Friday, December 31, 2010

Suatu masa...

'Akashah with his borther, Zaid
Tahun 2010 hampir pasti melaburkan tirainya pada malam ini. Tidak sedar, begitu pantas masa berlaku, begitu banyak perkara telah mengajar saya tahun ini. Sudah semestinya, seperti yang selalu saya katakan, pengalaman datang dari kegagalan mendapatkan sesuatu. Tahun ini begitu mencabar sekali, mencabar emosi juga mentaliti saya. Allah menduga sejauh mana tahap kesabaran serta memberikan saya peluang. Peluang? Mungkin anda berfikir ia adalah peluang menebus dosa? Bagi saya, tidak. Dosa yang saya lakukan, ia tetap di kira . Saya lebih fokus kepada apa yang telah saya pelajari dan bagaimana kesalahan dan kesilapan itu dapat dimanfaatkan. Peluang yang saya dapat adalah peluang untuk pertingkatkan keupayaan diri dari segi kesabaran, pengetahuan, falsafah, kekuatan serta ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik.
With Ahmad Aliff..=)


Hidup manusia, ceritanya, juga jalannya, adalah berdasarkan karakter kita yang tersendiri. Jika anda adalah seorang yang 'simple', kehidupan anda juga selalunya adalah simple. Saya punya personaliti yang agak rumit, dan fikiran saya juga rumit. Kehidupan saya menyimpan terlalu banyak persitiwa dan sejarah yang benar-bendar tidak orang lain jangka. Apa yang ingin saya kongsikan pada anda pembaca semua, adalah mengenai pengaruh, atau dalam kata Inggerisnya, Influence. Dalam post yang terdahulu, saya pernah mengatakan bahawa kita semua wujud dalam perubahan. Benar, percaya atau tidak, kita semua pasti akan berubah. Faktor utama mengapa perubahan ini berlaku adalah perkara  di sekeliling.


Perubahan: Baik dan juga Buruk??
Pengaruh di sekeliling kita sebenarnya amat dominan. Begitu sukar menterjemahkan mengapa ia begitu kuat, tetapi apa yang saya dapat rangkaikan, ia disebabkan kita berhadapan perkara ini tiap-tiap hari. Setiap wajah yang punya kisah tersendiri pada kita, jua sentiasa kata-kata dan janji mempunyai erti. Pada suatu ketika dahulu, pada zaman awal remaja saya, saya suka berkawan tanpa mengira 'status'. Tidak kira anda adalah budak baik ataupun nakal,saya tidak ambil peduli. Saya memandang persahabatan itu sebagai satu ikatan yang bersih, dan sebagai satu 'guru' yang tidak akan bisa mendapat ilmu di tempat lain. Apa yang saya dapati, persahabatan, cinta dan keluarga memainkan peranan yang penting dalam menentukan corak perubahan kita. 


Tidak perlu berpura-pura..always be
myself-'Akashah
Saya seorang yang baik. Mungkin, malah saya tidak begitu memikirkan tentang diri sendiri.*Dulu..*Ramai orang melabelkan saya sebagai seorang yang sangat baik. Tatkala ibu bapa sebahagian kawan-kawan saya mula hilang kepercayaan terhadap anak-anak mereka, *kawan-kawan saya yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral..* saya berdiri teguh bersama mereka, di atas jalan persahabatan. Saya tidak menyalahkan mereka menjadi begitu, sebaliknya saya semakin berkobar-kobar untuk membantu mereka keluar dari kepompong kegelapan serta lurah yang dalam.Sangat dalam sehingga mereka juga berputus asa terhadap diri mereka sendiri.Sungguh sayu saya pada waktu itu. Untuk melihat perkara sebegini berlaku, umpama melihat seseorang menghiris tangan mereka tanpa henti.


Tune violin n gitar..hehe
Saya tidak berpura-pura. Walaupun kawan-kawan saya waktu itu sedang terlibat dengan 'najis', saya tidak pernah meninggalkan mereka. Berada bila mereka perlu, mendengar tatkala batin mereka menjerit-jerit. Tanpa perlu menyuruh mereka berubah dan bertaubat, dengan izin Allah S.W.T, mereka terbuka hati untuk berubah. Mereka berhenti dari menjadi hamba kepada benda terlarang metropolis, lalu membuka cabang baru dalam kehidupan mereka, iaitu kehidupan yang baru. Mereka amat berterima kasih kepada saya, kerna membantu mereka. Pujian, hemmm...Saya tidak endahkan sangat, tetapi apa yang penting, mereka sudah mula gembira dengan kehidupan dan saya berasa amat gembira dan bangga. Ibu bapa mereka sudah mula percaya dan mereka sendiri sudah percaya pada diri sendiri. Teka di mana mereka sekarang? Mereka sudah mula berkeluarga, mempunyai kerja yang baik serta menjadi seseorang yang baru...


