Saturday, December 25, 2010

Kebahagian dalam perpisahan


Aku nyanyi ni..hehehe=P

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..??

Loves make me fly..
Andai penulis lirik ini bertanya kepada saya, adakah kita bertemu kebahagian dalam perpisahan? Jawapan yang kan menjerit keluar dari benak saya adalah benar. Benar, kita bisa temu kebahagaian dalam perpisahan. Jatuh cinta kepada seseorang adalah umpama perasaan kegembiraan yang sangat tinggi, umpama kita mempunyai sayap dan terbang tinggi di awangan. Di hembus udara romantis menyentuhi rambut anda. Dan selalunya, apabila cinta itu berakhir, kita merasakan umpama dihujani batu yang besar. Kita merangkak mencari sesuatu untuk dipegang, sesuatu yang bisa menongkatkan diri kita untuk berdiri. Pada waktu itu, kita kan melihat, tubuh kita umpama jatuh dari langit yang tinggi, dan hancur berderai bila mendentumi tanah.

It's broken..
Apabila kita berkata mengenai perpisahan, atau menghadapi realiti ketukan cinta yang tidak berbalas, ia sungguh menyakitkan. Sungguh menyakitkan sehingga ia menggangu perjalanan kehidupan kita, menyebabkan deria dan kewarasan tidak berfungsi dengan baik. Begitu banyak emosi dilaburkan serta identiti kita terikat dengan  dengan pengalaman ini, tidak menghairankan perpisahan adalah umpama 'hantu' yang sering menjelma dalam fikiran kita. Kadang kala, kesakitan kehilangan cinta begitu tegang sehingga ia menggoncangkan kepercayaan kita terhadap cinta dan hubungan istimewa. Apabila emosi kesakitan ini tidak difahami dan sembuh dengan cara yang betul, ia menjadi bebanan yang tidak kita nampak, lalu secara tidak sedar kita bawa ia ke dalam hubungan yang seterusnya. Ramai orang tertanya-tanya kepada saya, bagaimanakah saya mampu mengharungi perpisahan dengan begitu optimis dan menanganinya dengan baik. Jawapan saya adalah:

1-Kefahaman dan Memahami
2-Kesembuhan dan  menyembuh
3-Membina semula

Akan saya ulas tiga perkara ini pada bahagian terakhir post blog ini...=)

Cinta, penderitaan: Dari manakah ia datang??

Cinta adalah tenaga yang wujud dalam perlbagai bentuk. Ia adalah sesuatu yang tersembunyi dalam diri kita. Apabila kita berada di dalam keadaan yang sedar, kesungguhan merasai cinta adalah nyta dan tidak dapat disangkal. Apabila kita berada di dalam keadaan begini, tindakan kita adalah berdasarkan cinta dan kebenaran. Sewaktu kita jatuh cinta, kita sebenarnya sedang merasai cinta yang terdapat dalam diri kita. Insan yang dicintai umpama sebuah cermin, memberikan refleksi kepada jiwa kita sendiri. Insan yang dicintai, umpama sebuah alat muzik, menterjemahkan suara indah dalamm diri kita, pemangkin yang membenarkan diri kita melihat kecantikan yang tersembunyi dalam diri. Kurangnya kita memahami cinta sebenarnya terdapat dalam diri kita, memahami kita mempunyai kuasa untuk merayu cinta yang terdapat dalam diri, menyebabkan kita menyerahkan kepada indvidu lain hak untuk merasakan cinta. Perasaan ini begitu dominan dan luar biasa, sehingga kita menjadi negitu 'ketagih' dan berasa mahu punya ia. Kita mahu menangkap dan memastikan ia statik, supaya kita sentiasa menyimpan perasaan ini selamanya.

Keinginan dan kebergantungan kita untuk memastikan bentuk cinta ini kekal, kita perlihatkan cinta ini menjadi identiti kita yang baru. Kita begitu obses kepada idea bagaimana hubungan kita sepatunya berlaku dan ego kita mula menjadi 'pelabur' dalam 'saham' hubungan ini. 

