Tuesday, June 21, 2011

Ciri-ciri seorang ayah pada lelaki...

Chomelnya..hehehe
Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah kita ingin melihat kualiti bapa yang baik dalam diri seorang lelaki.Baru-baru ini penulis melihat pada page Yahoo, telah disenaraikan 6 ciri-ciri yang menunjukkan ciri-ciri lelaki yang boleh menjadi bapa yng baik. Penulis pula telah menyenaraikan sebanyak 5 kualiti utama, iaitu
  • Layanan kepada ibunya
Cara seseorang lelaki melayan ibunya dapat menunjukkan karakternya.. Jika dia begitu hormat pada ibunya, rajin membantu melakukan kerja rumah, pandai berbual, dan membuat ibunya ketawa serta gembira, maka ia menunjukkan lelaki ini mementingkan aspek keceriaan orang tuanya. Ia juga menunjukkan dia dibesarkan dengan baik sekali. Maka, anda sebagai seorang isteri di kemudian hari, juga akan dilayan dengan baik kerana anda ibu kepada bakal anak-anaknya


  • Melatakkan orang lain dihadapan
Apabila anda bersamanya, anda dapati dia lebih mementingkan kepentingan orang lain berbanding dirinya sendiri, termasuklah meletakkan kepentingan keluarga dan kawan dihadapan. Sifat ini perlu ada sebagai seorang ayah dimana apabila dia mampu meletakkan kepentingan orang lain dihadapan, maka kepentingan anak-anak juga akan menjadi keutamaan dalam hidupnya.


  • Abang/ Anak yang bertanggungjawab
Lihat pada bagaimana cara dia melayan adik-beradiknya. Ada lelaki yang memainkan peranan seperti seorang ayah dalam melayan adik-beradiknya. Dia rasa bertanggungjawab dalam memberikan contoh yang baik, mendidik, dan melayan adik beradiknya sebaik mungkin. Lihat pada kualiti dan perwatakkan adik-beradiknya, jika semuanya menjadi individu-invidu yang penuh dengan kualiti positif, maka ia menunjukkan dia punya persiapan rapi dalam mendidik anak-anak

  • Tolenrasi
Sifat bertolak ansur jarang dilihat pada lelaki pada zaman ini. Ramai lelaki menganggap sifat ini sebagai kelemahan andai mereka tanamkan dalam diri. Tolenrasi adalah sanggup menedgar pendapat, dan menerimanya jika ia adalah pendapat yang lebih bernas. Tolenrasi juga bermaksud dia sanggup menerima kesusahan di atas sesuatu perkara demi melaksanakan tugas atau memberikan terbaik dalam perkara tersebut. Sifat ini perlu kerana dalam menguruskan kehidupan anak-anak, anda tidak dapat lari dari menghangtar dan mengambil anak dari sekolah, menghadiri persembahan anak-anak, mengambil kad kemajuan atau prestasi pembelajarannya.

  • Tegas, tetapi juga penyayang

Ayah yang loving qiut...;)
Lelaki sememangnya harus tegas dalam menyatakan pendiriannya, agar dirinya dihormati. Tegas dalam menyatakan pendirian, tetapi juga memberikan ruang untuk mendengar dan mencari insiatif yang lebih baik.Ini anda dpat lihat dalam pergaulannya bersama masyrakat dan kawan-kawa. Jika dia melihat sesuatu atau di ajak melakukan perkara yang dia kurang gemar, adakah dia akan ikut kemahuan ataupun tegas dalam mengatakan tidak? Apabila anak-anak dpat melihat ketegasan seorang ayah, anak-anak sebenarnya cepat belajar, terutama dalam membezakan perkara yang baik dan perkara yang buruk. Dalam ketegasan, ada sifat penyayang dimana lelaki ini peka. Anak-anak juga perlu dididik dengan sifat lembut dari seorang bapa,  dimana bapa tahu masa-masa yang sesuai bergurau senda dengan anak-anak.Kajian menunjukkan, lelaki yang banyak meluangkan masa dengan anak-anak dengan bergurau dan melayan karenah anak-anak, selalunya menjadikan anak-anak orang yang optimis dalam kehidupan.

Pada penulis, kualiti paling penting yang perlu seorang lelaki ada dalam menjadi ayah yang baik adalah bertanggungjawab. Lelaki yang bertanggungjawab, Insya Allah akan berasa bertanggungjawab terhadap agama dan keluarganya..Dia akan berusaha menjadi ayah yang terbaik serta sanggup bersusah payah demi anak-anaknya, menjadi penyayang pada isterinya, imam kepada keluarga dengan memberikan contoh terbaik pada anak-anak. Nasihat penulis, carilah lelaki yang sentiasa mempamerkan kasih sayangnya kerana apabila anda dapat melihat dan merasai kasih sayangnya, maka kebahagian itu Insya Allah akan berkekalan.

'Akashah
20 Rejab 1432 Hijrah

No comments:

Post a Comment