Sunday, August 19, 2012

Mengapa dia tinggalkan aku??

Pernahkah pembaca melalui pengalaman ini-Seseorang yang tidak pernah anda kenal, hadir dalam hidup anda. Menyatakan ingin memilikimu, lalu anda memberikannya peluang sehingga anda telah benar-benar jatuh hati kepadanya. Pada pengakhiranya, dia akhirnya meninggalkan anda. Tanpa sebarang alasan, sebab. Kadang dia memberikan anda jawapan-Dia tidak pernah menyintai anda. Seperti seribu pedang menghunus ke hati anda, sukar kata-kata dapat membayangi perasaan anda. Sempena 1 syawal ini, penulis akan menulis mengenai mengapa mereka mengejar anda dahulu dan cerita yang berlaku pada penulis sendiri yang berlaku pada 1 syawal 2 hijrah yang lalu.

Mengapa cinta
Jatuh cinta.Tiada yang dapat menduga bila ia akan berlaku.Mengapa ia berlaku, mengapa pada si dia, tiada buku  dapat menterjemahkan ia. Malah jatuh cinta juga tidak tertakluk pada sistem yang sempurna.Ramai orang mengalami cinta ini datang dari perasaan keghairahan dan perasaan kebimbangan. Keghairahan untuk mencari cinta yang sempurna, dan perasaan kebimbangan dia tidak akan dicintai oleh seseorang, perasaan rendah diri yang merasakan dia tidak layak untuk dicintai. Dua faktor inilah yang selalu menyebabkan si dia mencari cinta dan seterusnya menemui kita.

Bimbang dan kerendahan hati
Apabila seseorang itu merasa bimbang dia tidak akan dicintai dan merasa rendah diri dia tidak akan dicintai kerana dia tidak memiliki ciri-ciri yang istimewa, lalu si dia akan menyamar ataupun saya kata, berkelakuan bukan dirinya semata-mata mahu mendapatkan perhatian dan cinta dari seseorang. Dia akan cuba menghampiri, malah akan sentiasa bertanya khabar pada diri anda. Secara fizikal, mahupun mental sememangnya dia tidak menarik. Sebaliknya, pendekatan dia serta perlahan-lahan dia mendapatkan perhatian anda.

Keghairahan pada kesempurnaan
Sedar atau tidak, ramai dikalangan kita sangat mencari pada kesempurnaan. Kesempurnaan itu menyebabkan mereka meletakkan satu simbol ataupun illusi pada orang lain. Mereka ini bertindak menyukai satu fantasi dimana dengan harapan anda akan memenuhi fantasi tersebut. Ia selalunya mengambil masa yang lama untuk orang ini menjadi seperti fantasi tersebut, malah ramai yang gagal. Ini menyebabkan mereka sedar bahawa si dia yang mereka berpacaran tidak mampu menjadi seperti fantasi mereka, lalu mereka tinggalkan orang tersebut. Orang tersebut akan berasa keliru dan akhirnya terluka kerana tidak memahami apa yang berlaku.

Cara ini bukanlah cara yang betul dalam mencari soulmate kita, malah ia langsung tidak efisyen. Ia juga salah serta akan menyebabkan dia melukai ramai orang dalam proses  mencari soul mate serta menyebabkan kita juga merasai seperti apa yg dia rasa-Keliru, dan terluka dengan sangat mendalam.

Situasi sebenar
Inilah persepktif tentang apa yang berlaku. Apabila kita bertemu dengan si dia, si dia melihat potensi pada diri kita, potensi dimana kita mampu mennyintai si dia dan dia sedaya upaya akan mencuba mendapatkan cinta anda. Perasaan bimbang pada dirinya, yang membangkitkan si dia untuk mencipta peluang dia bersama anda. Ia bukanlah datang dari perasaannya yang suci dan tulen, sebaliknya datang dari perasaan utk membuatkan anda kagum, mengoda dan menarik hati anda. Si dia melakukan semua ini adalah semata-mata untuk dirinya timbul satu persoalan-Adakah aku menyintai dia?

Pada masa ini lah baru dia sedar, bahawa dia tidak pernah cintakan anda. 'Tidak, aku tidak cintakan dia. Dia bukanlah lelaki yang sesuai untukku.' Apabila dia sedar akan perkara ini, hatinya akan terus tertutup dan segala perasaan kasih dan nilai-nilai positif yang ada/wujud pada hubungan kalian berdua akan luluh dan hancur. Dia akhirnya membuat keputusan untuk tinggalkan anda dan menyebabkan anda luka seribu tahun.

Anda akan rasa pahit, lalu menyalahkan apa jua berlaku. Mungkin anda juga akan menyalahkan diri sendiri kerana gagal dalam cinta anda. Ingatlah, jangan salahkan diri sendiri. Dia tidak pernah mengenali anda, hati budi anda.Apa yang dia tahu adalah fantasi dirinya mengenai anda, dimana fantasi ini tidak pernah menceritakan diri anda yang sebenarnya. Jangan ingat anda ini direjek, kerana sebenarnya tidak. Sebaliknya, hubungan anda dan dia tidak pernah wujud sama sekali.

