Sunday, October 23, 2011

Kualiti persahabatan sejati

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis-Ku tanggis sendiri. Acapakali, tidak kira terpisah dari segi masa mahupun  geografi sesebuah kawasan; kedengaran rintihan manusia dalam mencari persahabatan yang sebenar. Era moden banyak mempengaruhi kehidupan kita, secara lansung mahupun tidak langsung. Apakah yang membuatkan seseorang itu sahabat? Kualiti yang mana harus ada dalam diri seseorang itu diiktiraf sebagai sahabat sejati? Hari ini penulis akan memberikan pandangan penulis secara peribadi
  • Prinsip Kejujuran
Ramai diantara kita menggangap, dalam persahabatan memerlukan kedua-dua pihak untuk tidak berahsia di antara satu sama lain. Seharusnya persepsi umum ini diubah. Tidak semua perkara kita harus ketahui tentang sahabat, terutama masa silam mereka. Setiap dari kita punya kehidupan dan rahsia yang harus kita simpan kepada diri sendiri. Ada sebahagian dari kita mempunyai sahabat yang menceritakan segalanya tentang diri mereka, maka  kita harus bersyukur kerana kita dipercayai oleh rakan sehingga dipilih untuk memegang amanah kawan. Di ulang-Rahsia sahabat adalah satu bentuk amanah yang kita perlu pikul dengan intergriti yang mulia.

Prinsip kejujuran dalam persahabatan adalah mengenai gambaran. Gambaran itu bermaksud sahabat kita mengenai satu imejan konkrit tentang siapa diri mereka sekarang dan siapa mereka pada setiap situasi yang berbeza. Inilah dinamakan kejujuran, iaitu mereka tidak berpura-pura sebaliknya selesa menunjukkan karakter mereka dalam setiap situasi. Apabila sesuatu perkara itu kelihatan atau dirasai tidak benar atau tidak tepat, mereka akan memberitahu anda.
  • Dalami minat 
Penulis ada membaca buku How to win friends and influence people, penulis buku itu berkata, You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get people interested in you." Bagaimana menarik minat orang lain terhadap diri kita? Iaitu dengan terlebih dahulu membenarkan diri kita mendengar dan menunjukkan minat pada minat orang lain. Setiap orang dari kita semua, ada menyimpan nilai untuk berasa dihargai oleh individu lain. Apabila kita menunjukkan kita memberi nilai penghargaan kepada individu lain, nescaya kita juga akan dihargai dan didekati orang sebagai kawan yang sangat baik.
  1. Seronok
  2. Menarik
  3. Memahami
Ketiga-tiga elemen di atas adalah kunci dalam mendalami minat sahabat kita. Keseronokkan di sini bermaksud kita mempunyai aktiviti yang memberikan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak. Ada sesetengahnya mendefinisikan keseronokkan sebagai lepak, menonton wayang, bermain muzik; lain orang lain caranya. Ia bergantung pada diri masing-masing, tetapi berpaksikan kepada kegiatan bersama. Menarik pula diterjemahkan aktiviti yang dilakukan berdasarkan common interest.Common interest bermaksud persamaan minat di antara kita dan rakan. Ia mungkin berdasarkan hobi, pasukan bola, falsafah dan sebagainya.

Pada hari sememangnya sukar untuk kita mencari masa, namun jika meluangkan sedikit waktu berdasarkan common interest, maka secara tidak langsung kita telah meningkatkan tahap pemahaman kita pada sahabat.
  • Supportive, acceptance, positive and appreciation
Penulis memilih menulis ciri-ciri ini dalam Ingeris kerana penulis amat mengemari ciri-ciri yang dinyatakan.

Supportive
Ia bermaksud rakan yang sentiasa ada susah dan senang. Ciri ini membolehkan seseorang mengetahui apa yang disukai dan kurang disenangi rakan kita. Mereka akan menjadi seseorang yang sentiasa percaya dengan kebolehan diri kita, dan membantu kita menjadi seperti diri yang kita inginkan. Apabila masyarakat membelakangkan anda, sahabat ada ada  di sisi dan berjuang bersama. Sahabat tidak akan membawa anda ke dalam situasi yang anda tidak selesa mahupun situasi yang berkemungkinan menyebabkan anda kehilangan sesuatu yang berharga dan bermakna dalam hidup

Acceptance
Dalam persahabatan , diterima sepenuhnya terutama dari segi kelemahan menjadi kunci dalam persahabatan yang jujur. Manusia sentiasa berubah kerana perkara di sekeliling kita juga berubah. Sahabat sejati tahu dan akan menerima perubahan yang ada dan adapt ke dalam perubahaban tersebut. Mereka juga tidak akan sesekali mengubah anda. Walau sebesar mana kesilapan yang dilakukan, mereka akan belajar memaafkan dan tidak berkira. Erti kata, mereka tetap melayan anda dengan baik walaupun anda dalam mood stress, suram mahupun dalam keadaan yang tidak mencerminkan diri anda seperti kebiasaan.

Positive and Appreciation
Kehadiran diri kita mampu memberi impak kepada diri orang lain. Ada pepatah mengatakan terdapat dua individu dalam dunia ini, mereka yang membawa cahaya sebaik memasuki bilik yang gelap dan mereka yang membawa cahaya setelah mereka keluar dari bilik gelap itu. Kehadiran kawan yang optimis akan membawa cas positif dalam persahabatan itu dan seterusnya membawa lebih kegembiraan dalam persahabatan.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Peribasa ini acapkali kedengaran dalam kehidupan masyarakat seharian. Kita maklum bahawa kita semua sangat berbeza dari satu sama lain. Cuba kita bergerak dalam shopping mall-Adakah hanya Kelantan Delight sahaja yang menjual makanan? Kita dapat lihat pelbagai restoran dan gerai makan wujud. Sedar atau tidak, kepelbagaian makanan yang ada menambah dan meningkatkan citarasa kita. Allah mencipta manusia dengan wujud pelbagai perbezaan dari segi rupa, bakat, minat, dan personaliti.

Mengapa kita tidak boleh menghargai perbezaan yang ada? Cuba bayangkan jika anggota badan kita dicipta serupa, dimana tangan, mata, mulut, kaki tidak berbeza tetapi sama? Mampukah kita menghargainya? Perbezaan kita bersama rakan seharusnya dijadikan jambatan persahabatan yang lebih akrab dan menghargai setiap kekurangan dan kelebihan yang kita ada.

Ciri-ciri ini adalah nukilan peribadi penulis. Ramai di luar sana mempunyai ciri-ciri berbeza dari penulis nyatakan. Nasihat penulis, jadikan diri anda mereka yang memberi. Apabila kita menjadi tangan yang memberi, pasti Allah bukan pintu rezeki untuk mempunyai persahabatan yang sejati.

videoTerimalah lagu I'll be there for you dari The Rembrandts..;)

'Akashah
25 Zulkaedah 1432 Hijrah


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me