my hunny bunny Farah Inani....XD
Lihat bagaimana keadaan sekeliling membawa perubahan..Apa yang saya ingin kongsikan seterusnya adalah sebahagian dari kisah paling tragis pernah saya alami. Saya tidak marah, jua kecewa dengan apa yang berlaku. Saya sebaliknya bangga, bangga kerna melalui apa yang saya katakan The worst Breakup that I ever had


Gadis itu, pada asalnya merupakan seorang yang asing dalam kehidupan saya sejak 3 tahun lepas. Malah, saya tidak begitu mengenalinya. Tetapi, takdir memilih saya. Ada sebab-sebab yang Allah sahaja ketahui, tetapi saya pasti, ia membawa kebaikan pada saya dan juga si dia.


Saya adalah orang sukar untuk terpengaruh, jua dipengaruhi. Ayah sendiri gelarkan saya Dr J's junior, kereta kebal dan lone ranger..Hehehe...Thanks ayahanda. Apabila saya menjalinkan hubungan istimewa bersama si dia, saya dapati dia punya karakter yang lemah jua punya kelemahan yang sangat besar. Saya bertekad untuk membimbing dia, malah saya mula meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri untuk menjadikan dia seseorang yang lebih baik. Alhamdulillah, perlahan-lahan, usaha keras saya mula berhasil. Sifat-sifat positif saya mula 'berbicara' pada dia dan dia mula berubah sedikit demi sedikit. Pabila saya mula sudah memikir kebahagian ini kan kekal, Allah datangkan ujian yang sebenar akhirnya pada saya.


Farah dgn daddy dia..hehe
Di kantin RTM..alamak 2 beg 'dia'..ouucchh..hehe
Pelbagai perkara telah berlaku dan saya tidak ingin mendedahkannya. Tetapi, apa yang berlaku telah menyebabkan saya kehilangan kekuatan saya iaitu punya karakter yang kuat, sebaliknya saya menjadi semakin lemah sewaktu bersama dia. Malah, sifat-sifat negatif dia pula telah 'melekat' pada saya dan akhirnya saya sendiri sudah mula berubah kepada insan yang jauh berbeza. Akhirnya, kerana perubahan saya yang negatif ini, dia memilih untuk tinggalkan saya. Saya tergaman, dan waktu ini, semuanya kelihatan sangat gelap dan saya sendiri goyah. Penderian, pemahaman serta falsafah dan prinsip yang saya pegang mula kendur dan saya sendiri mula persoalkan apa yang saya percaya. Kawan-kawan karib saya sangat marah pada dia, kerna mengangap dia tidak mengenang budi. Mereka menyalahkan dia atas apa yang berlaku pada saya. Pada saya, saya tidak menyalahkan dia.Namun, Allah lebih sayang pada saya sebenarnya. DIA mahu meyelamatkan saya, sebab itu Allah menarik gadis yang paling dalam saya cintai menjauh dari diri saya. Saya lebih optimis dan mula nampak gaya pemikiran yang baru.


Allah berfirman:

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.  Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui " Al-Baqarah : 216

4.5.2010..with her..Blur, untuk
tdk dedahkan identiti..
Saya menyukai sesuatu yang mengakibatkan perubahan yang lebih negatif hadir dalam diri saya. Maka, Allah menyelamatkan saya dengan membatalkan hubungan itu.Apabila saat menjelma, saya jatuh seterusnya, hilang kekuatan dan tidak lagi menjadi seperti dulu, kawan-kawan sejati saya, Farah Inani dan Ahmad  Aliff terpaksa melihat saya jatuh dan membiarkan saya. Langkah mereka berdua sangat tepat. Apabila saya bangun semula dengan kekuatan sendiri, saya menjadi jauh lebih kuat dari dulu serta menjadi lebih optimis. Tindakan mereka tidak kejam, sebaliknya saya kagum dengan mereka berdua kerena mempercayai diri saya walaupun saya sendiri sudah hilang arah. Seumpama seorang ibu yang penyayang, ibu akan melihat anak mereka cuba belajar berdiri sendiri, membiarkan anak mereka jatuh berulang-ulang kali dalam mempelajari proses berdiri dan belajar. Kerna sifat penyayang, mereka terpaksa menahan sakit melihat anak menangis kesakitan. Tanpa sedar, airmata ibu membasahi pipi tetapi itulah yang ibu harus lakukan agar anak mereka dapat berjalan dengan sempurna. Itulah kasih sayang..

Saya memilih untuk melihat apa yang berlaku sebagai batu loncatan dalam mempelajari ilmu yang sangat berguna yang tidak akan didapati dimana-mana.