Sejati
Pada masa hadapan, akan datang sesorang lagi.Seseorang ini mungkin adalah insan yang tertarik pada anda disebabkan fantasi dirinya mengenai siapa yang akan bakal jadi, bukan diri anda yang sebenar.Jangan terpedaya, , mahupun membina hubungan dengan dia secepat mungkin. Ambil masa dan ikutlah flow yang ada, supaya dia dapat mengenali diri anda sebenarnya dan membezakan realiti dan fantasi.

Inilah caranya bagaimana anda jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seseorang yang mampu melihat dan mengasihi diri anda seadanya. Mungkin cara ini mendekatkan anda dengan soulmate anda. Ingatlah, dalam hubungan, jangan sebarangan memberi dan menerima.Jika anda memberi 100%, si dia juga harus memberi 100%.

Pengalaman
Ini yang berlaku pada penulis dan ia benar-benar mengambil masa yang sangat lama untuk sembuh dari kelukaan yang ada. Pada 1 syawal ini penulis teringat apa yang berlaku pada 2 hijrah tahun lepas. Apabila dia tinggalkan penulis, penulis pun membuka cerita dia pada keluarga dia.Hingga ke hari ini-Penulis menyalahkan diri sendiri keatas kesilapan penulis. 1 syawal itu penulis ke rumahnya, dan memimta maaf pada semua ahli keluarganya yang ada.Sebaliknya dia mahu penulis toloang menyiapkan asignment PBSM, dan terpacaklah penulis pada hari Jumaat itu sampai waktu malam.Hahaha, sangat bodoh juga penulis ini sebenarnya.

Walau apa pun, penulis harapkan pembaca mendapat maafat dari entri ini, dan sambutlah syawal dengan keluarga masing-masing.Sayangilah mereka, kasihanilah mereka, dan bahagiakan mereka.Itulah cinta sejati, itulah bahagia kita semua.

'Akashah
1 Syawal 1433 Hijrah

Thursday, July 12, 2012

Curang..Perspektif di hati Kasha

Curang. Lelaki curang, selalunya dalam mana-mana sudut dunia ia dianggap perkara yang normal. Lelaki yang curang dikatakan lelaki yang tidak serius dengan pasangannya, sebaliknya suka berfoya. Namun, bukan isu ini yang penulis mahu sentuh. Sebahagian coretan pada penulisan kali ini, adalah pengalaman yang bertahun penulis simpul rapi dalam ingatan. Sempena Ramadan yang bakal menjelang tiba, penulis merasakan ia perlu dizahirkan agar menjadi iktibar dan pedoman kepada pencari kedamaian.

Curang: Alasan?
Kadang-kadang kita terfikir, mengapa wanita yang kita cintai tinggalkan kita? Secara asasnya, wanita meninggalkan lelaki yang dia cintai atas pelbagai perkara. Bagi wanita yang penyayang dan tidak terlalu mendambakan perhatian dari lelaki, mereka meninggalkan cinta apabila merasakan mereka tidak dihargai.

 Perasaan mereka yang tidak dihargai-Apabila apa yang mereka lakukan tidak anda hargai, dari keikhlasan mereka menelefon anda hampir setiap hari, bertanya khabar, mahupun melakukan romantis dalam perhubungan anda.

Wanita yang sebegini selalunya curang dengan lelaki yang tahu melimpahi mereka dengan pujian yang mereka dambakan, yang memuji diri mereka yang sebenar dan apayang mereka telah korbankan dalam dunia.

Cinta dari hati Penulis
Bagaimana dengan lelaki yang sentiasa memberikan terbaik sisi dirinya utk seorang wanita?Secara jujur, apabila penulis sudah jatuh cinta, penulis seolah-olah hidup dalam khayalan. Cinta akan membuatkan penulis berkorban segalanya, termasuklah harapan, dunia, kepentingan diri penulis. Ramai beranggapan ia adalah kelemahan penulis yang sangat besar, namun penulis bukanlah lelaki yang suka memaksa.


Pengorbanan yang kecil mahupun besar adalah bermakna pada mereka yang penulis sayangi.Penulis percaya ia perlu dilakukan, dan rasa pergorbanan itu yang mampu mengukir senyuman pada mereka yang tersayang. Kerna itu, penulis dahulu cukup takut untuk bercinta. Mereka yang mengambil kesempatan akan membuatkan penulis berasa sangat letih dan kecewa utk satu tempoh yang sangat lama.

Mengapa penulis sangat menyukai cinta?Penulis menyukai perasaan yang ada pada cinta, perasaan romantis menyayangi, menghargai, menjaga seseorang dengan sepenuh hati penulis.