Duduk, dan anda renungkan. Percayakah anda bila saya katakan semua orang berada dalam aliran perubahan yang berterusan. Perubahan diri kita dan juga faktor luaran tidak dapat dielakkan. Apabila kita berubah, maka secara automatik, dinamik hubungan kita juga berubah, malah bukan sahaja apda hubungan yang romnantis, tetapi juga pada persahabatan, hubungan kekeluargaan, dan juga hubungan kita dengan orang-orang disekitar. 

Fahamilah

Fahamilah...
Sesudah sedetik masa berlalu, sebahagian hubungan kan bertambah kuat, dan sebahagin hubungan akan mula hilang sinar dan mula berpisah. Apabila kita berpisah, ingin saya tegaskan, ia bukan bermaksud salah seorang dari kita adalah seseorang yang teruk, tetapi sebaliknya, mereka telah belajar dan mendapatkan apa yang mereka perlukan dari kita, dan sudah tiba masanya untuk bergerak ke hadapan. 

Apabila sudah tiba masa untuk kita meneruskan kehidupan, kita memegang kepada falsafah yang mengandungi bagaimana hubungan kita sepatutnya berjaya. Secara tidak sedar, kita dipengaruhi kepalsuan di mana kita perlu berhenti cinta apabila kita tidak lagi berada di dalam hubungan yang romantis. Kerna kita menyifatkan cinta sebagai satu faktor luaran yang berkaitan dengan seseorang yang penting pada kita, kesakitan muncul apabila kita secara paksa cuba membunuh cinta yang wujud dalam diri kita. 

Kesakitan muncul apabila kita cuba membunuh cinta dalam diri kita. Tentu kita merasa seperti seseorang sedang menikam bertalu-talu tepat ke hati kita bukan? Secara hakikatnya, orang yang sedang menikam-nikam itu adalah diri kita sendiri. Betul, kitalah penikam yang tidak berhati perut itu. Kita cuba memutuskan perhubunagn semula jadi kepada cinta dan akhirnya jiwa kita sedang berdarah. Jiwa kita sedang menangis meminta tolong, memohon agar kita berhenti dari menikam, untuk menghentikan kesakitan.

Kesembuhan
Untuk kita berdepan dengan kesakitan perpisahan, kita perlu merawat luka yang sedang kita alami. Kita perlu menghentikan diri kita dari terus menikam diri. Perkara pertama yang harus dilakukan untuk sembuh adalah menyayangi diri anda sendiri.

Rawatlah hati yang terluka
Dalam hubungan terdahulu, kita sebenarnya bergantung kepada pasangan kita untuk membuatkan kita gembira, untuk membuatkan kita berasa kita ini istimewa, untuk membuatkan kita berasa sempurna. 
Maruah diri kita disimpulakn kepada berapa banyak perhatian yang pasangan kita curahkan. Ini adalah satu kerugian dimana ia adalah formula yang bertentangan dengan kebahagian dan kegermbiraan kita untuk diri sendir, kerna ia begitu bergantung pada faktor luaran yang di luar kawalan kita dan tidak mampu kekal dalam jangka masa yang panjang. 
Bunga mampu memberikan
satu perasaan tenang

Tiada perkara yang dapat menjamin keselamatan kita apabila kita perlukan. Hanya diri kita sendiri yang mampu memberi keselamatan terhadap diri sendiri, dengan menyintai diri kita dan menerima diri kita sepenuhnya. 

Merawat luka dengan menyintai diri sendiri adalah tidak sukar. Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mempercayai diri, memaafkan perkara yang berlaku serta belajar melihat ia dari sudut yang tidak pernah kita lihat. Jangan sesekali menggunkan cinta yang baru, iaitu mencari pengganti untuk kita sembuh sepenuhnya, kerna langkah ini banyak mengundang implikasi yang negatif kepada kita dan juga insan yang baru. Apabila diri kita sendiri mampu merawat luka dan sembuh tanpa bantuan sesiapa, ingatlah, ia adalah petanda kita semakin kuat dan mampu berdikari tanpa perlu memerlukan kehadiran orang lain.Ingat, hanya diri kita yag mampu membuatkan diri kita gembira dan rasa istimewa.

