mengapa kita tidak boleh menghargai perbezaan yang ada? Cuba bayangkan jika anggota badan kita dicipta serupa, dimana tangan, mata, mulut, kaki tidak berbeza tetapi sama? Mampukah kita menghargainya? Perbezaan kita bersama rakan seharusnya dijadikan jambatan persahabatan yang lebih akrab dan menghargai setiap kekurangan dan kelebihan yang kita ada.

Ciri-ciri ini adalah nukilan peribadi penulis. Ramai di luar sana mempunyai ciri-ciri berbeza dari penulis nyatakan. Nasihat penulis, jadikan diri anda mereka yang memberi. Apabila kita menjadi tangan yang memberi, pasti Allah bukan pintu rezeki untuk mempunyai persahabatan yang sejati.

Terimalah lagu I'll be there for you dari The Rembrandts..;)

'Akashah
25 Zulkaedah 1432 Hijrah


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Sunday, August 28, 2011

Kemaafan dari hati

Maaf. Perkataan ini cukup menterjemahkan seribu makna. Umum mengetahui kemaafan adalah sesuatu yang sukar diberi, terutama apabila dalam hati itu dipenuhi unsur-unsur negatif seperti kemarahan, dendam, keaskitan yang berpanjangan dan sebagainya. Ada sesetengah individu begitu mudah melafazkannya, namun ia datang dari bibir, bukan dari hati.

Apa itu Maaf??
Maaf itu adalah satu kerelaan,perasaan yang membebaskan seseorang dari rantaian yang mengikat seseorang kerana kesalahan yang dilakukannya. Apabila insan lain melakukan kesalahan terhadap kita, secara automatik ia 'kan mengakitakan luka pada hati, yakni kepedihan yang tidak terlihat. Ia menyebabkan kita sukar melupakan kesalahannya kerana kesakitan kita tidak dapat dilihat, maka secara tidak sedar kita kan rasa kesakitan itu berulang-ulang.

Kita meletakkan harapan agar individu itu sedar akan kesilapanya, lalu memohon kemaafan dari kita. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, insan itu tidak endah dan membiarkan begitu sahaja. Derita yang dialami semakin bertambah lalu timbul kebencian dalam diri yang seterusnya mengikat diri kita pada individu tersebut. Selagi tiada maaf dipohon secara ikhlas, maka kita begitu berat untuk memaafkan seseorang.

Kemaafan itu adalah kuasa positif
Bagaimana kita mahu memaafkan seseorang? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita. Penulis juga mengambil masa setahun lebih bagi mencari jawapan ini. Memaafkan itu adalah dengan memaafkan diri sendiri dahulu, bahawa kita kadang mungkin tertipu dengan perwatakkan manusia lain. Merima kekurangan diri bahawa kadang kita mungkin lemah sehingga dipermainkan, dipergunakan, tidak diendahkan dan sebagainya. Hanya dengan memaafkan diri sendiri, barulah jalan kemaafan dapat dibuka dengan luas.

Kemaafan itu adalah;

  1. Memberi  diri kita hak menjadi manusia yang jauh lebih baik dari orang yang berlaku salah pada kita
  2. Mewujudkan lukisan baru tentang seseorang
  3. Membenarkan diri kita beramal dan memberi kebajikan
  4. Melihat kemaafan dari perspektif baru
Hak Diri
Islam telah menerangkan bahawa adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, dengan memberikan hak pada mereka yang berhak menerimanya. Apabila kita tidak memaafkan orang lain, kita telah berlaku kejam pada diri sendiri apabila menafikan hak untuk memaafkan. Maka, kita telah mengikat diri kita pada kebencian yang berterusan seterusnya menghadirkan lebih banyak tenaga negatif dalam diri. Untuk menghampiri diri kepada keadilan dalam konteks Islam, maka kita haru memberikan orang yang bersalah hak untuk dimaafi

Lukisan Baru
Untuk memaafkan seseorang, kita harus melihat seseorang itu dari sudut atau gamabran yang baru dan berbeza. Di mata kita, orang yang bersalah adalah salah dan seolah-olah kita melihat dia segalanya buruk dari segala aspek. Mungkin kita tidak sedar kita memendam dendam dan kemarahan terhadap insan tersebut. Ia berlaku jika kita melalui perpisahan. Individu yang kita sayangi menjadi racun dalam fikiran kita. Lepaskanlah, biarkan semua perkara buruk yang betul itu terbang bersama angin. Kita tidak perlu menyimpan maklumat sebegini dalam fikiran kita. Anggaplahb kita sedng melihat sebuah lukisan yang buruk, maka kita potretkan ia semula dengan dimensi lukisan yang baru

Memberi Kebajikan
Sebenarnya, memaafkan seseorang adalah satu amalan mulia. Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah memberi contoh bagaimana baginda memaafkan masyarakat yang telah menyakitinya dan baginda makin tenang hatinya pabila memberi kemaafan. Apabila kita memaafkan seseorang, kita telah memberi si bersalah satu hadiah, secara tidak langsung. 'Tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima', maka berilah kemaafan kerana kita adalah manusia yang jauh lebih baik dari yang bersalah.

