Sunday, August 28, 2011

Kemaafan dari hati

Maaf. Perkataan ini cukup menterjemahkan seribu makna. Umum mengetahui kemaafan adalah sesuatu yang sukar diberi, terutama apabila dalam hati itu dipenuhi unsur-unsur negatif seperti kemarahan, dendam, keaskitan yang berpanjangan dan sebagainya. Ada sesetengah individu begitu mudah melafazkannya, namun ia datang dari bibir, bukan dari hati.

Apa itu Maaf??
Maaf itu adalah satu kerelaan,perasaan yang membebaskan seseorang dari rantaian yang mengikat seseorang kerana kesalahan yang dilakukannya. Apabila insan lain melakukan kesalahan terhadap kita, secara automatik ia 'kan mengakitakan luka pada hati, yakni kepedihan yang tidak terlihat. Ia menyebabkan kita sukar melupakan kesalahannya kerana kesakitan kita tidak dapat dilihat, maka secara tidak sedar kita kan rasa kesakitan itu berulang-ulang.

Kita meletakkan harapan agar individu itu sedar akan kesilapanya, lalu memohon kemaafan dari kita. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, insan itu tidak endah dan membiarkan begitu sahaja. Derita yang dialami semakin bertambah lalu timbul kebencian dalam diri yang seterusnya mengikat diri kita pada individu tersebut. Selagi tiada maaf dipohon secara ikhlas, maka kita begitu berat untuk memaafkan seseorang.

Kemaafan itu adalah kuasa positif
Bagaimana kita mahu memaafkan seseorang? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita. Penulis juga mengambil masa setahun lebih bagi mencari jawapan ini. Memaafkan itu adalah dengan memaafkan diri sendiri dahulu, bahawa kita kadang mungkin tertipu dengan perwatakkan manusia lain. Merima kekurangan diri bahawa kadang kita mungkin lemah sehingga dipermainkan, dipergunakan, tidak diendahkan dan sebagainya. Hanya dengan memaafkan diri sendiri, barulah jalan kemaafan dapat dibuka dengan luas.

Kemaafan itu adalah;

  1. Memberi  diri kita hak menjadi manusia yang jauh lebih baik dari orang yang berlaku salah pada kita
  2. Mewujudkan lukisan baru tentang seseorang
  3. Membenarkan diri kita beramal dan memberi kebajikan
  4. Melihat kemaafan dari perspektif baru
Hak Diri
Islam telah menerangkan bahawa adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, dengan memberikan hak pada mereka yang berhak menerimanya. Apabila kita tidak memaafkan orang lain, kita telah berlaku kejam pada diri sendiri apabila menafikan hak untuk memaafkan. Maka, kita telah mengikat diri kita pada kebencian yang berterusan seterusnya menghadirkan lebih banyak tenaga negatif dalam diri. Untuk menghampiri diri kepada keadilan dalam konteks Islam, maka kita haru memberikan orang yang bersalah hak untuk dimaafi

Lukisan Baru
Untuk memaafkan seseorang, kita harus melihat seseorang itu dari sudut atau gamabran yang baru dan berbeza. Di mata kita, orang yang bersalah adalah salah dan seolah-olah kita melihat dia segalanya buruk dari segala aspek. Mungkin kita tidak sedar kita memendam dendam dan kemarahan terhadap insan tersebut. Ia berlaku jika kita melalui perpisahan. Individu yang kita sayangi menjadi racun dalam fikiran kita. Lepaskanlah, biarkan semua perkara buruk yang betul itu terbang bersama angin. Kita tidak perlu menyimpan maklumat sebegini dalam fikiran kita. Anggaplahb kita sedng melihat sebuah lukisan yang buruk, maka kita potretkan ia semula dengan dimensi lukisan yang baru

Memberi Kebajikan
Sebenarnya, memaafkan seseorang adalah satu amalan mulia. Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah memberi contoh bagaimana baginda memaafkan masyarakat yang telah menyakitinya dan baginda makin tenang hatinya pabila memberi kemaafan. Apabila kita memaafkan seseorang, kita telah memberi si bersalah satu hadiah, secara tidak langsung. 'Tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima', maka berilah kemaafan kerana kita adalah manusia yang jauh lebih baik dari yang bersalah.

