Tuesday, February 15, 2011

Baginda Nabi Muhammad S.A.W-Rasul Allah, pembawa cinta dan kasih sayang sejati..

Baginda Nabi Muhammad S.A.W adalah satu tokoh yang sangat berwibawa dan penting dalam sejarah pembangunann semula tamadun dunia. Sebagaimana yang kita ketahui, manusia hilang arah, pedoman ditelan kealpaan kerana memuaskan nafsu diri. Allah hadirkan sebuah cahaya yang sangat bersinar, menjadi contoh teladan terbaik, melangkaui segala peringkat masa, sempadan negara, identiti budaya mahupun berlainan gender. Pada entri blog saya kali ini, ingin saya menceritakan kasih sayang yang Rasulullah hadirkan tanpa kita semua sedari.

Kelahiran

Baginda yang diberi nama Muhammad oleh datuknya, Abdul Mutalib lahir pada 12 Rabiul Awal, bersamaan hari Isnin 571 Masihi. Baginda diutuskan untuk menerangi kegelapan dunia kerana kejahilan serta kelemahan manusia dalam mencari keredhan Maha Pencipta serta memahami erti kehidupan mereka dalam dunia ini. Allah berfirman:

 Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107




"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."




Persahabatan
Sedar atau tidak, antara kisah para Nabi dan Rasul yang kita ketahui, hanya Baginda Nabi Muhammad S.A.W mempunyai sahabat sejati yang ikhlas bersama baginda? Kita lihat contoh sahabat terbaik dan paling akrab dengan Rasulullah, iaitu Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Beliau merupakan seorang insan yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas serta memiliki sifat-sifat yang terpuji. Baginda seorang yang sangat penyayang. Walaupun berhadapan dengan pelbagai ragam masyarakat jahiliyah, baginda tidak pernah berpura-pura, malah sentiasa mempamerkan sifat terbaik baginda. Sikap ini saya gelarkan menyayangi diri sendiri. Baginda menyayangi diri baginda, dengan memelihara kehormatan diri, prinsip serta cara hidup, sehingga kasih sayang pada diri sendiri begitu memancar hingga ke luar jasad baginda. Kasih sayang ini dapat dirasai Saidina Abu Bakar sehingga ia mempengaruhi keperibadian Abu Bakar. Persahabatan mereka yang akrab secara tidak langsung memudahkan proses penyaluran kasih sayang baginda pada sahabat. Ini dapat dilihat apabila Saidina Abu Bakar juga mempunyai sifat-sifat yang terpuji dari Rasulullah. Tidak menghairankan Baginda begitu menyayangi sahabat ini kerana Abu Bakar merupakan antara insan terawal yang dapat merasai dan memahami kasih sayang baginda

RumahTangga
Ramai diantara kita menggunakan Romeo Juliet, Laila Majnun, mahupun Dato' K bersama Siti Nurhaliza sebagai simbol serta ikutan kita dalam mencari cinta dan mempertahankannya. Ramai alpa, apabila Allah mengatakan Nabi Muhammad sebagai contoh tauladan yang terbaik,   maka contoh tauladan itu melingkupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah dalam soal cinta. Ramai mahu menjadi lelaki yang romantis pada isteri masing-masing, tetapi tidakkah kalian sedar Rasulullah telah tunjukkan caranya?