Membina semula
Pasti diantara kita semua, mengambarkan hati kita yang terluka sebagai hati yang pecah seribu, hati yang sangat hancur hingga tidak dapat dipulihkan lagi. Pada pandagan saya, ia tepat dan begitu benar.  Kesakitan ini sungguh dalam sehingga ia mampu mememacahkan segala kepercayaan kita.
Oleh itu, untuk meneruskan kehidupan, kita perlu membina semula hati.

Membina semula hati bukan bermaksud dengan mengambil semula hati kita yang telah kita berikan pada sesorang. Sebaliknya, kita membina hati yang baru sebagai satu tanda kejayaan. Kejayaan?Hahaha..Pasti anda hairan. Bagi saya, kegagalan merupakan satu kejayaan. Percaya?=)
Hati yang baru, membawa harapan
Saya melihat kegagalan yang berlaku dalam hidup saya sebagi satu kejayaan kerana ia menghasilkan satu kejayaan yang sangat bermakna, iaitu pengalaman.

Pengalaman hadir dari kegagalan kita mendapatkan sesuatu. Hubungan kita yang gagal untuk bertahan adalah satu kejayaan. Ingatlah, binalah hati yang baru, jangan cuba mengambil hati yang telah hancur. Hati yang baru untuk kita berikan pada pasangan kita yang berhak mendapat terbaik dari kita..betul bukan?

Andaikan hati adalah umpama sebuah kereta. Jika kita mahu menghadiahkan kereta tersebut kepada orang yang kita sayang, mahukah kita hadiahkan kereta yang telah rosak kepada insan bertuah tersebut/Sudah pasti tidak.Kita mahu memberikan si dia kereta yang baru supaya lebih 'selamat' cantik dan paling penting, mengembirkan dia. Begitulah hati. Hati yang baru supaya si dia lebih 

Pentingnya hati yang baru adalah ia menyediakan diri kita sebagai insan yang lebih baik, untuk kita berikan hati kita kepada insan yang terbaik. Alhamdulillah, saya semakin sembuh dan berjaya mengumpul semula tenaga-tenaga positif dalam kehidupan. Hidup saya menjadi semakin gembira dan lebih bermakna. Jika saat ini anda sedang lagi berduka, maka cubalah 3 langkah yang saya nyatakan.

Kadang, saya bercerita kepada orang penagalaman saya yang melibatkan hubungan saya dengan ex saya sebelum ini, ia hanyalah sebagai contoh yang saya gunakan untuk anda semua belajar. Ia bukan tanda saya masih lagi ingat pada dia, kerna saya telah pun berjaya mengorak langkah yang baru. Saya, sebolehnya, mahu mengelakkan menggunakan pengalaman orang lain sebagai contoh adalah semata-mata saya menghormati hak mereka yang datang dan bercerita kepada saya masalah mereka.

Insya Allah, pada post yang akan datang nanti, saya akn berikan tips-tips yang berguna bagaimana saya berjaya mengatasi kemurangan akibat perpisahan dengan lebih lanjut...=)


Harapan, jua kehidupan
P/S: Hati yang baru, menyala seperti lilin. Menerangi kegelapan di kala sang mentari hilang sinarnya. Ia adalah sebuah wakilan harapan yang baru. Kepada siapa hati ini ingin daku berikan,  masih lagi dalam kembara pencarian. Saya menunggu untuk menerangi juga diterangi cahaya yang berkilauan. Mungkin kamu sudah ketemui, sudah berada di depan mata, mungkin jua kamu masih jauh untuk hatimu daku sentuhi. Tapi percayalah, hati ini hanya mahu menjadi terbaik untuk kamu, untuk saya dan untuk kita









'Akashah
19 Muharam 1431 HIJRAH 




1 comment:

  1. ti kalau ko ade tulisan y baru xkish cerita ape2 pun post kat wall ak leh x? ak ni kalau xdi ingat kan lupe je nk cari sendiri...

    ReplyDelete