Kemaafan dari perspektif baru
Apabila seseorang menyakiti kita, kadang kita terlalu marah sehingga kita berjanji kepada diri sendiri untuk tidak memaafkannya. Jangan begitu. Saat kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya telah membuang beban kebencian yang terletak di bahu kita. Sedarlah, bahawa kita mampu tersenyum semula, mampu bergembira semula saat kita membuang beban kebencian ini dengan kemaafan. Kesakitan yang datang dari pihak lain, ia adalah;

  •  batu loncatan kepada kita dalam mengenali manusia dan dunia.
  • Perintis jalan dalam lebih mengenali kelebihan dan kekurangan diri
Segala yang berlaku kepada kita mempunyai sebab tersendiri. Dalam hidup, ramai orang kan datang dan pergi, menitiskan airmata kita, namun ia bukan tanda dunia kita sudah berakhir. Ia adalah satu proses pembelajaran dan pembukaan akal dalam melihat perkara-perkara baru. Maafkan apa yang berlaku, kita tidak mahu emosi mengawal kehidupan kita.


Apa yang berlaku menjadikan kita seorang yang lebih baik* Hanya pada mereka yang berfikir*. Ampuni dan kasihilah mereka yang menyakiti kita, kerana mereka memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik.


Walaupun kemaafan adalah umpama hadiah yang tidak bersyarat yang diberikan kepada mereka yang tidak patut menerimanya, ia sebenarnya adalah hadiah kepada diri kita sendiri. Memaafkan memberikan kita kelegaan dan juga kesembuhan kepada hati kita. Kita akan sedar kita mendapat ketenangan dan harmoni dari proses memaafkan.

Satu perkara, apabila kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya memberikan belas kasihan, kemurahan hati dan kasih sayang. Kerana itu, tanpa sedar; kita sendiri telah sembuh

'Akashah
30 Ramadan 1432 Hijrah



Friday, August 12, 2011

Wanita yang tidak bersyukur-Bahagian Dua

Wanita yang gelora jiwanya adalah sangat bahaya. Jika mereka bersama dengan lelaki yang baik, mereka merasakan lelaki agresif dan 'bad boy' lebih menarik dan bersifat adventure untuk diterokai berbanding lelaki baik yang kelihatan begitu sempurna. Manakala jika mereka bersama denagn lelaki yang tidak setia, mereka berkata mahukan lelaki yang baik dan berusaha mendapatkannya, namun mereka masih lagi bersama dengan lelaki yang tidak setia itu. Faktanya, wanita itu sedang melakukan lebih dari satu relationship pada satu masa dan lelaki baik tadi adalah satu alternatif jika sesuatu berlaku. 



  • Fikiran Mereka
Ada pepatah Melayu mengatakan, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Pepatah ini bermaksud walau mewahnya sesuatu di negeri orang, tetapi ia tetap lebih baik dinegeri sendiri. Wanita seperti ini berpegang pada falsafah yang songsang, iaitu Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Mereka berpendapat, walau sebaik mana mereka memliki sesuatu, maka pasti ada lebih baik menungu jika mereka mahu. Wanita sebegini harus sedar bahawa, mereka perlu bersifat optimis dengan memberi dan mengharap ia 'kan ddibalas dengan bebaikan, bukan mengharap menerima kebaikan semata-mata sahaja.

  • Kesan
Ramai penulis lihat, begitu merungut dimana mereka tidak menemui lelaki yang baik. Sejujurnya penulis mengaku memang benar lelaki yang baik semakin berkurangan. Sebenarnya, ramai lelaki baik di luar sana, namun majoritinya telah bertemu dan bersama dengan wanita yang salah, mengakibatkan perubahan dalam diri lelaki yang baik ini. Lelaki apabila bersama wanita seperti ini, begitu bersungguh dalam memberikan segalanya sedangkan si dia tidak layak mendapat layanan sewajarnya.