Saya memilih untuk melihat apa yang berlaku sebagai satu jalan kebangkitan, untuk menemui semangat dan kesucian dalam diri, dimana ia juga wujud dalam diri anda.

Saya memilih untuk melihat apa yang saya tempuhi sebagai satu kasih sayang dari Ilahi, supaya saya dapat kongsikan pemahaman saya kepada mereka yang melalui pengalaman yang sama.

Kehidupan benar-benar sangat baik, tetapi kadang-kadang kita lupa bahawa kita mempunyai pilihan pada setiap langkah. Kita mempunyai pilihan untuk bertindak atau bertindak balas. Kita juga mempunyai pilihan. Kita mempunyai pilihan dengan melangkah mundur, atau mengambil nafas dalam-dalam, dan kemudian bergerak maju denagn penuh keyakinan.
oohhh..tgh audition RTM pun sempat pose qiut..hehe
27.4.2010

Moga anda pelajari sesuatu dari penulisan saya.Selamat tahun baru, moga kita semua menjalani kehidupan yang lebih baik pada tahun 2011.

P/S: Penulisan kali ini sangat bermakna dan istimewa. Saya dedikasikan post ini pada best friends saya, my hunny bunny Farah Inani dan Malays most talented violinist and intelectual person*Dia fikir dalam2, sama macam saya..hehe*, Ahmad Aliff..*Love you both..


'Akashah 
25 Muharram 1431 Hijrah





     

    



Wednesday, December 29, 2010

Aku tidak merinduimu, tetapi merindui siapa diri kamu dahulu

Mengapa..??
Apabila kita melalui satu perpisahan yang meruntunkan jiwa, perkara pertama dan sentiasa kekal berlaku adalah kita sentiasa dibayangi perasaan yang mengingatkan kita pada si dia. Benar, apa jua yang lihat dan fikir adalah dia. Dia seperti satu suara dan bayangan yang hanya wujud dalam minda. Mungkin, kadang kala, kita mula mengaitkan sesuatu yang tidak masuk akal semata-mata mahu imej dia terus merajai hati kita sebagai insan yang menyayangi dia. Persoalan yang timbul, mengapa perlu dibayangi sejarah lalu? Wajar kita mengingati si dia yang pergi? Perkara yang paling menjadi 'barah' dalam situasi ini adalah kita terus menyiksa diri sendiri. JANGAN menyiksa diri dengan kenangan yang sudah MATI.


Perasaan inkuiri, sebenarnya berkait rapat dengan penderitaan. Sangat rapat sekali kaitan antara inkuiri serta derita. Pasti kita memutar kembali kenangan, secara paksa, tanpa sedar, kita mula memikir kembali, mula menilai, supaya dapat menghidupkan kembali sisa-sisa cinta. Berulang kali proses ini dilakukan sehingga menjadi tanda tanya, apakah yang kita dapat dengan menjalani kehidupan seumpama ini? Atau mungkin, sejujurnya diri kita telah menetapkan bahawa benar, benar sekali, kita telah mendapat sesuatu yang penting apabila terus hidup dalam kenangan.Sebaliknya, apa yang berlaku adalah kita menjadi lebih derita dan terperangkap dalam lingkaran emosi dan tekanan yang semakin gelap, lebih negatif dan semakin menyusuri lembah yang semakin dalam. 


'Aahhh..Dia yang menyiksa aku sebegini rupa!!." Mungkin, ini adalalah keluhan, puluhan ribu manusia yang sering saja didengari. Tetapi, sedarkah kita, bahawa orang yang bertanggungjawab 'memasang jerat' dan memastikan kita terus terperangkap adalah diri kita sendiri. Sedar? Sedarkah kita semua bahawa kita sebenarnya menyiksa diri sendiri dengan sengaja?Perkara ini selalu saja bermain di fikiran saya apabila saya menghadapi perpisahan. Perasaan ini adalah satu pola yang berterusan, umpama tiada titik noktah dalam kehidupan. Pola ini mempunyai bentuk yang sama tidak kiralah bagaimana perpisahan itu berlaku, iaitu:


1-Anda mendorong diri anda sendiri untuk berfikir dan mencari alasan tentang situasi tertentu dengan ex anda. Contohnya, anda mula mencari kesalahan si dia dan meletakkan kesalahan itu pada bahu ex anda atau diri anda sendiri.