Curang; Kesan hati

Apabila si dia yang penulis bahagiakan berlaku curang, perasaan yang mula-mula timbul adalah...? Marah? Geram? Perasaan yang merajai hati penulis ketika itu adalah tidak disayangi, tidak dikagumi oleh teman wanita ketika itu. Benar, terasa seperti seseorang yang telah kehilangan pemujaanya.

Mungkin ramai tidak pernah tahu, apa yang memberi kekuatan pada penulis adalah kegembiraan yang terpancar pada raut wajah-wajah kesayangan penulis. Apabila penulis mampu memberikan mereka senyuman saat mereka sedang berduka, maka penulis akan rasa seperti seorang kesatria, yang bangga menghunus pedangnya kerana gembira dengan pencapaiannya.

Paling mendukacitakan, dari memarahi dan berlalu pergi, penulis memilih jalan yang salah iaitu untuk terus kekal setia dan berlaku bodoh seperti penulis tidak nampak kecurangan yang berlaku. Berlakon dan membiarkan hati terus terluka dari hari ke hari.Menerimanya semula dan melihat dia berlaku curang lagi dan lagi, menyebabkan ada perasaan negatif yang penulis simpan terlalu lama.


Apabila datang hari penulis bersendiri dan menjauhkan diri, memerlukan ruang dan waktu untuk menemui jalan kembali kepada diri, si dia tinggalkan penulis. Umpama malam yang kehilangan bulan untuk ditatapinya, hati yang dahulunya bahagia kini terperangkap derita yang bertahun lamanya memakan gembira yang menyinari hati sang kesatria.

13 Ramadan 1433Hijrah ni bakal menjadi saksi 2 tahun sejak kali terakhir penulis bercinta. Benar, pada setiap perjuangan yang ada perlu kita berjuang sepenuh raga walaupun peluang kemenangan adalah tipis. Namun, ingatlah tidak pada semua perjuangan itu berbaloi untuk dilaungkan. Lihatlah pada siapa dan visi perjuangan itu, apakah ia wajar dicapai bersama orang yang salah?

'Akashah
22 Sya'ban 1433 Hijrah

Saturday, December 31, 2011

Suatu Masa II-Memaafkan diri sendiri

Alhamdulillah, blog ini sudah mencapai usia setahun. Masih hijau lagi diri saya dalam bidang penulisan. Terlalu banyak perkara perlu penulis belajar dalam memahami erti kehidupan sebenar. Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya, maka harapan penulis agar tahun berikutnya-2012 bakal menjadi tahun yang lebih baik dan membawa kesan positif dalam hidup penulis.

Banyak perkara berlaku di luar jangkaan, kadang menyebabkan penulis merasakan ia adalah kesilapan penulis. Penulis merasakan kesilapan-kesilapan ini boleh dielakkan, terus menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Persoalan yang timbul adalah, adakah jalan menyalahkan diri sendiri adalah penyelesaian? Jika begitu, mengapa penulis merasakan kesakitan yang teramat pedih?

Menyalahkan diri sendiri hanya memburukan keadaan. Perkara yang berlaku adalah kesalahan orang lain, kenapa perlu kita menyalahkan diri sendiri? Mengapa perlu kita menyiksa diri sendiri? Kita menyalahkan diri kita kerana begitu mudah terpedaya, menjadi penakut dalam membicarakan sesuatu, terperangkap dalam situasi yang memalukan, salah dalam membuat keputusan-Ini adalah lumrah. Ini adalah sebahagian perkara yang kita letakkan beban kesalahan pada diri sendiri.

Kesilapan; semua manusia pasti melakukan kesilapan. Jangan takut atau keberatan menerima hakikat bahawa kita telah tersilap. Walau kita mungkin mempunyai banyak pengalaman hidup, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Fikir sejenak, bagaimana kita dapat melakukan peningkatan kualiti diri kita? Iaitu belajar dari kesilapan yang berlaku. Kesilapan adalah peluang, peluang untuk membuka mata kita kepada perspektif pemikiran yang baru. Tanpa kesilapan, kita tidak mampu untuk melihat sesuatu dari sudut berbeza, tidak mampu untuk menjadi lebih kuat, tidak mampu menjadi lebih waras, tidak mampu belajar sesuatu.

Tidak memaafkan diri sendiri, umpama kita mencampakkan diri kita sendiri ke dalam penjara. Tragis bukan? Menyalahkan diri sendiri memenjarakan kita dari menikmati hidup lebih baik dan merasakan keamanan dalam kehidupan kita. Jika kita memikirkan perkara silan, maka apa yang ada pada perkara lepas akan kita rasa-Sesalan dan kesakitan.