Lelaki adalah makhluk yang tidak pandai menujukkan perasaan mereka. Saat mereka mula mengenal cinta dan memberikan terbaik, saat itulah diri mereka berubah menjadi lebih baik. Apabila mereka merasa terhina dengan pengorbanan yang mereka lakukan, wanita yang hadir seterusnya menjadi sukar. Ini kerana mereka dapat melihat penderitaan dan kemurkaan lelaki tersebut pada wanita. Jika wanita yang hadir itu tidak mampu membalut luka lelaki tersebut, maka sukar wanita tersebut mendapat kualiti baik yang ada pada lelaki.

Lelaki di luar sana yang mengalami pengalaman ini, tabahkan hati. Jangan biarkan wanita sebegini merosakkan dan membinasakan kebaikan yang ada pada diri anda. Wanita seperti ini bisa membuang kebaikan dari lelaki, maka berhati-hatilah. Wanita ini sebenarnya tidak tahu maksud 'Lelaki baik'.

Si dia selamanya kan di kenali sebagai wanita yang MELEPASKAN TERBAIK DARI HIDUPNYA. Suatu hari nanti, tanpa pengetahuan sesiapa, dalam  benaknya betapa dia menyesal..dalam melepaskan anda...


  • Kesimpulan
Kita tidak tahu apa yang kita ada melainkan kita kehilangannya. Wanita sebegini tidak seperti itu, mereka tahu apa yang mereka ada tetapi berfikiran tidak akan kehilangannya.

Si dia melayan anda teruk bukan kerana dia bersama lelaki yang kurang baik, tetapi si dia sendiri adalah wanita yang TERUK!!!Apabila anda sendiri tidak gembira dengan diri anda, maka anda tidak akan sesekali gembira atau bahagia dengan sesiapa pun. Wanita seperti ini walau anda layan seperti seorang permaisuri mahupun hamba abdi, tetapi kerana dia tahu dia boleh mendapatkan yang lebih baik;maka si dia akan mencuba apa macam cara dan alasan untuk tinggalkan anda. 

Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Tetapi kerna takdir menguji lelaki itu dengan laluan berduri, ia mungkin menyebabkan perubahan negatif pada lelaki. Masyarakat umum alpa bahawa setiap orang yang kita jumpa punya sejarah tersendiri yang menerangkan mengapa mereka kadang bertindak kasar. 

Ada wanita dalam dunia ini begitu bertuah, mereka telah Allah pertemukan dengan lelaki yang baik. Lelaki yang sangat mengambil berat, dan memberikan terbaik untuk si dia. Lelaki sebegini sangat sukar untuk ditemui, dan sedarlah; pabila anda punya sesuatu yang sangat berharga, jagalah dan hargailah ia dengan baik.




(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


P/S: Allah mengurniakan 9 nafsu pada wanita bukan untuk dipenuhi semua, sebaliknya ia adalah satu ujian yang Allah berikan pada kaum Hawa. Wanita yang tidak tunduk pada nafsunya adalah wanita yang hebat dan mulia di sisi Allah S.W.T


'Akashah
13 Ramadan 1432 Hijrah

Wanita yang tidak bersyukur-Bahagian Satu

Perpisahan di antara dua individu adalah umpama seperti wabak, dimana ia semakin sukar dibendung. Bermula dari hubungan teman hingga perceraian dan keruntuhan masjid. Apakah yang sedang meniti kehidupan masyarakat? Benarkah perpisahan itu berlaku kerana tiada persefahaman dan tolenrasi lagi? Ramai di antara kita semua,apabila mendengar tentang isu penceraian, kita beranggapan salah satu sama ada suami mahupun isteri menjadi punca berlakunya kejatuhan empayar cinta mereka. Sedarkah para pembaca bahawa ia berpunya dari pemikiran seseorang dinvidu terhadap dirinya. Sempena Ramadan yang mulia ini, penulis mengupas isu wanita yang meninggalkan lelaki baik dari hidupnya.

Apakah yang selalu di rungut wanita mengenai lelaki?