Kemaafan dari perspektif baru
Apabila seseorang menyakiti kita, kadang kita terlalu marah sehingga kita berjanji kepada diri sendiri untuk tidak memaafkannya. Jangan begitu. Saat kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya telah membuang beban kebencian yang terletak di bahu kita. Sedarlah, bahawa kita mampu tersenyum semula, mampu bergembira semula saat kita membuang beban kebencian ini dengan kemaafan. Kesakitan yang datang dari pihak lain, ia adalah;

  •  batu loncatan kepada kita dalam mengenali manusia dan dunia.
  • Perintis jalan dalam lebih mengenali kelebihan dan kekurangan diri
Segala yang berlaku kepada kita mempunyai sebab tersendiri. Dalam hidup, ramai orang kan datang dan pergi, menitiskan airmata kita, namun ia bukan tanda dunia kita sudah berakhir. Ia adalah satu proses pembelajaran dan pembukaan akal dalam melihat perkara-perkara baru. Maafkan apa yang berlaku, kita tidak mahu emosi mengawal kehidupan kita.


Apa yang berlaku menjadikan kita seorang yang lebih baik* Hanya pada mereka yang berfikir*. Ampuni dan kasihilah mereka yang menyakiti kita, kerana mereka memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik.


Walaupun kemaafan adalah umpama hadiah yang tidak bersyarat yang diberikan kepada mereka yang tidak patut menerimanya, ia sebenarnya adalah hadiah kepada diri kita sendiri. Memaafkan memberikan kita kelegaan dan juga kesembuhan kepada hati kita. Kita akan sedar kita mendapat ketenangan dan harmoni dari proses memaafkan.

Satu perkara, apabila kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya memberikan belas kasihan, kemurahan hati dan kasih sayang. Kerana itu, tanpa sedar; kita sendiri telah sembuh

'Akashah
30 Ramadan 1432 Hijrah



Friday, August 12, 2011

Wanita yang tidak bersyukur-Bahagian Dua

Wanita yang gelora jiwanya adalah sangat bahaya. Jika mereka bersama dengan lelaki yang baik, mereka merasakan lelaki agresif dan 'bad boy' lebih menarik dan bersifat adventure untuk diterokai berbanding lelaki baik yang kelihatan begitu sempurna. Manakala jika mereka bersama denagn lelaki yang tidak setia, mereka berkata mahukan lelaki yang baik dan berusaha mendapatkannya, namun mereka masih lagi bersama dengan lelaki yang tidak setia itu. Faktanya, wanita itu sedang melakukan lebih dari satu relationship pada satu masa dan lelaki baik tadi adalah satu alternatif jika sesuatu berlaku. 



  • Fikiran Mereka
Ada pepatah Melayu mengatakan, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Pepatah ini bermaksud walau mewahnya sesuatu di negeri orang, tetapi ia tetap lebih baik dinegeri sendiri. Wanita seperti ini berpegang pada falsafah yang songsang, iaitu Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Mereka berpendapat, walau sebaik mana mereka memliki sesuatu, maka pasti ada lebih baik menungu jika mereka mahu. Wanita sebegini harus sedar bahawa, mereka perlu bersifat optimis dengan memberi dan mengharap ia 'kan ddibalas dengan bebaikan, bukan mengharap menerima kebaikan semata-mata sahaja.

  • Kesan
Ramai penulis lihat, begitu merungut dimana mereka tidak menemui lelaki yang baik. Sejujurnya penulis mengaku memang benar lelaki yang baik semakin berkurangan. Sebenarnya, ramai lelaki baik di luar sana, namun majoritinya telah bertemu dan bersama dengan wanita yang salah, mengakibatkan perubahan dalam diri lelaki yang baik ini. Lelaki apabila bersama wanita seperti ini, begitu bersungguh dalam memberikan segalanya sedangkan si dia tidak layak mendapat layanan sewajarnya.

Lelaki adalah makhluk yang tidak pandai menujukkan perasaan mereka. Saat mereka mula mengenal cinta dan memberikan terbaik, saat itulah diri mereka berubah menjadi lebih baik. Apabila mereka merasa terhina dengan pengorbanan yang mereka lakukan, wanita yang hadir seterusnya menjadi sukar. Ini kerana mereka dapat melihat penderitaan dan kemurkaan lelaki tersebut pada wanita. Jika wanita yang hadir itu tidak mampu membalut luka lelaki tersebut, maka sukar wanita tersebut mendapat kualiti baik yang ada pada lelaki.

Lelaki di luar sana yang mengalami pengalaman ini, tabahkan hati. Jangan biarkan wanita sebegini merosakkan dan membinasakan kebaikan yang ada pada diri anda. Wanita seperti ini bisa membuang kebaikan dari lelaki, maka berhati-hatilah. Wanita ini sebenarnya tidak tahu maksud 'Lelaki baik'.

Si dia selamanya kan di kenali sebagai wanita yang MELEPASKAN TERBAIK DARI HIDUPNYA. Suatu hari nanti, tanpa pengetahuan sesiapa, dalam  benaknya betapa dia menyesal..dalam melepaskan anda...


  • Kesimpulan
Kita tidak tahu apa yang kita ada melainkan kita kehilangannya. Wanita sebegini tidak seperti itu, mereka tahu apa yang mereka ada tetapi berfikiran tidak akan kehilangannya.