Sewajarnya kita semua tahu bahawa tuding- menuding atau memikul beban menyalahkan diri tidak membawa kita kemana, sebaliknya kita terus derita. Oleh itu ingatlah bahawa;

  • Kadang memaafkan diri yang diperlukan. Walau sebenarnya kadang-kadang kita mahu menyalahkan orang lain, pokoknya kita sendiri bertanggungjawab dalam tindakan kita                                               
  • Dendam/ Kemarahan berpanjangan umpama penjara. Jika masih cuba menjahit kelukaan lama, lepaskan diri anda dari kelukaan itu. Anda berhak untuk bebas
  • Memberanikan diri dan mencuba perkara baru. Jika kita lakukan sedikit perubahan dalam hidup kita, tanpa kita duga ia memberi impak dan membuka mata kepada pandangan dimensiyang baru. Nikmati hidup dan jalani aktiviti yang tidak pernah kita cuba sebelum ini.

Selamat tinggal derita, selamat tinggal sengsara yang membebankan. Aku mahu hidup lebih bebas dan aman

'Akashah


7 Safar 1433 Hijrah

Sunday, October 23, 2011

Kualiti persahabatan sejati

Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis-Ku tanggis sendiri. Acapakali, tidak kira terpisah dari segi masa mahupun  geografi sesebuah kawasan; kedengaran rintihan manusia dalam mencari persahabatan yang sebenar. Era moden banyak mempengaruhi kehidupan kita, secara lansung mahupun tidak langsung. Apakah yang membuatkan seseorang itu sahabat? Kualiti yang mana harus ada dalam diri seseorang itu diiktiraf sebagai sahabat sejati? Hari ini penulis akan memberikan pandangan penulis secara peribadi
  • Prinsip Kejujuran
Ramai diantara kita menggangap, dalam persahabatan memerlukan kedua-dua pihak untuk tidak berahsia di antara satu sama lain. Seharusnya persepsi umum ini diubah. Tidak semua perkara kita harus ketahui tentang sahabat, terutama masa silam mereka. Setiap dari kita punya kehidupan dan rahsia yang harus kita simpan kepada diri sendiri. Ada sebahagian dari kita mempunyai sahabat yang menceritakan segalanya tentang diri mereka, maka  kita harus bersyukur kerana kita dipercayai oleh rakan sehingga dipilih untuk memegang amanah kawan. Di ulang-Rahsia sahabat adalah satu bentuk amanah yang kita perlu pikul dengan intergriti yang mulia.

Prinsip kejujuran dalam persahabatan adalah mengenai gambaran. Gambaran itu bermaksud sahabat kita mengenai satu imejan konkrit tentang siapa diri mereka sekarang dan siapa mereka pada setiap situasi yang berbeza. Inilah dinamakan kejujuran, iaitu mereka tidak berpura-pura sebaliknya selesa menunjukkan karakter mereka dalam setiap situasi. Apabila sesuatu perkara itu kelihatan atau dirasai tidak benar atau tidak tepat, mereka akan memberitahu anda.
  • Dalami minat 
Penulis ada membaca buku How to win friends and influence people, penulis buku itu berkata, You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get people interested in you." Bagaimana menarik minat orang lain terhadap diri kita? Iaitu dengan terlebih dahulu membenarkan diri kita mendengar dan menunjukkan minat pada minat orang lain. Setiap orang dari kita semua, ada menyimpan nilai untuk berasa dihargai oleh individu lain. Apabila kita menunjukkan kita memberi nilai penghargaan kepada individu lain, nescaya kita juga akan dihargai dan didekati orang sebagai kawan yang sangat baik.
  1. Seronok
  2. Menarik
  3. Memahami
Ketiga-tiga elemen di atas adalah kunci dalam mendalami minat sahabat kita. Keseronokkan di sini bermaksud kita mempunyai aktiviti yang memberikan kegembiraan pada kedua-dua belah pihak. Ada sesetengahnya mendefinisikan keseronokkan sebagai lepak, menonton wayang, bermain muzik; lain orang lain caranya. Ia bergantung pada diri masing-masing, tetapi berpaksikan kepada kegiatan bersama. Menarik pula diterjemahkan aktiviti yang dilakukan berdasarkan common interest.Common interest bermaksud persamaan minat di antara kita dan rakan. Ia mungkin berdasarkan hobi, pasukan bola, falsafah dan sebagainya.

Pada hari sememangnya sukar untuk kita mencari masa, namun jika meluangkan sedikit waktu berdasarkan common interest, maka secara tidak langsung kita telah meningkatkan tahap pemahaman kita pada sahabat.
  • Supportive, acceptance, positive and appreciation
Penulis memilih menulis ciri-ciri ini dalam Ingeris kerana penulis amat mengemari ciri-ciri yang dinyatakan.