2-Penderitaan akibat perpisahan, secara terangan, kita membuat satu jambatan yang berhubung kait antara penderitaan dengan kenangan yang ada. Sebagai conhoh, anda terus merasai derita dengan mengingati kenangan-kenangan buruk bersama ex anda


3-Anda cuba memberikan respon yang lebih aktif dengan berfikir secara mendalam bagi mengurangkan beban kesakitan.*Langkah ini sebenarnya membuka jurang yang lebih dalam* 


4-Kesungguhan dan usaha yang dilemparkan untuk mengatasi masalah ini hanya mengundang perasaan bersalah. Secara tidak langsung, kita terus terpengerangkap dalam kitaran kenangan yang terus menganas.




Bagaimana??
Bagaimana kita mahu melepaskan diri dari ikatan perasaan ini?
Bagaimanakah nanti..bila kau tak disisi...??
Perkara yang paling bagus adalah jika kita berjaya menggelakkan diri dari terperangkap dalam situasi ini sejak mula. Ini kerana apabila kita sudah mula terperangkap dalam perasaan mengimbau kenangan, diri kita kan terus menetapkan satu sistem yang berterusan membawa kepada penderitaan, sehinnga menyebabkan kemurungan yang kita alamai bertambah teruk. 


Cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah menerusi minda. Kawalan minda sangat berperanan dalam membantu kita mengatasi kemurungan serta perasaan mengimbau kenangan silam. 


Kawalan Minda
Mind focus..Learn the tricks..
Minda kita manusia adalah suatu yang kompleks, rumit tetapi kita mampu menjadikan ia sebagai sesuatu yang mudah. Minda yang tidak tenang menyukarkan kita untuk mengikuti pemikiran kita sendiri, bahkan menimbulkan kecelaruan antara realiti dan juga illusi. Ia berlaku disebabkan fikiran kita berada dalam sepadara sedar, dan ia membutakn kita tidak dapat berfikir dengan jelas. Kunci kepada kawalan minda adalah bagaimana membuat fikiran yang berada di bawah paras kesedaran sedar, dan seterusnya belajar untuk menghindari berfikir mengenai perkara yang tidak perlu atau tidak berguna. Ini merupakan satu tugas yang berat, sulit untuk diselesaikan terutama apabila kita berada di dalam keadaan emosi yang begitu tertekan dan sensitif. 


Halangan terbesar dalam menghalang 4 pola kitaran perasaan masa silam adalah perasaan bersalah. Apabila kita cuba untuk tidak memikirkan 4 perkara di atas(Memori bersama ex kita), kita rasa bersalah kerana perasaan ini memberikan satu imej, satu kesan bahawa kita Mesti berfikir mengebai Ex kita, untuk memastikan mereka terus hidup dalam diri kita. Melupakan mereka dan kenangan-kenangan ini bermaksud satu Pengkhianatan. Saya sendiri berfikir seperti ini satu ketika dahulu. Rasa sungguh bersalah sehingga tidak mahu berhenti dari memikirkan kenangan lalu, dan tidak mahu menerima realiti yang bercanggah dengan pemikiran separa sedar saya.


Ternyata, pemikiran sebegini adalah sempit dan SALAH!!. Ia merupakan mainan pemikiran kita sendiri.


Untuk berkuasa semula dalam mengawal pemikiran kita dan seterusnya menekan kenangan yang menyakitkan, bukan bermaksud kita perlu melupakan ex kita, atau melupakan saat-saat bahagia bersama mereka. Sebaliknya, ia bermaksud kita tidak mahu lagi bersubahat untuk terus menzalimi diri kita sendiri.


Terperangkap dalam situasi mengenang kisah lalu tidak membawa sebarang erti. Percayalah, ia hanya membuang masa. Kita tidak akan, tidak akan bersama semula dengan ex kita* Iaitu kitamendapatkan dia semula*, dan kita tidak akan nampak alasan sebenar mengapa perpisahan ini berlaku.


Sebaliknya, kita hanya menangguhkan masa untuk diri kita sembuh.


Ia adalah fakta dan kenyataan yang perlu kita sedari.


Langgar tembok perasaan tersebut. Kita tidak mahu terperangkap dengan lebih lama.


Ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan bagi memperkuatkan kawalan minda terhadap isu ini.Anataranya:


1-Mengawasi fikiran 
Awasi fikiran kita dan pastikan anda tahu apa yang ada sedang fikirkan.


2-Masa
Cuba ambil sebahagian masa utk tidak berfikir mengenai ex kita dan kemudian mula mengembangkan durasi masa tersebut. Contohnya, tetapkan hari ini anda tidak mahu berfikir mengenai ex anda selama sejam. Teruskan pada hari berikutnya dan menambah kadar masa.


3-Curi tumpuan
Bukan bermaksud kita cuba mendapatkan perhatian dari orang lain. Sebaliknya memenuhi masa yang terluang. Akan ada satu masa bila kita sukar untuk mengawal fikiran, jadi curi tumpuan dengan mengalih fokus kita pada perkara-perkara dan aktivit yang lain. Menonton wayang, bersuka, bersosial dan sebagainya.