Si dia melayan anda teruk bukan kerana dia bersama lelaki yang kurang baik, tetapi si dia sendiri adalah wanita yang TERUK!!!Apabila anda sendiri tidak gembira dengan diri anda, maka anda tidak akan sesekali gembira atau bahagia dengan sesiapa pun. Wanita seperti ini walau anda layan seperti seorang permaisuri mahupun hamba abdi, tetapi kerana dia tahu dia boleh mendapatkan yang lebih baik;maka si dia akan mencuba apa macam cara dan alasan untuk tinggalkan anda. 

Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Tetapi kerna takdir menguji lelaki itu dengan laluan berduri, ia mungkin menyebabkan perubahan negatif pada lelaki. Masyarakat umum alpa bahawa setiap orang yang kita jumpa punya sejarah tersendiri yang menerangkan mengapa mereka kadang bertindak kasar. 

Ada wanita dalam dunia ini begitu bertuah, mereka telah Allah pertemukan dengan lelaki yang baik. Lelaki yang sangat mengambil berat, dan memberikan terbaik untuk si dia. Lelaki sebegini sangat sukar untuk ditemui, dan sedarlah; pabila anda punya sesuatu yang sangat berharga, jagalah dan hargailah ia dengan baik.




(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


P/S: Allah mengurniakan 9 nafsu pada wanita bukan untuk dipenuhi semua, sebaliknya ia adalah satu ujian yang Allah berikan pada kaum Hawa. Wanita yang tidak tunduk pada nafsunya adalah wanita yang hebat dan mulia di sisi Allah S.W.T


'Akashah
13 Ramadan 1432 Hijrah

Wanita yang tidak bersyukur-Bahagian Satu

Perpisahan di antara dua individu adalah umpama seperti wabak, dimana ia semakin sukar dibendung. Bermula dari hubungan teman hingga perceraian dan keruntuhan masjid. Apakah yang sedang meniti kehidupan masyarakat? Benarkah perpisahan itu berlaku kerana tiada persefahaman dan tolenrasi lagi? Ramai di antara kita semua,apabila mendengar tentang isu penceraian, kita beranggapan salah satu sama ada suami mahupun isteri menjadi punca berlakunya kejatuhan empayar cinta mereka. Sedarkah para pembaca bahawa ia berpunya dari pemikiran seseorang dinvidu terhadap dirinya. Sempena Ramadan yang mulia ini, penulis mengupas isu wanita yang meninggalkan lelaki baik dari hidupnya.

Apakah yang selalu di rungut wanita mengenai lelaki?

  1. Penipu
  2. Pemalas
  3. Tidak Menghormati
  4. Biadap
  5. Pentingkan diri
  6. Terlalu ego
  7. Tidak sensitif
Ini antara rungutan yang diberi pada lelaki. Rungutan ini juga antara penyebab wanita meninggalkan lelaki yang mereka cintai. Namun, ada golongan wanita yang tidak bersyukur, walau mereka mempunyai lelaki yang sangat baik dalam hidup mereka dan tidak mempunyai perwatakkan seperti list di atas, mereka tetap nekad pergi. Kejam bukan? Mari kita lihat sebabnya..

  • Mengapa??
Anda lihat seorang lelaki yang sangat baik. Dia menjaga pasangannya dan sentiasa meluangkan masa, berkorban masa dan tenaga untuk memastikan sebuah senyuman terukir pada bidadari kesayangannya. Boleh dikatakan lelaki itulah hampir lengkap dan sempurna, punya ciri-ciri yang sangat positif dalam dirinya; namun dia tetap ditinggalkan. KENAPA? Jawapannya mudah, iaitu KECERIAN JIWA.

Kita sedia maklum, Allah telah mencipta kaum hawa yang di datangkan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Apa itu nafsu? Nafsu bermaksud keinginan. Dalam konteks wanita, keinginan mereka adalah pelbagai dan di dalamnya wujud emosi yang sukar bagi kita kaum lelaki untuk faham. Nafsu ini perlu dipenuhi tuntutannya, dan disinilah masalah berlaku. Tidak semua wanita, memerlukan sembilan keinginann emosi mereka dipenuhi. Wanita yang mahu kesemuanya dipenuhi, wanita inilah yang selalu mendatangkan derita dalam cinta

Ia bergantung pada kekuatan dan perasaan dalaman seseorang wanita. Jika seseorang wanita itu tidak begitu gembira di dalamnya walaupun zahirnya kita lihat dia bahagia, selalunya akan menghajati seseuatu yang tidak mungkin dia akan dapat dari lelaki yang sedang bersamanya. Walaupun semua keperluan wanita tersebut dipenuhi, tetapi apabila pergolakan dalam dirinya tidak di urus dengan baik, maka kita dapat lihat wanita itu tidak puas malah kelihatan semakin keliru dengan apa yang di perlukan. Contohnya;


  • Contoh
Seorang lelaki bernama Kasha menerima kehadiran gadis bernama Cahaya. Cahaya mahukan Kasha kerana dia tertarik dengan keperibadian lelaki trsebut yang baik, bertanggungjawab, dan punya karakter suami yang sangat bagus. Apabila Kasha mula membuka hatinya, dia memberikan segalanya pada cahaya. Mereka, pada mata teman-teman dan ahli keluarga, sangat bahagia dan serasi bersama. Namun, pergolakan berlaku tanpa sesiapa dapat melihatnya, terutama Kasha. Walaupun dia memberikan segalanya, menjaga Cahaya dengan sangat baik, sentiasa mendorong dan melakukan apa sahaja, keinginan Cahaya tidak pernah putus malah semakin bertambah dari hari ke hari. Malah, kadang Cahaya meragam secara tiba-tiba dan Kasha tidak faham mengapa. 