Supportive
Ia bermaksud rakan yang sentiasa ada susah dan senang. Ciri ini membolehkan seseorang mengetahui apa yang disukai dan kurang disenangi rakan kita. Mereka akan menjadi seseorang yang sentiasa percaya dengan kebolehan diri kita, dan membantu kita menjadi seperti diri yang kita inginkan. Apabila masyarakat membelakangkan anda, sahabat ada ada  di sisi dan berjuang bersama. Sahabat tidak akan membawa anda ke dalam situasi yang anda tidak selesa mahupun situasi yang berkemungkinan menyebabkan anda kehilangan sesuatu yang berharga dan bermakna dalam hidup

Acceptance
Dalam persahabatan , diterima sepenuhnya terutama dari segi kelemahan menjadi kunci dalam persahabatan yang jujur. Manusia sentiasa berubah kerana perkara di sekeliling kita juga berubah. Sahabat sejati tahu dan akan menerima perubahan yang ada dan adapt ke dalam perubahaban tersebut. Mereka juga tidak akan sesekali mengubah anda. Walau sebesar mana kesilapan yang dilakukan, mereka akan belajar memaafkan dan tidak berkira. Erti kata, mereka tetap melayan anda dengan baik walaupun anda dalam mood stress, suram mahupun dalam keadaan yang tidak mencerminkan diri anda seperti kebiasaan.

Positive and Appreciation
Kehadiran diri kita mampu memberi impak kepada diri orang lain. Ada pepatah mengatakan terdapat dua individu dalam dunia ini, mereka yang membawa cahaya sebaik memasuki bilik yang gelap dan mereka yang membawa cahaya setelah mereka keluar dari bilik gelap itu. Kehadiran kawan yang optimis akan membawa cas positif dalam persahabatan itu dan seterusnya membawa lebih kegembiraan dalam persahabatan.

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Peribasa ini acapkali kedengaran dalam kehidupan masyarakat seharian. Kita maklum bahawa kita semua sangat berbeza dari satu sama lain. Cuba kita bergerak dalam shopping mall-Adakah hanya Kelantan Delight sahaja yang menjual makanan? Kita dapat lihat pelbagai restoran dan gerai makan wujud. Sedar atau tidak, kepelbagaian makanan yang ada menambah dan meningkatkan citarasa kita. Allah mencipta manusia dengan wujud pelbagai perbezaan dari segi rupa, bakat, minat, dan personaliti.

Mengapa kita tidak boleh menghargai perbezaan yang ada? Cuba bayangkan jika anggota badan kita dicipta serupa, dimana tangan, mata, mulut, kaki tidak berbeza tetapi sama? Mampukah kita menghargainya? Perbezaan kita bersama rakan seharusnya dijadikan jambatan persahabatan yang lebih akrab dan menghargai setiap kekurangan dan kelebihan yang kita ada.

Ciri-ciri ini adalah nukilan peribadi penulis. Ramai di luar sana mempunyai ciri-ciri berbeza dari penulis nyatakan. Nasihat penulis, jadikan diri anda mereka yang memberi. Apabila kita menjadi tangan yang memberi, pasti Allah bukan pintu rezeki untuk mempunyai persahabatan yang sejati.

Terimalah lagu I'll be there for you dari The Rembrandts..;)

'Akashah
25 Zulkaedah 1432 Hijrah


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Sunday, August 28, 2011

Kemaafan dari hati

Maaf. Perkataan ini cukup menterjemahkan seribu makna. Umum mengetahui kemaafan adalah sesuatu yang sukar diberi, terutama apabila dalam hati itu dipenuhi unsur-unsur negatif seperti kemarahan, dendam, keaskitan yang berpanjangan dan sebagainya. Ada sesetengah individu begitu mudah melafazkannya, namun ia datang dari bibir, bukan dari hati.

Apa itu Maaf??
Maaf itu adalah satu kerelaan,perasaan yang membebaskan seseorang dari rantaian yang mengikat seseorang kerana kesalahan yang dilakukannya. Apabila insan lain melakukan kesalahan terhadap kita, secara automatik ia 'kan mengakitakan luka pada hati, yakni kepedihan yang tidak terlihat. Ia menyebabkan kita sukar melupakan kesalahannya kerana kesakitan kita tidak dapat dilihat, maka secara tidak sedar kita kan rasa kesakitan itu berulang-ulang.

Kita meletakkan harapan agar individu itu sedar akan kesilapanya, lalu memohon kemaafan dari kita. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, insan itu tidak endah dan membiarkan begitu sahaja. Derita yang dialami semakin bertambah lalu timbul kebencian dalam diri yang seterusnya mengikat diri kita pada individu tersebut. Selagi tiada maaf dipohon secara ikhlas, maka kita begitu berat untuk memaafkan seseorang.

Kemaafan itu adalah kuasa positif
Bagaimana kita mahu memaafkan seseorang? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita. Penulis juga mengambil masa setahun lebih bagi mencari jawapan ini. Memaafkan itu adalah dengan memaafkan diri sendiri dahulu, bahawa kita kadang mungkin tertipu dengan perwatakkan manusia lain. Merima kekurangan diri bahawa kadang kita mungkin lemah sehingga dipermainkan, dipergunakan, tidak diendahkan dan sebagainya. Hanya dengan memaafkan diri sendiri, barulah jalan kemaafan dapat dibuka dengan luas.