4-Operasi Pembersihan
Goodbye love..yeahhh.
Seperti anda mengemas rumah, pasti ada barang-barang yang mahu dibuangkan? Segala barang-barang yang berkaitan “Ex-Stuff” kita simpan dalam kotak dan sembunyikan ia dari tempat-tempat yang boleh dilihat. *Kalau hebat, buang terus...hehehehe...=D*


5-Jangan dengar!!!
Ramai orang, terutama bila dalam keadaan murung,pasti hanya mahu mendengar lagu-lagu sedih yang mengambarkan perasaan mereka. Jangan amalkan langsung etika ini, sebaliknya dengarlah lagu-lagu yang gembira dan optimis dengan perpisahan. Juga, elakkan melihat filem-filem romantis yang menjanjikan kebahagiaan dalam cinta or filem cinta yang berakhir dengan tragedi* Ttitanic, Sembilu 2, Kuch-kuch Hota HAI..hehehhe...=P*


6-Bersendiri dari orang-orang negatif
Ada sesetangah indvidu suka melontarkan pandangan yang negatif apabila kita sedang mengalami kemurungan dan mengalami perasaan mengimbau kenangan. Elakkan berjumpa atau menghabiskan masa orang-orang sebegini. Juga, jangan terperangkan dengan desakan mereka yang mahu kita meluahkan perasaan pada mereka kerana mereka ini hanya akan menambah lagi penderitaan kita. 





Ingatlah: Penderitaan yang emosional bukanlah sesuatu yang datang pada anda daripada dunia luar.Hal ini mempengaruhi, tetapi penderitaan ini hanya disebabkan oleh diri sendiri. Ia disebabkan bagaimana anda memahami kehidupan anda sendiri.


Fikirkan kebaikan - rasai kebaikan. Ini adalah cara pintas untuk penyembuhan dari perpisahan...








'Akashah


23 Muharam 1431 Hijrah

Saturday, December 25, 2010

Kebahagian dalam perpisahan


Aku nyanyi ni..hehehe=P

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..??

Loves make me fly..
Andai penulis lirik ini bertanya kepada saya, adakah kita bertemu kebahagian dalam perpisahan? Jawapan yang kan menjerit keluar dari benak saya adalah benar. Benar, kita bisa temu kebahagaian dalam perpisahan. Jatuh cinta kepada seseorang adalah umpama perasaan kegembiraan yang sangat tinggi, umpama kita mempunyai sayap dan terbang tinggi di awangan. Di hembus udara romantis menyentuhi rambut anda. Dan selalunya, apabila cinta itu berakhir, kita merasakan umpama dihujani batu yang besar. Kita merangkak mencari sesuatu untuk dipegang, sesuatu yang bisa menongkatkan diri kita untuk berdiri. Pada waktu itu, kita kan melihat, tubuh kita umpama jatuh dari langit yang tinggi, dan hancur berderai bila mendentumi tanah.

It's broken..
Apabila kita berkata mengenai perpisahan, atau menghadapi realiti ketukan cinta yang tidak berbalas, ia sungguh menyakitkan. Sungguh menyakitkan sehingga ia menggangu perjalanan kehidupan kita, menyebabkan deria dan kewarasan tidak berfungsi dengan baik. Begitu banyak emosi dilaburkan serta identiti kita terikat dengan  dengan pengalaman ini, tidak menghairankan perpisahan adalah umpama 'hantu' yang sering menjelma dalam fikiran kita. Kadang kala, kesakitan kehilangan cinta begitu tegang sehingga ia menggoncangkan kepercayaan kita terhadap cinta dan hubungan istimewa. Apabila emosi kesakitan ini tidak difahami dan sembuh dengan cara yang betul, ia menjadi bebanan yang tidak kita nampak, lalu secara tidak sedar kita bawa ia ke dalam hubungan yang seterusnya. Ramai orang tertanya-tanya kepada saya, bagaimanakah saya mampu mengharungi perpisahan dengan begitu optimis dan menanganinya dengan baik. Jawapan saya adalah:

1-Kefahaman dan Memahami
2-Kesembuhan dan  menyembuh
3-Membina semula

Akan saya ulas tiga perkara ini pada bahagian terakhir post blog ini...=)

Cinta, penderitaan: Dari manakah ia datang??