Lalu bermula detik Cahaya yang sentisa mengugut meninggalkan Kasha. Malah, Cahaya juga semakin sukar di baca. Akhirnya pergaduhan mula singgah dalam relationships mereka, lalu cahaya meninggalkan Kasha.

Fikirkan sejenak, apakah yang menyebabkan cahaya begitu. Sebenarnya cahaya tidak gembira dalam hatinya. Walaupun mendapat lelaki yang sangat baik dan ikhlas menjaganya, terdapat satu nafsu yang gagal di penuhi Kasha, iaitu kecantikan. Cahaya merupakan gadis yang cantik dan dia merasakan Kasha tidak cukup kacak, tidak menepati ciri-ciri fizikal yang dia mahukan dari seorang lelaki. Maka, apabila tuntutan ini tidak dipenuhi, maka wanita menjadi tidak gembira, dan mereka akan tinggalkan lelaki begitu sahaja.



Bersambung pada bahagian kedua...

'Akashah
12 Ramadan 1432 Hijrah

Wednesday, July 20, 2011

Thursday, July 14, 2011

Gugur anak bukan bermaksud gugur dosa..

Anak




Perkara yang sebuah magis bagi manusia. Keindahan tentang anak adalah dapat melaui frasa mendewasakan mereka, melaui setiap waktu jatuh, tangisan, juara, kegembiraan, di depan mata kita. Melihat mereka membesar, adalah sesuatu yang tdaik mungkin dapat dibeli, ditukar ganti dengan apa jua keadaan. Tanyalah pada setiap inasn berhati murni, anak adalah satu nikmat kehidupan, satu anugerah dari Ilahi yang mungkin, tidak semua manusia kan merasa.

Penulis hari ini, tidak langsung bangga hidup di era millennium, kerna manusia hari ini hatinya kotor, umpama roti berkulat bertahun lamanya. Begitu ramai dilahirkan berwajah cantik dan segak gayanya, malang ramai manusia dari bilangan ini adalah mereka yang hatinya adalah hati pembunuh, manusia berhati dingin berdarah reptilia.

Sedar pada kita, ramai prempuan pada saat penulis berbicara, menjadi pembunuh paling hebat dalam sejarah tamadun manusia. Ibu merupakan satu simbol kesucian, penyejuk hati, malah boleh dikatakan ibu adalah simbol kasih sayang kita semua. Namun hari ni, gara-gara tercemarnya maruah diri 'bidadari' dunia, satu jasad yang baru hendak bernyawa menjadi korban kerakusan insan yang bernafsukan kuda judi, bertuankan iblis yang menawarkan ganjaran keseronokan tidak terhingga.

Perempuan yang hamil gara-gara memberikan lelaki tidak sah untuknya dengan memberikan maruah serta rahimnya, adalah mereka yang  cetek kewarasan diri. Lelaki sememangnya makhluk yang dibentuk dengan memilki satu nafsu, iaityu nafsu 'bersama' kaum hawa. Ini adalah fakta dan perempuan seharusnya sedar akan perkara ini. Pentingnya menjaga maruah dari memberikan ia pada lelaki buaya cap belalai gajah ini kerana lelaki-lelaki inilahyang kan merosakkan segalanya yang indah dalam dunia ini. Mereka tidak pernah sesekali CINTA 'kan anda, anda hanyalah persinggahan satu permainan menyeronokkan, diperlukan mereka bagi memenuhi KEPERLUAN BIOLOGI LELAKI.

Lelaki yang benar cintakan seseorang wanita adalah lelaki yang menjaga maruahnya dan juga maruah anda, dan tidak sesekali walau sedetik lerlintas di minda dan hatinya, untuk merampas sesuatu yang bernilai dari anda, wahai wanita. Tujuan utama Islam tidak sama sekali membenarkan wanita dan lelaki bukan muhrim bersentuhan adalah kerana setiap sentuhan, merupakan satu simbol kasih sayang bagi wanita-Malangnya bagi lelaki, ia adalah satu keseronokkan dan pembuka jalan kepada permainan yang lebih menarik.

Saat anda mengetahui anda hamil, ia sepatutnya menjadi saat manis dalam hidup anda. Tanyalah pada mereka yang sudah berkhawin, mengetahui isteri hamil-Satu perasaan yang sangat teruja bagi sang suami. Ada yang meloncat, mlah jadi sangat penyayang dan caring pada isteri saat isterinya mengandung, malah ada yang mengalami alahan hamil*Suami yang asyik muntah-muntah, kurang sihat-dan ia tidak berlaku pada isterinya..Hehehehe*..Fikirlah, bukankah saat ini yang anda mahukan? Sebaliknya, anda akan diminta mengugurkan kandungan apabila memberitahu anda hamil kepada lelaki yang kononya berjanji ala Romeo Di Caprio untuk bertanggungjawab di atas perlakuannya kepada anda.

Dunia gelap-Umpama batu besar jatuh di bahu anda. Saat keluarga mengetahui, ada yang menyuruh gugurkan, anda yang membuang anda dari salah silah keluarga, malah segelintir menerima kesalahan anda. Pada saat ini, siapakah yang anda mahu paling mengadu kesusahan?? Ke manakah harus anda pergi agar diterima tanpa prejudis? Masihkan anda punya keberanian mengadap Pencipta Langit dan Bumi-Allah S.W.T??