Kemaafan itu adalah;

  1. Memberi  diri kita hak menjadi manusia yang jauh lebih baik dari orang yang berlaku salah pada kita
  2. Mewujudkan lukisan baru tentang seseorang
  3. Membenarkan diri kita beramal dan memberi kebajikan
  4. Melihat kemaafan dari perspektif baru
Hak Diri
Islam telah menerangkan bahawa adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, dengan memberikan hak pada mereka yang berhak menerimanya. Apabila kita tidak memaafkan orang lain, kita telah berlaku kejam pada diri sendiri apabila menafikan hak untuk memaafkan. Maka, kita telah mengikat diri kita pada kebencian yang berterusan seterusnya menghadirkan lebih banyak tenaga negatif dalam diri. Untuk menghampiri diri kepada keadilan dalam konteks Islam, maka kita haru memberikan orang yang bersalah hak untuk dimaafi

Lukisan Baru
Untuk memaafkan seseorang, kita harus melihat seseorang itu dari sudut atau gamabran yang baru dan berbeza. Di mata kita, orang yang bersalah adalah salah dan seolah-olah kita melihat dia segalanya buruk dari segala aspek. Mungkin kita tidak sedar kita memendam dendam dan kemarahan terhadap insan tersebut. Ia berlaku jika kita melalui perpisahan. Individu yang kita sayangi menjadi racun dalam fikiran kita. Lepaskanlah, biarkan semua perkara buruk yang betul itu terbang bersama angin. Kita tidak perlu menyimpan maklumat sebegini dalam fikiran kita. Anggaplahb kita sedng melihat sebuah lukisan yang buruk, maka kita potretkan ia semula dengan dimensi lukisan yang baru

Memberi Kebajikan
Sebenarnya, memaafkan seseorang adalah satu amalan mulia. Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah memberi contoh bagaimana baginda memaafkan masyarakat yang telah menyakitinya dan baginda makin tenang hatinya pabila memberi kemaafan. Apabila kita memaafkan seseorang, kita telah memberi si bersalah satu hadiah, secara tidak langsung. 'Tangan yang memberi adalah lebih baik dari menerima', maka berilah kemaafan kerana kita adalah manusia yang jauh lebih baik dari yang bersalah.

Kemaafan dari perspektif baru
Apabila seseorang menyakiti kita, kadang kita terlalu marah sehingga kita berjanji kepada diri sendiri untuk tidak memaafkannya. Jangan begitu. Saat kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya telah membuang beban kebencian yang terletak di bahu kita. Sedarlah, bahawa kita mampu tersenyum semula, mampu bergembira semula saat kita membuang beban kebencian ini dengan kemaafan. Kesakitan yang datang dari pihak lain, ia adalah;

  •  batu loncatan kepada kita dalam mengenali manusia dan dunia.
  • Perintis jalan dalam lebih mengenali kelebihan dan kekurangan diri
Segala yang berlaku kepada kita mempunyai sebab tersendiri. Dalam hidup, ramai orang kan datang dan pergi, menitiskan airmata kita, namun ia bukan tanda dunia kita sudah berakhir. Ia adalah satu proses pembelajaran dan pembukaan akal dalam melihat perkara-perkara baru. Maafkan apa yang berlaku, kita tidak mahu emosi mengawal kehidupan kita.


Apa yang berlaku menjadikan kita seorang yang lebih baik* Hanya pada mereka yang berfikir*. Ampuni dan kasihilah mereka yang menyakiti kita, kerana mereka memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik.


Walaupun kemaafan adalah umpama hadiah yang tidak bersyarat yang diberikan kepada mereka yang tidak patut menerimanya, ia sebenarnya adalah hadiah kepada diri kita sendiri. Memaafkan memberikan kita kelegaan dan juga kesembuhan kepada hati kita. Kita akan sedar kita mendapat ketenangan dan harmoni dari proses memaafkan.

Satu perkara, apabila kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya memberikan belas kasihan, kemurahan hati dan kasih sayang. Kerana itu, tanpa sedar; kita sendiri telah sembuh

'Akashah
30 Ramadan 1432 Hijrah



Friday, August 12, 2011

Wanita yang tidak bersyukur-Bahagian Dua

Wanita yang gelora jiwanya adalah sangat bahaya. Jika mereka bersama dengan lelaki yang baik, mereka merasakan lelaki agresif dan 'bad boy' lebih menarik dan bersifat adventure untuk diterokai berbanding lelaki baik yang kelihatan begitu sempurna. Manakala jika mereka bersama denagn lelaki yang tidak setia, mereka berkata mahukan lelaki yang baik dan berusaha mendapatkannya, namun mereka masih lagi bersama dengan lelaki yang tidak setia itu. Faktanya, wanita itu sedang melakukan lebih dari satu relationship pada satu masa dan lelaki baik tadi adalah satu alternatif jika sesuatu berlaku. 