Cinta adalah tenaga yang wujud dalam perlbagai bentuk. Ia adalah sesuatu yang tersembunyi dalam diri kita. Apabila kita berada di dalam keadaan yang sedar, kesungguhan merasai cinta adalah nyta dan tidak dapat disangkal. Apabila kita berada di dalam keadaan begini, tindakan kita adalah berdasarkan cinta dan kebenaran. Sewaktu kita jatuh cinta, kita sebenarnya sedang merasai cinta yang terdapat dalam diri kita. Insan yang dicintai umpama sebuah cermin, memberikan refleksi kepada jiwa kita sendiri. Insan yang dicintai, umpama sebuah alat muzik, menterjemahkan suara indah dalamm diri kita, pemangkin yang membenarkan diri kita melihat kecantikan yang tersembunyi dalam diri. Kurangnya kita memahami cinta sebenarnya terdapat dalam diri kita, memahami kita mempunyai kuasa untuk merayu cinta yang terdapat dalam diri, menyebabkan kita menyerahkan kepada indvidu lain hak untuk merasakan cinta. Perasaan ini begitu dominan dan luar biasa, sehingga kita menjadi negitu 'ketagih' dan berasa mahu punya ia. Kita mahu menangkap dan memastikan ia statik, supaya kita sentiasa menyimpan perasaan ini selamanya.

Keinginan dan kebergantungan kita untuk memastikan bentuk cinta ini kekal, kita perlihatkan cinta ini menjadi identiti kita yang baru. Kita begitu obses kepada idea bagaimana hubungan kita sepatunya berlaku dan ego kita mula menjadi 'pelabur' dalam 'saham' hubungan ini. 

Duduk, dan anda renungkan. Percayakah anda bila saya katakan semua orang berada dalam aliran perubahan yang berterusan. Perubahan diri kita dan juga faktor luaran tidak dapat dielakkan. Apabila kita berubah, maka secara automatik, dinamik hubungan kita juga berubah, malah bukan sahaja apda hubungan yang romnantis, tetapi juga pada persahabatan, hubungan kekeluargaan, dan juga hubungan kita dengan orang-orang disekitar. 

Fahamilah

Fahamilah...
Sesudah sedetik masa berlalu, sebahagian hubungan kan bertambah kuat, dan sebahagin hubungan akan mula hilang sinar dan mula berpisah. Apabila kita berpisah, ingin saya tegaskan, ia bukan bermaksud salah seorang dari kita adalah seseorang yang teruk, tetapi sebaliknya, mereka telah belajar dan mendapatkan apa yang mereka perlukan dari kita, dan sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan. 

Apabila sudah tiba masa untuk kita meneruskan kehidupan, kita memegang kepada falsafah yang mengandungi bagaimana hubungan kita sepatutnya berjaya. Secara tidak sedar, kita dipengaruhi kepalsuan di mana kita perlu berhenti cinta apabila kita tidak lagi berada di dalam hubungan yang romantis. Kerna kita menyifatkan cinta sebagai satu faktor luaran yang berkaitan dengan seseorang yang penting pada kita, kesakitan muncul apabila kita secara paksa cuba membunuh cinta yang wujud dalam diri kita. 

Kesakitan muncul apabila kita cuba membunuh cinta dalam diri kita. Tentu kita merasa seperti seseorang sedang menikam bertalu-talu tepat ke hati kita bukan? Secara hakikatnya, orang yang sedang menikam-nikam itu adalah diri kita sendiri. Betul, kitalah penikam yang tidak berhati perut itu. Kita cuba memutuskan perhubunagn semula jadi kepada cinta dan akhirnya jiwa kita sedang berdarah. Jiwa kita sedang menangis meminta tolong, memohon agar kita berhenti dari menikam, untuk menghentikan kesakitan.

Kesembuhan
Untuk kita berdepan dengan kesakitan perpisahan, kita perlu merawat luka yang sedang kita alami. Kita perlu menghentikan diri kita dari terus menikam diri. Perkara pertama yang harus dilakukan untuk sembuh adalah menyayangi diri anda sendiri.

Rawatlah hati yang terluka
Dalam hubungan terdahulu, kita sebenarnya bergantung kepada pasangan kita untuk membuatkan kita gembira, untuk membuatkan kita berasa kita ini istimewa, untuk membuatkan kita berasa sempurna. 
Maruah diri kita disimpulakn kepada berapa banyak perhatian yang pasangan kita curahkan. Ini adalah satu kerugian dimana ia adalah formula yang bertentangan dengan kebahagian dan kegermbiraan kita untuk diri sendir, kerna ia begitu bergantung pada faktor luaran yang di luar kawalan kita dan tidak mampu kekal dalam jangka masa yang panjang. 
Bunga mampu memberikan
satu perasaan tenang

Tiada perkara yang dapat menjamin keselamatan kita apabila kita perlukan. Hanya diri kita sendiri yang mampu memberi keselamatan terhadap diri sendiri, dengan menyintai diri kita dan menerima diri kita sepenuhnya. 