Andai Allah tidak permudahkan hidupmu waktu ini, saat yang terlintas dibenak sambil berbisik syaitan-Gugurkanlah kandungan anda, jangan bertangguh pasti berkumandang di halwa telinga dan fikiran daalam anda. Lalu, andai mengiyakan bisikan ini lalu membulatkan tekad mahu membunuh kandungan anda.

Fikirkan begini-Berzina adalah antara dosar besar, dan Allah memang memurkai perbuatan BERZINA. Lalu anda mahu membunuh kandungan anda kerana anda merasakan anda terpaksa, sedarkah membunuh itu juga DOSA BESAR?? Mari saya tunjukkan Matematik Islam...1 Dosar Besar BerZina+ 1 Dosa Besar Membunuh= NERAKA JAHANAM TINGKAT VVVVVVIP...Sangat menarik kan hadiah yang anda dapat???

Jika anda tidak insaf sekalipun kerana berzina, jangan tambahkan lagi dosa yang sedia ada. Pergilah pada tempat-tempat perlindungan untuk wanita mengandung tanpa berkhawin, lahirkan anak anda. Dia tidak bersalah, malah takdirnya wujud kerana kesilapan anda. Ingatlah fakta ini selamanya.

Dia mungkin menjadi sejarahwan, pemimpin hati yang BERSIH, penegak syiar Islam, juga perlu di ingat-Dia tetap anak anda. Doanya untuk anda tidak pernah putus, malah mungkin kerana doanya anda'kan ditempatkan di syurga harum mewangi. Anak itu berhak hidup, punya hak untuk hidup-Jangan anda rampas hak itu darinya kerana jika anda merampasnya, anda dan lelaki belalai gajah itu adalah hati berti berkembar Siam. Walau anda tidak mahu mengambil peluang mendewasakan anak tersebut, ingatlah bahawa ada ramai lagi insan berhati suci ingin mengambil peluang tersebut membesarkan anak itu seperti anak mereka.

Penulis pernah melalui pengalaman mengetahui mama orang yang penulis pernah cintai mahu menggugurkan kandungannya. Kesannya, penulis dapati anaknya jadi hati yang agak reptilia seperti hati mamanya itu. Penulis gerun, jadi penulis harap pembaca ambil ikhtibar.

'Akashah
13 Sya'ban 1432 Hijrah

Tuesday, June 21, 2011

Ciri-ciri seorang ayah pada lelaki...

Chomelnya..hehehe
Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah kita ingin melihat kualiti bapa yang baik dalam diri seorang lelaki.Baru-baru ini penulis melihat pada page Yahoo, telah disenaraikan 6 ciri-ciri yang menunjukkan ciri-ciri lelaki yang boleh menjadi bapa yng baik. Penulis pula telah menyenaraikan sebanyak 5 kualiti utama, iaitu
  • Layanan kepada ibunya
Cara seseorang lelaki melayan ibunya dapat menunjukkan karakternya.. Jika dia begitu hormat pada ibunya, rajin membantu melakukan kerja rumah, pandai berbual, dan membuat ibunya ketawa serta gembira, maka ia menunjukkan lelaki ini mementingkan aspek keceriaan orang tuanya. Ia juga menunjukkan dia dibesarkan dengan baik sekali. Maka, anda sebagai seorang isteri di kemudian hari, juga akan dilayan dengan baik kerana anda ibu kepada bakal anak-anaknya


  • Melatakkan orang lain dihadapan
Apabila anda bersamanya, anda dapati dia lebih mementingkan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri, termasuklah meletakkan kepentingan keluarga dan kawan dihadapan. Sifat ini perlu ada sebagai seorang ayah dimana apabila dia mampu meletakkan kepentingan orang lain dihadapan, maka kepentingan anak-anak juga akan menjadi keutamaan dalam hidupnya.


  • Abang/ Anak yang bertanggungjawab
Lihat pada bagaimana cara dia melayan adik-beradiknya. Ada lelaki yang memainkan peranan seperti seorang ayah dalam melayan adik-beradiknya. Dia rasa bertanggungjawab dalam memberikan contoh yang baik, mendidik, dan melayan adik beradiknya sebaik mungkin. Lihat pada kualiti dan perwatakkan adik-beradiknya, jika semuanya menjadi individu-invidu yang penuh dengan kualiti positif, maka ia menunjukkan dia punya persiapan rapi dalam mendidik anak-anak

  • Tolenrasi
Sifat bertolak ansur jarang dilihat pada lelaki pada zaman ini. Ramai lelaki menganggap sifat ini sebagai kelemahan andai mereka tanamkan dalam diri. Tolenrasi adalah sanggup menedgar pendapat, dan menerimanya jika ia adalah pendapat yang lebih bernas. Tolenrasi juga bermaksud dia sanggup menerima kesusahan di atas sesuatu perkara demi melaksanakan tugas atau memberikan terbaik dalam perkara tersebut. Sifat ini perlu kerana dalam menguruskan kehidupan anak-anak, anda tidak dapat lari dari menghangtar dan mengambil anak dari sekolah, menghadiri persembahan anak-anak, mengambil kad kemajuan atau prestasi pembelajarannya.