  • Fikiran Mereka
Ada pepatah Melayu mengatakan, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Pepatah ini bermaksud walau mewahnya sesuatu di negeri orang, tetapi ia tetap lebih baik dinegeri sendiri. Wanita seperti ini berpegang pada falsafah yang songsang, iaitu Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang. Mereka berpendapat, walau sebaik mana mereka memliki sesuatu, maka pasti ada lebih baik menungu jika mereka mahu. Wanita sebegini harus sedar bahawa, mereka perlu bersifat optimis dengan memberi dan mengharap ia 'kan ddibalas dengan bebaikan, bukan mengharap menerima kebaikan semata-mata sahaja.

  • Kesan
Ramai penulis lihat, begitu merungut dimana mereka tidak menemui lelaki yang baik. Sejujurnya penulis mengaku memang benar lelaki yang baik semakin berkurangan. Sebenarnya, ramai lelaki baik di luar sana, namun majoritinya telah bertemu dan bersama dengan wanita yang salah, mengakibatkan perubahan dalam diri lelaki yang baik ini. Lelaki apabila bersama wanita seperti ini, begitu bersungguh dalam memberikan segalanya sedangkan si dia tidak layak mendapat layanan sewajarnya.

Lelaki adalah makhluk yang tidak pandai menujukkan perasaan mereka. Saat mereka mula mengenal cinta dan memberikan terbaik, saat itulah diri mereka berubah menjadi lebih baik. Apabila mereka merasa terhina dengan pengorbanan yang mereka lakukan, wanita yang hadir seterusnya menjadi sukar. Ini kerana mereka dapat melihat penderitaan dan kemurkaan lelaki tersebut pada wanita. Jika wanita yang hadir itu tidak mampu membalut luka lelaki tersebut, maka sukar wanita tersebut mendapat kualiti baik yang ada pada lelaki.

Lelaki di luar sana yang mengalami pengalaman ini, tabahkan hati. Jangan biarkan wanita sebegini merosakkan dan membinasakan kebaikan yang ada pada diri anda. Wanita seperti ini bisa membuang kebaikan dari lelaki, maka berhati-hatilah. Wanita ini sebenarnya tidak tahu maksud 'Lelaki baik'.

Si dia selamanya kan di kenali sebagai wanita yang MELEPASKAN TERBAIK DARI HIDUPNYA. Suatu hari nanti, tanpa pengetahuan sesiapa, dalam  benaknya betapa dia menyesal..dalam melepaskan anda...


  • Kesimpulan
Kita tidak tahu apa yang kita ada melainkan kita kehilangannya. Wanita sebegini tidak seperti itu, mereka tahu apa yang mereka ada tetapi berfikiran tidak akan kehilangannya.

Si dia melayan anda teruk bukan kerana dia bersama lelaki yang kurang baik, tetapi si dia sendiri adalah wanita yang TERUK!!!Apabila anda sendiri tidak gembira dengan diri anda, maka anda tidak akan sesekali gembira atau bahagia dengan sesiapa pun. Wanita seperti ini walau anda layan seperti seorang permaisuri mahupun hamba abdi, tetapi kerana dia tahu dia boleh mendapatkan yang lebih baik;maka si dia akan mencuba apa macam cara dan alasan untuk tinggalkan anda. 

Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Tetapi kerna takdir menguji lelaki itu dengan laluan berduri, ia mungkin menyebabkan perubahan negatif pada lelaki. Masyarakat umum alpa bahawa setiap orang yang kita jumpa punya sejarah tersendiri yang menerangkan mengapa mereka kadang bertindak kasar. 

Ada wanita dalam dunia ini begitu bertuah, mereka telah Allah pertemukan dengan lelaki yang baik. Lelaki yang sangat mengambil berat, dan memberikan terbaik untuk si dia. Lelaki sebegini sangat sukar untuk ditemui, dan sedarlah; pabila anda punya sesuatu yang sangat berharga, jagalah dan hargailah ia dengan baik.




(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.


P/S: Allah mengurniakan 9 nafsu pada wanita bukan untuk dipenuhi semua, sebaliknya ia adalah satu ujian yang Allah berikan pada kaum Hawa. Wanita yang tidak tunduk pada nafsunya adalah wanita yang hebat dan mulia di sisi Allah S.W.T


'Akashah
13 Ramadan 1432 Hijrah

Wanita yang tidak bersyukur-Bahagian Satu

Perpisahan di antara dua individu adalah umpama seperti wabak, dimana ia semakin sukar dibendung. Bermula dari hubungan teman hingga perceraian dan keruntuhan masjid. Apakah yang sedang meniti kehidupan masyarakat? Benarkah perpisahan itu berlaku kerana tiada persefahaman dan tolenrasi lagi? Ramai di antara kita semua,apabila mendengar tentang isu penceraian, kita beranggapan salah satu sama ada suami mahupun isteri menjadi punca berlakunya kejatuhan empayar cinta mereka. Sedarkah para pembaca bahawa ia berpunya dari pemikiran seseorang dinvidu terhadap dirinya. Sempena Ramadan yang mulia ini, penulis mengupas isu wanita yang meninggalkan lelaki baik dari hidupnya.