Merawat luka dengan menyintai diri sendiri adalah tidak sukar. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mempercayai diri, memaafkan perkara yang berlaku serta belajar melihat ia dari sudut yang tidak pernah kita lihat. Jangan sesekali menggunkan cinta yang baru, iaitu mencari pengganti untuk kita sembuh sepenuhnya, kerna langkah ini banyak mengundang implikasi yang negatif kepada kita dan juga insan yang baru. Apabila diri kita sendiri mampu merawat luka dan sembuh tanpa bantuan sesiapa, ingatlah, ia adalah petanda kita semakin kuat dan mampu berdikari tanpa perlu memerlukan kehadiran orang lain.Ingat, hanya diri kita yag mampu membuatkan diri kita gembira dan rasa istimewa.

Membina semula
Pasti diantara kita semua, mengambarkan hati kita yang terluka sebagai hati yang pecah seribu, hati yang sangat hancur hingga tidak dapat dipulihkan lagi. Pada pandagan saya, ia tepat dan begitu benar.  Kesakitan ini sungguh dalam sehingga ia mampu mememacahkan segala kepercayaan kita.
Oleh itu, untuk meneruskan kehidupan, kita perlu membina semula hati.

Membina semula hati bukan bermaksud dengan mengambil semula hati kita yang telah kita berikan pada sesorang. Sebaliknya, kita membina hati yang baru sebagai satu tanda kejayaan. Kejayaan?Hahaha..Pasti anda hairan. Bagi saya, kegagalan merupakan satu kejayaan. Percaya?=)
Hati yang baru, membawa harapan
Saya melihat kegagalan yang berlaku dalam hidup saya sebagi satu kejayaan kerana ia menghasilkan satu kejayaan yang sangat bermakna, iaitu pengalaman.

Pengalaman hadir dari kegagalan kita mendapatkan sesuatu. Hubungan kita yang gagal untuk bertahan adalah satu kejayaan. Ingatlah, binalah hati yang baru, jangan cuba mengambil hati yang telah hancur. Hati yang baru untuk kita berikan pada pasangan kita yang berhak mendapat terbaik dari kita..betul bukan?

Andaikan hati adalah umpama sebuah kereta. Jika kita mahu menghadiahkan kereta tersebut kepada orang yang kita sayang, mahukah kita hadiahkan kereta yang telah rosak kepada insan bertuah tersebut/Sudah pasti tidak.Kita mahu memberikan si dia kereta yang baru supaya lebih 'selamat' cantik dan paling penting, mengembirkan dia. Begitulah hati. Hati yang baru supaya si dia lebih 

Pentingnya hati yang baru adalah ia menyediakan diri kita sebagai insan yang lebih baik, untuk kita berikan hati kita kepada insan yang terbaik. Alhamdulillah, saya semakin sembuh dan berjaya mengumpul semula tenaga-tenaga positif dalam kehidupan. Hidup saya menjadi semakin gembira dan lebih bermakna. Jika saat ini anda sedang lagi berduka, maka cubalah 3 langkah yang saya nyatakan.

Kadang, saya bercerita kepada orang penagalaman saya yang melibatkan hubungan saya dengan ex saya sebelum ini, ia hanyalah sebagai contoh yang saya gunakan untuk anda semua belajar. Ia bukan tanda saya masih lagi ingat pada dia, kerna saya telah pun berjaya mengorak langkah yang baru. Saya, sebolehnya, mahu mengelakkan menggunakan pengalaman orang lain sebagai contoh adalah semata-mata saya menghormati hak mereka yang datang dan bercerita kepada saya masalah mereka.

Insya Allah, pada post yang akan datang nanti, saya akn berikan tips-tips yang berguna bagaimana saya berjaya mengatasi kemurangan akibat perpisahan dengan lebih lanjut...=)


Harapan, jua kehidupan
P/S: Hati yang baru, menyala seperti lilin. Menerangi kegelapan di kala sang mentari hilang sinarnya. Ia adalah sebuah wakilan harapan yang baru. Kepada siapa hati ini ingin daku berikan,  masih lagi dalam kembara pencarian. Saya menunggu untuk menerangi juga diterangi cahaya yang berkilauan. Mungkin kamu sudah ketemui, sudah berada di depan mata, mungkin jua kamu masih jauh untuk hatimu daku sentuhi. Tapi percayalah, hati ini hanya mahu menjadi terbaik untuk kamu, untuk saya dan untuk kita









'Akashah
19 Muharam 1431 HIJRAH 




Friday, December 24, 2010

Andai sayang, maka dengarilah aku..