  • Tegas, tetapi juga penyayang

Ayah yang loving qiut...;)
Lelaki sememangnya harus tegas dalam menyatakan pendiriannya, agar dirinya dihormati. Tegas dalam menyatakan pendirian, tetapi juga memberikan ruang untuk mendengar dan mencari insiatif yang lebih baik.Ini anda dpat lihat dalam pergaulannya bersama masyrakat dan kawan-kawa. Jika dia melihat sesuatu atau di ajak melakukan perkara yang dia kurang gemar, adakah dia akan ikut kemahuan ataupun tegas dalam mengatakan tidak? Apabila anak-anak dpat melihat ketegasan seorang ayah, anak-anak sebenarnya cepat belajar, terutama dalam membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Dalam ketegasan, ada sifat penyayang dimana lelaki ini peka. Anak-anak juga perlu dididik dengan sifat lembut dari seorang bapa,  dimana bapa tahu masa-masa yang sesuai bergurau senda dengan anak-anak.Kajian menunjukkan, lelaki yang banyak meluangkan masa dengan anak-anak dengan bergurau dan melayan karenah anak-anak, selalunya menjadikan anak-anak orang yang optimis dalam kehidupan.

Pada penulis, kualiti paling penting yang perlu seorang lelaki ada dalam menjadi ayah yang baik adalah bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab, Insya Allah akan berasa bertanggungjawab terhadap agama dan keluarganya..Dia akan berusaha menjadi ayah yang terbaik serta sanggup bersusah payah demi anak-anaknya, menjadi penyayang pada isterinya, imam kepada keluarga dengan memberikan contoh terbaik pada anak-anak. Nasihat penulis, carilah lelaki yang sentiasa mempamerkan kasih sayangnya kerana apabila anda dapat melihat dan merasai kasih sayangnya, maka kebahagian itu Insya Allah akan berkekalan.

'Akashah
20 Rejab 1432 Hijrah

Saturday, May 14, 2011

Tips suami romantis



Saya sendiri berharap saya dapat lakukan apa yang saya tuliskan disini..Insya Allah..

  • Pergilah kepada kesayangan anda
Apabila anda pulang dari tempat kerja, apakah yang anda lakukan? Mandi, menonton tv, atau makan?? Perkara pertama yang anda harus lakukan pabila pulang adalah terus mencari isteri anda dan memeluknya. Wanita sentiasa menyukai sesuatu yang romantis dan manis. Apabila anda mendapatkan dia sebaik anda menjejaki kaki di rumah, dia berasa sangat penting kepada anda. Sentuhan adalah sesuatu yang penting bagi wanita. Apabila anda memberikan dia pelukan, dia berasa sangat tenang dan perasaan resah, gundah gulana, mahupun kemarahan dia pada hari tersebut akan berkurangan.

Jika pulang lewat, pastikan anda menelefon isteri anda dan memaklumkan pada dia, anda akan pulang lewat pada hari tersebut. 

  • Berikan perhatian
Apabila isteri cuba berkomunikasi dengan anda, pastikan anda menumpukan sepenuh perhatian kepada dirinya. Tutup tv, surat khabar dan telefon bimbit anda dan dengar dengan penuh perasaan. Mendengar dengan empati, iaitu perasaan yang mampu menyelami apa yang isteri anda sedang rasa kan pada ketika penceritaan. Renung matanya, jika dia menangis, rasailah kessedihan dia dengan menitis juga air mata, atau lapkan airmatanya. Jika dia marah atau sedih tentang sesuatu, pelukan adalah yang dia perlukan

  • Pujian yang istimewa
Wanita memang sukakan pujian, terutama pujian yang ikhlas. Namun, untuk pujian yang  benar-bendar dapat membuat isteri anda terpegun dan tersenyum manja, berikan pujian dengan kata-kata yang agak menarik, dimana dia dapat melihat anda mengambil masa untuk berfikir perkataan yang sangat manis untuk diucapkan.

Contohnya;

Jika anda mendengar dia menyanyi, pujian suara dia sedap adalah biasa. Pujilah dia dengan 'Sayang, awak ni seorang penyanyi berbakat.'

Jika dia membuat sesuatu keputusan yang tepat, pujian berbunyi awak memang pandai adalah biasa. Pujilah si dia dengan 'Sayang, kebijaksanaan awak adalah mengkagumkan.'

Jika dia tersenyum atau meberikan senyuman pada anda, pujian senyuman awak cantik adalah biasa. Berilah pujian,'Sayang, senyuman awak sangat berseri-seri dan indah untuk dipandang'.

Jika dia merenung anda atau anda terpandang matanya, jangan katakan matanya adalah cantik. KATAKAN, 'sayang, mata awak punya kilauan yang sangat istimewa.

Setiap kali terpandang wajahnya, tidak kira walau berapa usia perkhawinan anda, pujilah dengan- Sayang, awaklah wajah bidadari yang saya ingin selalu tatapi..
  •  Panggilan
Waktu mula-mula memikat, berapa banyak kali anda ucapkan 'I love you' ? Setelah berkhawin, adakah bilangannyabertambah atau berkurang???=)

Jika anda berada di pejabat, telefon lah isteri anda dan tanyakan jika dia ada sesuatu yang menarik untuk berkongsi dengan dengan dia atau sekadar memberitahu dia, 'Honey, I love you'...(^_^)

Kalau boleh, anda sentiasa mengatakan 'I love you' padanya, sekurang-kurangnya 7 kali sehari..