  1. Penipu
  2. Pemalas
  3. Tidak Menghormati
  4. Biadap
  5. Pentingkan diri
  6. Terlalu ego
  7. Tidak sensitif
Ini antara rungutan yang diberi pada lelaki. Rungutan ini juga antara penyebab wanita meninggalkan lelaki yang mereka cintai. Namun, ada golongan wanita yang tidak bersyukur, walau mereka mempunyai lelaki yang sangat baik dalam hidup mereka dan tidak mempunyai perwatakkan seperti list di atas, mereka tetap nekad pergi. Kejam bukan? Mari kita lihat sebabnya..

  • Mengapa??
Anda lihat seorang lelaki yang sangat baik. Dia menjaga pasangannya dan sentiasa meluangkan masa, berkorban masa dan tenaga untuk memastikan sebuah senyuman terukir pada bidadari kesayangannya. Boleh dikatakan lelaki itulah hampir lengkap dan sempurna, punya ciri-ciri yang sangat positif dalam dirinya; namun dia tetap ditinggalkan. KENAPA? Jawapannya mudah, iaitu KECERIAN JIWA.

Kita sedia maklum, Allah telah mencipta kaum hawa yang di datangkan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Apa itu nafsu? Nafsu bermaksud keinginan. Dalam konteks wanita, keinginan mereka adalah pelbagai dan di dalamnya wujud emosi yang sukar bagi kita kaum lelaki untuk faham. Nafsu ini perlu dipenuhi tuntutannya, dan disinilah masalah berlaku. Tidak semua wanita, memerlukan sembilan keinginann emosi mereka dipenuhi. Wanita yang mahu kesemuanya dipenuhi, wanita inilah yang selalu mendatangkan derita dalam cinta

Ia bergantung pada kekuatan dan perasaan dalaman seseorang wanita. Jika seseorang wanita itu tidak begitu gembira di dalamnya walaupun zahirnya kita lihat dia bahagia, selalunya akan menghajati seseuatu yang tidak mungkin dia akan dapat dari lelaki yang sedang bersamanya. Walaupun semua keperluan wanita tersebut dipenuhi, tetapi apabila pergolakan dalam dirinya tidak di urus dengan baik, maka kita dapat lihat wanita itu tidak puas malah kelihatan semakin keliru dengan apa yang di perlukan. Contohnya;


  • Contoh
Seorang lelaki bernama Kasha menerima kehadiran gadis bernama Cahaya. Cahaya mahukan Kasha kerana dia tertarik dengan keperibadian lelaki trsebut yang baik, bertanggungjawab, dan punya karakter suami yang sangat bagus. Apabila Kasha mula membuka hatinya, dia memberikan segalanya pada cahaya. Mereka, pada mata teman-teman dan ahli keluarga, sangat bahagia dan serasi bersama. Namun, pergolakan berlaku tanpa sesiapa dapat melihatnya, terutama Kasha. Walaupun dia memberikan segalanya, menjaga Cahaya dengan sangat baik, sentiasa mendorong dan melakukan apa sahaja, keinginan Cahaya tidak pernah putus malah semakin bertambah dari hari ke hari. Malah, kadang Cahaya meragam secara tiba-tiba dan Kasha tidak faham mengapa. 

Lalu bermula detik Cahaya yang sentisa mengugut meninggalkan Kasha. Malah, Cahaya juga semakin sukar di baca. Akhirnya pergaduhan mula singgah dalam relationships mereka, lalu cahaya meninggalkan Kasha.

Fikirkan sejenak, apakah yang menyebabkan cahaya begitu. Sebenarnya cahaya tidak gembira dalam hatinya. Walaupun mendapat lelaki yang sangat baik dan ikhlas menjaganya, terdapat satu nafsu yang gagal di penuhi Kasha, iaitu kecantikan. Cahaya merupakan gadis yang cantik dan dia merasakan Kasha tidak cukup kacak, tidak menepati ciri-ciri fizikal yang dia mahukan dari seorang lelaki. Maka, apabila tuntutan ini tidak dipenuhi, maka wanita menjadi tidak gembira, dan mereka akan tinggalkan lelaki begitu sahaja.



Bersambung pada bahagian kedua...

'Akashah
12 Ramadan 1432 Hijrah