Apakah yang selalu di rungut wanita mengenai lelaki?

  1. Penipu
  2. Pemalas
  3. Tidak Menghormati
  4. Biadap
  5. Pentingkan diri
  6. Terlalu ego
  7. Tidak sensitif
Ini antara rungutan yang diberi pada lelaki. Rungutan ini juga antara penyebab wanita meninggalkan lelaki yang mereka cintai. Namun, ada golongan wanita yang tidak bersyukur, walau mereka mempunyai lelaki yang sangat baik dalam hidup mereka dan tidak mempunyai perwatakkan seperti list di atas, mereka tetap nekad pergi. Kejam bukan? Mari kita lihat sebabnya..

  • Mengapa??
Anda lihat seorang lelaki yang sangat baik. Dia menjaga pasangannya dan sentiasa meluangkan masa, berkorban masa dan tenaga untuk memastikan sebuah senyuman terukir pada bidadari kesayangannya. Boleh dikatakan lelaki itulah hampir lengkap dan sempurna, punya ciri-ciri yang sangat positif dalam dirinya; namun dia tetap ditinggalkan. KENAPA? Jawapannya mudah, iaitu KECERIAN JIWA.

Kita sedia maklum, Allah telah mencipta kaum hawa yang di datangkan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Apa itu nafsu? Nafsu bermaksud keinginan. Dalam konteks wanita, keinginan mereka adalah pelbagai dan di dalamnya wujud emosi yang sukar bagi kita kaum lelaki untuk faham. Nafsu ini perlu dipenuhi tuntutannya, dan disinilah masalah berlaku. Tidak semua wanita, memerlukan sembilan keinginann emosi mereka dipenuhi. Wanita yang mahu kesemuanya dipenuhi, wanita inilah yang selalu mendatangkan derita dalam cinta

Ia bergantung pada kekuatan dan perasaan dalaman seseorang wanita. Jika seseorang wanita itu tidak begitu gembira di dalamnya walaupun zahirnya kita lihat dia bahagia, selalunya akan menghajati seseuatu yang tidak mungkin dia akan dapat dari lelaki yang sedang bersamanya. Walaupun semua keperluan wanita tersebut dipenuhi, tetapi apabila pergolakan dalam dirinya tidak di urus dengan baik, maka kita dapat lihat wanita itu tidak puas malah kelihatan semakin keliru dengan apa yang di perlukan. Contohnya;


  • Contoh
Seorang lelaki bernama Kasha menerima kehadiran gadis bernama Cahaya. Cahaya mahukan Kasha kerana dia tertarik dengan keperibadian lelaki trsebut yang baik, bertanggungjawab, dan punya karakter suami yang sangat bagus. Apabila Kasha mula membuka hatinya, dia memberikan segalanya pada cahaya. Mereka, pada mata teman-teman dan ahli keluarga, sangat bahagia dan serasi bersama. Namun, pergolakan berlaku tanpa sesiapa dapat melihatnya, terutama Kasha. Walaupun dia memberikan segalanya, menjaga Cahaya dengan sangat baik, sentiasa mendorong dan melakukan apa sahaja, keinginan Cahaya tidak pernah putus malah semakin bertambah dari hari ke hari. Malah, kadang Cahaya meragam secara tiba-tiba dan Kasha tidak faham mengapa. 

Lalu bermula detik Cahaya yang sentisa mengugut meninggalkan Kasha. Malah, Cahaya juga semakin sukar di baca. Akhirnya pergaduhan mula singgah dalam relationships mereka, lalu cahaya meninggalkan Kasha.

Fikirkan sejenak, apakah yang menyebabkan cahaya begitu. Sebenarnya cahaya tidak gembira dalam hatinya. Walaupun mendapat lelaki yang sangat baik dan ikhlas menjaganya, terdapat satu nafsu yang gagal di penuhi Kasha, iaitu kecantikan. Cahaya merupakan gadis yang cantik dan dia merasakan Kasha tidak cukup kacak, tidak menepati ciri-ciri fizikal yang dia mahukan dari seorang lelaki. Maka, apabila tuntutan ini tidak dipenuhi, maka wanita menjadi tidak gembira, dan mereka akan tinggalkan lelaki begitu sahaja.



Bersambung pada bahagian kedua...

'Akashah
12 Ramadan 1432 Hijrah