Bilakah kali terakhir anda mendengar? Pasti saja jawapan yang mungkin keluar adalah baru sebentar tadi.'Saya dengar radio', misalnya.Atau juga saya mendengar anak-anak saya berbual mahupun mendengar ibu bapa saya berbual. Hemmm..Apa yang saya maksudkan adalah mendengar kata hati mereka. Apakah anda mendengar hati mereka berbicara??Atau anda berpura tuli untuk mendengar kata hati orang-orang yang anda sayang? Anda, sebagai ibu bapa, pernah anda duduk, tenang dan cuba mendengar intuisi anak-anak anda, isteri anda, suami anda berkalam? Ini lah, kita semua, sebagai suami, isteri, ibu, bapa, abang, kakak, kawan, guru sangat kekurangan. Mendengar merupakan satu teknik yang menunjukkan kita prihatin terhadap orang-orang di sekeliling kita. Menjadi pendengar yang bagus mampu memenangi hati rakan-rakan anda, memperbaiki perkhawinan anda, cinta, menambah baik hubungan kekelurgaan dan memperluaskan skop karier anda.
Mendengar memebuatkan hati orang lain berasa tenang dan nyaman. Beban perasaan yang mereka simpan, sekurang-kurangnya mampu diringankan. Saya mendegar setiap hari. Dari rakan-rakan, keluarga, juga ibu bapa saya sendiri. Jika saya tidak mendengar dengan baik, saya mungkin menghasilkan satu persepsi serta diagnosis masalah yang tidak tepat, terlepas maklumat dan fakta yang penting, atau membuatkan orang lain berasa saya tidak berminat untuk mengambil berat tentang mereka. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam menjadi pendengar. Tetapi, saya hingga ke hari ini masih belajar dan memperbaiki teknik mendengar. Sedar atau tidak. orang-orang yang kita sayang, terutama anak-anak kita, kadang 'meragam', dan menghasilkan karenah, adalah kerana mereka tidak didengari. Percayalah, masalah-masalah sosial yang berlaku ke atas anak-anak kita adalah berpunya daripada ego kita sendiri, iaitu kita fikir kita telah mendidik mereka dangan sempurna.
Anak-anak hanya mahu didengari.Suara hati mereka, adalah satu suara halus yang tersembunyi.Kekangan masa dan kerjaya mengalang kita untuk mendengar mereka. Betul? Tidak. Itu hanyalah alasan kita untuk tidak disalahkan apabila kita gagal dalam membimbing anak. Kenapa kita gagal mendengar? Ia bukan kerana kita malas, kurang cerdik, mahupun tidak komited menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita, sebaliknya ia kerana mendengar bukanah satu skil ataupun kemhairan yang senang.Ia suatu kemahiran yang kompleks untuk dipelajari. Tahukah anda semua, perkhawinan, persahabatan, instusi kekeluargaan sangat bergantung kepada kemahiran mendengar. Kerana, melalui kemahiran mendengar yang baik, kita mampu medapat respon dari insan yang meluahkan dan seterusnya membantu mengeratkan hubungan yang ada.=)Saya akan kongsi dengan anda bagaimana dan teknik yang saya gunakan untuk mendengar pada post yang baru nanti..=)
Mulai sekarang, belajarlah untuk mendengar. Anak-anak, isteri, suami, dan rakan-rakan kita bukan mahu di 'kondem' bila mereka meluahkan perasaan, sebaliknya mahu didengari kerna hati mereka menjerit-jerit, meronta-ronta menahan kesakitan..Luangkan masa dengan bertanya, dengar dah hayati apa yang mereka rasa..=)'Akashah
17Muharam 1431 Hijrah


No comments:
Post a Comment