1.     Cinta Sejati-Khadijah

·         Permulaan

Ramai diantara kita semua hanya Siti Khadijah telah tertawan dengan peribadi Rasulullah lalu menghantar rombongan meminang baginda. Tetapi tahukah anda semua bagaimanakah permulaan kepada tertariknya Siti Khadijah pada baginda? Ia bermula dari saat Siti Khadijah mencari seoang yang jujur dan amanah untuk membawa daganganya di Syam(Syria). Bapa saudara Rasulullah, iaitu Abi Talib menyampaikan perkhabaran ini kepada baginda, namun baginda begitu malu untuk menawarkan diri memikul amanah tersebut dari Siti Khadijah. Baginda berasa malu kerana tidak begitu mengenali Siti Khadijah lalu mengharapkan Siti Khadijah akan menghantar wakil menemui baginda. Apabila permintaan ini sampai kepada pengetahuan Siti Khadijah, dengan segera wanita ini telah menghantar seorang wakil menemui Rasulullah dan menyampaikan pesanan yang berbunyi: "Saya begitu menghormati tuan atas kelurusan, kejujuran dan keunggulan akhlak peribadi yang tuan miliki. 

"Oleh itu, jika barang dagangan saya dalam urusan tuan maka saya akan memberikan upah dua kali ganda banyak berbeza dari yang biasa saya beri kepada orang lain.


"Di samping saya akan memberi kepada tuan dua budak suruhan yang akan membantu dan menuruti apa juga arahan yang tuan berikan kepada mereka," pesan Khadijah.



Sebagaimana biasa, Nabi Muhammad akan merujuk kepada bapa saudara bagi mendapatkan pendapat dan nasihat lalu Abu Talib berkata: "Tawaran ini merupakan sumber nafkah yang Allah SWT limpahkan kepadamu wahai Muhammad, terimalah dan laksanakanlah amanah ini dengan jujur dan amanah. Semoga Allah berkati perjalanan dan urusanmu."


Baginda menerima pelawaan itu lalu berangkat bersama kafilah untuk berniga di Syam. Hasilnya, rombongan perniagaan itu sangat memberi keuntungan yang berlipat ganda dan baginda mencatatkan keuntungan yang paling tinggi diantara mereka semua. Maisarah, seorang budak suruhan Khadijah mencadangkan Rasulullah terlebih dahulu memasuki Kota Mekah mendahului mereka dan segera betemu dengan Khadijah untuk menyampaikan khabar gembira mereka.Baginda pun menemui Khadijah lalu disertai Maisarah. Maisarah menceritakan  Rasulullah mempunyai peribadi yang menarik, akhlak yang mulia, fikiran yang tajam, tutur kata yang benar, sangat amanah dan bijak dalam berurusan dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan. Oleh kerana baginda hanya menonjolkan yang terbaik, termasuk tidak pernah meninggikan suara dan berhemah tinggi menyebabkan ramai yang menyukai dan gemar berurusan dengannya.

Maisarah juga bercerita mengenai pengalaman mereka ketika berhenti rehat di Busra. 
Ia adalah kisah yang mempunyai persamaan seperti yang berlaku ketika baginda mengikuti rombongan dagangan bapa saudaranya, Abu Talib dahulu.Tetapi diceritakan kali ini, di Busra iaitu ketika al Amin (gelaran kepada Nabi) duduk berehat di bawah sepohon pokok dan tanpa disedari perlakuan baginda diperhatikan oleh seorang pendita atau rahib Nasrani yang keluar dari biaranya. Rahib itu kemudiannya bertanyakan kepada Maisarah sendiri mengenai Nabi Muhammad yang sedang berehat itu.


Lalu Rahib itu berkata: "Pemuda yang sedang duduk di bawah naungan pohon itu adalah Nabi, yang mengenainya telah saya banyak baca khabar gembira di dalam kitab Talmud (Taurat) dan Injil".



Segala kisah yang diceritakan oleh Maisarah ini benar-benar menjadikan Khadijah seperti dikuasai oleh kuasa magis atau terpukau. Khadijah benar-benar amat tertarik kepada Nabi Muhammad. Sehinggakan Khadijah meminta supaya Maisarah berhenti dari menceritakan mengenai Muhammad. 



"Maisarah, Maisarah cukuplah, cukuplah!



"Engkau telah melipatgandakan perhatian saya terhadap Muhammad.



