Friday, March 18, 2011

Ayah

Ayah


Ayahanda n Umi..=)
Andai soalan ini saya tujukan kepada para pembaca semua, apakah yang anda dapat simpulkan dari insan yang bergelar ayah? Garang? Penyayang? Atau ada di antara kita kan terpanggil semula objek-objek yang kita takutkan dalam hidup? Rotan, getah paip, reban ayam( Hehehe, ni antara kegemaran saya) dan sebagainya. Lumrah sebagaimana kita semua punya warna anak mata yang berbeza, begitulah juga cara kita melihat dan menakrifkan satu perkara. Pada mata saya, ayah adalah cinta sejati. Ya benar, ayah saya adalah simbol cinta sejati. Cinta sejati? Apakah itu? Bukan cinta sejati dari pasangan yang kita cintai? Tahukah anda siapakah pencinta yang sejati? 




Greatest love of all






Pencinta sejati adalah insan ataupun individu yang benar-benar menyintai anda, sehingga mempunyai kekuatan untuk menerima kesilapan anda...lalu memaafkannya. Itulah ayahanda saya. Tidak pernah selama nafas ini turun naik setiap detik, ayah tidak menerima kesilapan dan memaafkan saya. Kerana itu, ayah adalah individu yang paling layak digelar cinta sejati. Tanyalah pada diri anda, mereka yang punya sifat ini mungkin ibu, ahli keluarga, abang, kakak..Adakah indvidu yang anda cinta tertanam diri mereka sifat ini? Jika bukan, maka gadis mahupun arjuna yang anda cintai bukanlah pencinta yang sejati


B.E.N.C.I


Sewaktu di Mekah
Mungkin ada diantara kita hidup dalam pengalaman yang pahit bersama golongan bapa. Saya tidak nafikan. Waktu kecil-kecilku tidak seindah yang mungkin para pembaca lalui. Hampir sahaja tiap-tiap hari saya bergaduh dengan ayah sendiri. Yup, masing-masing begitu meninggi suara pada sesama sendiri. Kami bukanlah mesra sangat apda ketika itu. Saya merasakan ayah begitu berkeras terhadap saya. Setiap kesalahan adik-beradik, kesalahan saya, malah kesalahan orang luar sekalipun maka pastinya saya menjadi 'patung' luahan kemarahan. Maka, rotan menjadi rakan karib saya sejak dari kecil. Sungguh saya bencikan ayah pada ketika itu, merasakan dunia ini kejam, busuk, dan tiada keadilan. Mengapa kesalahan orang lain perlu ku tanggung? Persoalan yang menjadi nukilan hati hampir setiap waktu. Tetapi ayah bukanlah seorang yang wajar dibenci. Selepas ayah pulang dari Tanah Haram pada tahun 99, ayah berubah. Tahukah pembaca semua, pada aidilfitri tahun selepasnya, ayah memeluk saya dan meminta maaf di atas segala kekasaran yang beliau lakukan. Berepa ramaikah golongan bapa di luar sana yang berani mengakui kesilapan mereka dan memohon kemaafan? Peritiwa ini menjadi titik tolak kepada perubahan diri saya yang sangat ketara. 


Bertanggungjawab
Di Madinah


Selalunya seorang ibu yang amat mengambil berat tentang anak-anak mereka. Golongan ibu lebih banyak bertanya soalan. Betul bukan? Golongan bapa pula lebih banyak membisu, tetapi tidak kepada bapa saya. Setiap hari pabila saya pulang dari sekolah, beliau pasti bertanya apa yang saya belajar hari ini? Apa yang berlaku di sekolah? Malangnya jawapan saya tidak memberansangkan. 'Abang gaduh hari ini kat sekolah'. Ujarku..Begitulah jawapan saya hampir tiap-tiap hari..Namun, ayah tidak pernah marah kerana beliau tahu, saya hanya bergaduh apabila orang 'mengusik' saya terlebih dahulu. Saya merupakan kanak-kanak yang sangat pendiam pada ketika itu. 


Ayah akan datang ke sekolah dan melihat keadaan saya. Beliau akan datang kepada saya pada waktu rehat dan peluk saya. 'Abang ok hari ini?'..Begitu penyayangnya ayah. Diriku sungguh bertuah kerana sepanjang zaman persekolahan rendah, tidak pernah sekalipun saya melihat ada ibu bapa datang menjenguk anak mereka pada waktu rehat dan memeluk anak tanpa segan silu. Allah, begitu kasihnya insan yang telah Kau berikan pada ku.


Setiap tahun apabila umat Islam menyambut raya, maka saya lihat betapa semua kanak-kanak bergembira. Baju raya baru pasti menjadi 'hadiah' pada anak-anak. Ayah tidak menghadiahkan saya baju raya yang baru. Hampir setiap tahun, baju raya yang saya pakai adalah 'second hand' iaitu baju terpakai yang kawan-kawan ayah beri. Mulanya saya tidak mengerti, tetapi sebenarnya ayah sedang mendidik saya untuk tidak menyukai harta dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada


Saya adalah kanak-kanak yang sangat pendiam dan tidak punya keyakinan yang tinggi. Ayah adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan saya seorang yang berkeyakinan. Pada kanak-kanak lain banyak menghabiskan masa bermain di luar, ayah membawa saya bersama menemui kawan-kawan beliau dan sentiasa berkata apda saya..'The world's gonna turn their back on you, but never look down on yourself'. Sejak itu, saya tidak pernah memandang rendah pada kebolehan diri sendiri. 


Memilih korban di Mekah
Ayah selalu outstation, bagi mencari rezeki lebih. Beliau tidak pernah membawa kami sekeluarga bercuti, tetapi kami semua memahami. Apabila outstation, ayah mahu saya berada di rumah 24/7. Huh, waktu itu kadang rasa hidup ini tiada makna. Ayah sentiasa berfikir di laur kotak. Tujuan beliau adalah untuk saya belajar mengenai tanggungjawab. Umi pantang, adik-beradik nak makan, pergi dan balik sekolah, semuanya saya lakukan. Dari situlah saya belajar mengenai tanggungjawab dan menyukainya. Umi pantang, susah nak bergerak, semuanya saya berada disisi umi. Adik menangis, bergaduh, saya belajar bagaimana mententeramkan mereka. 


Ketika begitu banyak saya melakukan kesilapan dalam hidup, ayah tidak pernah sesekali berhenti dari mempercayai saya, memberikan saya keyakinan bahawa saya 'kan menjadi insan yang lebih baik kerananya...Memaafkan dan terus membimbing walaupun pernah satu ketika dahulu, guru-guru saya sendiri pernah menagtakan 'Akashah adalah 'rosak' dan tidak mungkin berubah. 


Terlalu banyak ingin saya lontarkan mengenai ayah, tetapi memadailah penulisan saya pada ruangan ini sementara waktu. Ayah adalah insan paling saya sayang dan hormati, begitu mempengaruhi karakter, personaliti dan mentaliti saya. Semoga ayah akan terus sihat untuk melihat kami adik-beeradik mencapai kejayaan..Selamat hari lahir ayahanda.♥ ♥ ♥ ♥




'Akashah


14 Raiulakhir 143 Hijrah



 

No comments:

Post a Comment