Andai anda berjauhan darinya untuk seketika kerna tuntutan kerja, pastikan anda menghubungi dia dan beritahu diaanda sentiasa rindukan dia.Jangan bagi dia peluang untuk telefon anda dan menyatakan rindu.Pastikan anda yangpertama menzahirkan rindu.

  • Gambar
Pastikan anda menyimpan gambar isteri anda dalam dompet dan biarkan dia melihat gambar tersebut. Sentiasa 'update'gambar-gambar dia dengan yang terbaru supaya dia tahu, anda tidak pernah jemu menatap wajahnya tidak kira berapa usianya.

Juga, sentisa  menangkap gambar isteri anda pada majlis-majlis tertentu. Dia akan berasa teruja apabila anda sentiasa menangkap gamabr dia yang menarik pada majlis-majlis yang dihadiri anda berdua.

  • Kejutan
Anda boleh membeli bunga lalu menghadiahkan pada isteri anda. Tidak perlu menunggu pada hari-hari yang istimewa untuk memberikan dia bunga, berilah pada saat yang isteri anda tidak jangka. 



Juga, buatlah satu nota khas, puisi, sajak atau pun lagu khas untuknya. Anda juga boleh membuat perancagan yang lebih romantis dimana tiba lebih awal atau ambil cuti pada hari-hari yang istimewa, masak dan berpakaian sgt kemas dan segak. Nikmati makan malam bersama isteri, pasang lagu kesukaan ataupun lagu cinta anda berdua lalu menarilah bersamanya..

Untuk lebih kreatif, pastikan anda mengukir 'I love you' pada sabun mandi yang selalu isteri gunakan. Andai dia melihat perkara ini, dia kan tersenyum dengan telatah anda..=)

  • Sentuhan
Sentuhan adalah perkara yang paling disukai isteri. Apabila isteri anda bercakap dengan anda, sentuh atau pegang tangannya. Juga renung pada matanya, ia memberi isyarat anda sedang cuba memahami perasaanya. Setiap kali habis menunaikan solat, pastikan anda memeluk dan mencium dahi isteri anda..*Yang ni bebas, ikut apa yg korang suka..hehehe*

Selalu berikan isteri anda pelukan, sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Jangan segan untuk menujukkan kasih sayang anda pada isteri pada anak-anak. Kajian menunjukkan, jika ibu bapa selalu menunjukkan kasih sayang antara mereka, anak-anak selalunya akan menjadi seorang yang penyayang pada keluarganya..MAlah, Rasulullah pun menggalakkan berkasih antara suami isteri..;)

Pastikan anda bersiap sedia untuk masa tidur pada masa yang sama dengan isteri. Apabila mahu tidur, pastikan anda bertanya bagaimana harinya, dan dakaplah isteri anda seerat-eratnya. Jika isteri anda sukar untuk melelapkan mata, waktu inilah anda harus bercakap dengan banyak. Pastikan anda berbicara sesuatu yang isteri anda tidak minat*Elakkan cerita bola, politik, artis kegemaran anda*, seperti masa silam anda, perbuatan anda yang paling nakal. Apabila dia tertidur, jangan marah atau berkecil hati.Sebaliknya, ciumlah dahi isteri dan berikan dia senyuman yang paling manis walaupun dia telah tidur. Juga, nyatakan betapa anda berterima kasih di atas segala pengorbanan isteri. Sejujurnya, pada waktu inilah, anda akan lihat saat-saat tercantik isteri anda..=)

Perkhawinan bukan alasan untuk menjadikan diri anda kurang romantis. Ia adalah pembuka jalan unuk kita lebih pandai menunjukkan kasih sayang. Alasan lelaki tidak pandai menunjukkan kasih sayang adalah alasan bergenerasi yang kita gunakan untuk menidakkan pasangan kita mendapat kasih sayang yang maksima. Baginda Muhammad pun tidak segan untuk menunjukkan kasih sayang pada isteri baginda dengan meberi pelukan, berbicara manis dan sebagainya, mengapa kita perlu malu?

She is the love of your life, the one that you will always tell that you love her, remind her how you still love her and grow older with her..

Isn't love through marriage is like a magic, so pure and beauty??-A gift from Allah S.W.T

'Akashah
10 Jamadil Akhir 1432 Hijrah

Friday, April 22, 2011

Jangan Terburu-buru menerima cinta....

Adakah anda begitu terburu-buru dlam mencari cinta?Perkara ini selalu berlaku khususnya berlaku pada lelaki. Tiada seorangpun manusia di dunia mahu bersendirian, telah diciptya pada fitrah manusia memerlukan cinta utk meneruskan survival dlam hidup. Namun, terburu-buru mencari cinta terutama selepas melalui frasa perpisahan adalah sangat tidak wajar. Apabila berpisah, dan anda menemui seseorang yang ada menghiburkan anda, anda kan terbawa-bawa perasaan itu dan cepat-cepat mahu mengikat komitmen pada si dia.

Apabila si dia bersetuju, hubungan anda berdua akan menjadi satu hala tuju dimana anda meletakkan harapan bahawa hubungan anda itu adalah si dia harus berada disisi anda sewaktu anda perlukan seseorang. Ini adalah salah, ini bukan cinta sebaliknya pentingkan diri sendiri.Apabila si dia tidak ada untuk anda nanti, anda akan mula berasa kurang senang lalu bertindak mengikut emosi dimana akhirnya adan melukakan diri sendiri serta si dia. 