Perceraian, pergaduhan, pertelagahan, masalah sosial dan macam-macam masalah serta kejadian berlaku jua kita lalui dalam kehidupan seharian. Pasti kadang kita merasa sungguh penat, lemah dan tidak terdaya apabila berhadapan dengan pancaroba kehidupan. Tertanya-tertanya, mengapa perkara serta situasi seumpama ini berlaku? Mengapa ia berlaku pada waktu, saat-saat dan melibatkan indvidu yang tidak kita duga? Sebagai orang dewasa, pasti persoalan ini bermain di fikiran kita. Malah, tidak menghairankan jika persoalan ini timbul, kita pastinya akan menuding jari pada orang lain. Faham? kita kan  menyalahkan orang lain diatas perkara-perkara buruk yang berlaku dalam kehidupan kita. Setelah saya teliti dengan sedalam mungkin, masalah-masalah ini berlaku kerna satu perkara, perkara yang kita selalu abaikan tetapi sangat penting untuk ia wujud dalam mana-mana hubungan. Kali ini, saya akan menyentuh isu MENDENGAR. Tepat, isu seni mendengar dalam kehidupan.


Bilakah kali terakhir anda mendengar? Pasti saja jawapan yang mungkin keluar adalah baru sebentar tadi.'Saya dengar radio', misalnya.Atau juga saya mendengar anak-anak saya berbual mahupun mendengar ibu bapa saya berbual. Hemmm..Apa yang saya maksudkan adalah mendengar kata hati mereka. Apakah anda mendengar hati mereka berbicara??Atau anda berpura tuli untuk mendengar kata hati orang-orang yang anda sayang? Anda, sebagai ibu bapa, pernah anda duduk, tenang dan cuba mendengar intuisi anak-anak anda, isteri anda, suami  anda berkalam? Ini lah, kita semua, sebagai suami, isteri, ibu, bapa, abang, kakak, kawan, guru sangat kekurangan. Mendengar merupakan satu teknik yang menunjukkan kita prihatin terhadap orang-orang di sekeliling kita. Menjadi pendengar yang bagus mampu memenangi hati rakan-rakan anda, memperbaiki perkhawinan anda, cinta, menambah baik hubungan kekelurgaan dan memperluaskan skop karier anda.


Mendengar memebuatkan hati orang lain berasa tenang dan nyaman. Beban perasaan yang mereka simpan, sekurang-kurangnya mampu diringankan. Saya mendegar setiap hari. Dari rakan-rakan, keluarga, juga ibu bapa saya sendiri. Jika saya tidak mendengar dengan baik, saya mungkin menghasilkan satu persepsi serta diagnosis masalah yang tidak tepat, terlepas maklumat dan fakta yang penting, atau membuatkan orang lain berasa saya tidak berminat untuk mengambil berat tentang mereka. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam menjadi pendengar. Tetapi, saya hingga ke hari ini masih belajar dan memperbaiki teknik mendengar. Sedar atau tidak. orang-orang yang kita sayang, terutama anak-anak kita, kadang 'meragam', dan menghasilkan karenah, adalah kerana mereka tidak didengari. Percayalah, masalah-masalah sosial yang berlaku ke atas anak-anak kita adalah berpunya daripada ego kita sendiri, iaitu kita fikir kita telah mendidik mereka dangan sempurna.




Anak-anak hanya mahu didengari.Suara hati mereka, adalah satu suara halus yang tersembunyi.Kekangan masa dan kerjaya mengalang kita untuk mendengar mereka. Betul? Tidak. Itu hanyalah alasan kita untuk tidak disalahkan apabila kita gagal dalam membimbing anak. Kenapa kita gagal mendengar? Ia bukan kerana kita malas, kurang cerdik, mahupun tidak komited menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita, sebaliknya ia kerana mendengar bukanah satu skil ataupun kemhairan yang senang.Ia suatu kemahiran yang kompleks untuk dipelajari. Tahukah anda semua, perkhawinan, persahabatan, instusi kekeluargaan sangat bergantung kepada kemahiran mendengar. Kerana, melalui kemahiran mendengar yang baik, kita mampu medapat respon dari insan yang meluahkan dan seterusnya membantu mengeratkan hubungan yang ada.=)
Saya akan kongsi dengan anda bagaimana dan teknik yang saya gunakan untuk mendengar pada post yang baru nanti..=)


Mulai sekarang, belajarlah untuk mendengar. Anak-anak, isteri, suami, dan rakan-rakan kita bukan mahu di 'kondem' bila mereka meluahkan perasaan, sebaliknya mahu didengari kerna hati mereka menjerit-jerit, meronta-ronta menahan kesakitan..Luangkan masa dengan bertanya, dengar dah hayati apa yang mereka rasa..=)










 'Akashah
17Muharam 1431 Hijrah