Mari lihat apa yang saya simpulkan sebab-sebab munasabah kenapa tidak boleh terburu-buru mempunyai hubungan istimewa:

  • Siapakah dirinya?
Ramai terlupa bahawa hati juga kadang-kadang mengelirukan diri kita. Akal membawa kepada perjelasan yang lebih logik, manakala hati adalah impressi kepada apa yang kita mahu lihat atau suka. Bagaimana anda mahu mengatakan anda menyintai seseorang apabila anda tida tahu siapa dia, siapa dirinya, apakah kelebihan dan keburukan dia?Tanpa mengenali individu secara dekat, hati anda sebenarnya yang mewujudkan persepsi yang cantik pada individu tersebut..Setelah anda kenal, lalu anda sedar ada perangai atau sifat-sifat si dia yang anda tidak suka, jadi apakah tindakan selanjutnya?Ramai akan memilih untuk meninggalkan si dia!!!

  • Menambah luka
Apabila anda terburu-buru, anda hanya lebih menambah peratusan terluka menjadi lebih tinggi. Fikirlah, anda mungkin melukai diri sendiri dan si dia..Bersediakah anda?Atau si dia sebenarnya masih teringatkan kisah lama, lalu hatinya belum sembuh dan bersedia, pabila si dia tidak dapat meberikan kasih sayang sepenuhnya, anda hanya akan meyalahkan diri dia.

  • Si dia bukan yang anda mahukan
Ketika ini, mungkin anda tertarik pada dia kerana hanya dia yang berada waktu anda kesunyian. Lalu anda menyatakan kasih dan mengajaknya mengikat komitmen. Kemudian, anda sedar si dia tidak mempunyai kriteria yang anda mahukan seperti jujur, matang, ataupun dia tidak mempunyai tarikan fizikal yang anda mahu seperti wjah cantik atau kacak, ramping, berbadan sasa, apakah tindakan anda selanjutnya? Saat ini anda berasa tidak berpuasa hati. Jika anda meneruskan hubungan tersebut, ianya akan menjadi lebik teruk kerana sudah terdapat perasaan kurang sedang dalam perhubungan, jika anda memilih untuk menamatkan hubungan, tidakkkah anda menyakiti insan yang padanya cinta bersemi kerana dia beranngapan anda jujur menyintai dia..Tidakkah anda kejam??

  • Cinta adalah masa
Cinta datang kadang tidak terjangka. Ia datang dalam sepintas mata berkelip dan ia juga boleh hilang sepintas nafas turun naik. Cinta adalah kehidupan, ia perlu dipupuk , ia perlu masa untuk berkembang dan bersinar sepanjang waktu. Ingatlah, we can't hurry love.  Cuba renungkan, jika manusia itu telah ditakdirkan berpasanagn, kenapa sejak lahir lagi Allah tidak pertemukan kita dengan paasangan yang kita nanti? Ia kerana Allah mahukan manusia itu sendiri mengalami proses membentuk cinta dan membajai cinta dangan menikmati keindahan membentuknya dengan masa. Masa adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai. Melalui masa, manusia belajar mengenai betul dan salah, tanggungjawab, serta memahami erti kasih sayang sejati.

  • Keinginan dalam komitmen
Kenapa begitu ramai manusia begitu terburu-buru dalam memberi komitmen??Begitu sedikit yang mengambil masa dalam memberi komitmen? Jawapannya terletak pada sejarah silam. Mereka begitu takut pada kegagalan 'relationships' yang lalu, seorang yang kesunyian ataupun datang daripada keluargayang berpecah belah. Jadi, apabila mereka menemui seseorang yang mereka suka ataupun yang mengambil berat tentang dirinya, maka mereka terburu-buru mengikat hubungan adalah kerena mereka mahu menggantikan masa yang telah hilang dalam hidup mereka.

Cinta bukan mencari pengganti, atau mengisi masa terluang, mahupun mengambil apa sahaja yang berada didepan mata..Cinta adalah memberi dan menerima..Memberi hati pada penerima yang sanggup menjaga hati kita dan berdepan pancaroba yang memungkinkan hati itu dicuri atau dilukai. Penerima juga memberikan hatinya pada kita untuk kita juga bersama-sama menjaga dan melindungi hati serta bersama-sama membesar, tua bersama-sama dalam mengharungi kehidupan.

You're moving too fast, I don't understand you 
I'm not ready yet, baby I can't pretend 
No I can't 
The best I can do is tell you to talk to me 
It's possible, eventual 
Love will find a way 
Love will find a way... 

Don't say you love me 
You don't even know me 
If you really want me 
Then give me some time 
Don't go there baby 
Not before I'm ready 
Don't say your heart's in a hurry 
It's not like we're gonna get married 
Give me, give me some time 

Lihatlah lagu M2M, Don't say you love me.Nampak?Bagaimana kata cinta jika tidak kenal diri? Cinta bukan paksaan, tetapi mengenai masa..Masa dimana cinta itu hadir dengan tepat dan kedua-duanya berada dalam kondisi bersedia memberi dan menerima segalanya tentang cinta...

Terburu-buru itu adalah amalan syaitan..Renungkan....

'Akashah
18 Jamadilawal 1432 Hijrah