"Sekarang saya bebaskan engkau dan isterimu dari menjadi hamba saya lagi. Untuk itu juga saya hadiahkan sebanyak 200 dirham, dua ekor kuda dan sepasang baju yang mahal," kata Khadijah.

http://www.mesra.net/forum/index.php?s=&showtopic=64274&view=findpost&p=4966407
Petikan diatas saya ambil dari link ini.

Lalu Siti Khadijah menghangtar wakil untuk melamar Rasulullah. Rasulullah menerima dengan hati yang terbuka lalu mengahwini Siti Khadijah.

·         Kebahagiaan

Siti Khadijah menjadi satu-satunya isteri baginda yang tidak dimadukan. Kecintaan Rasulullah terhadap Khadijah sangat mendalam sehingga baginda begitu sedih apabila kehilangan isteri tercinta. Perkhawinan ini sangat bahagia kerana Rasulullah mengamalkan komunikasi dua hala, diamana baginda tidak pernah berselindung sebarang perasaan malah berkongsi suka dan duka pada isteri baginda. Apabila Baginda sedang mengalami ketakutan menerima kunjungan Jibril A.S, Khadijah tidak pernah sesekali meninggalkan sisi baginda, malah menyelimut tubuh baginda dan memeluk baginda dengan penuh kasih sayang. Pada golongan isteri semua, saat suami anda menghadapi masalah serta saat yang sukar, pernahkah anda tidak menjauhkan diri sebaliknya mendekati serta mendamaikan suami anda dengan pelukan kasih sayang?Jika tidak pernah, maka turutilah langkah Saidatina Khadijah dalam menyintai suaminya. Khadijah menumpukan sepenuhnya perhatian dalam memenuhi leperluan suami serta rumah tangganya.Beliau memastikan makan minum baginda terjaga, keperluan emosi dipenuhi, meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada Baginda Rasulullah serta menyampaikan sepenuhnya kasih sayang pada Nabi dan anak-anak mereka. Bersama Khadijah, baginda dikurnikan 6 anak dimana 2 darinya adalah lelaki.

Romantisnya Rasulullah 

Benar, baginda sememangnya seorang lelaki yang sangat romantis. Melalui perkhawinan baginda melalui Siti Aishah, sifat romantis ini terserlah. Rasulullah sendiri meluangkan masa mandi bersama Aishah dan menyirap air pada Aishah. Bukankah sungguh romantis perbuatan baginda ini? Bukan sahaja baginda meluangkan masa bersama isteri, malah memanjai isteri dengan baik. Berapa ramaikah di antara kita bersikap begini terhadap isteri kita?Rasulullah juga pandai mengambil hati dan menghiburkan isteri baginda. Baginda pernah membawa Aishah melihat keramaian bagi menghiburkan Aishah. Lihat bagaimana sekali lagi Baginda mempamerkan kasih sayang baginda pada isteri. Berapa ramai diantara kita sanggup membawa isteri ke majlis keramaian untuk hiburkan hati mereka?Percaya atau tidak, ramai apabila sudah berumah tangga, jarang mambawa isteri keluar bersama seperti menonton wayang, bersiar-siar, bercuti dan sebagainya. Menyenangkan hati seorang suami adalah tanggungjawab suami tetapi suami yang menghiburkan hati isteri mereka adalah individu yang sangat bersyukur pada pemberian Allah.

Ayahanda Penyayang

Hubungan baginda dengan anakanda yang tercinta, iaitu Fatimah sangat istimewa. Malah, Fatimah sendiri dikatakan sangat menyerupai Rasulullah. Baginda begitu memanjakan Fatimah serta melayan Fatimah dengan sangat baik. Malah, baginda memangil Fatimah dengan panggilan yang sangat indah, seperti 'wahai anakku bidadari penyejuk mata ayahanda, marilah kamu di sisi ayahanda'. Indah bukan?Adakah kita juga memmangil anak-anak kita nama panggilan yang sangat baik? Rasulullah begitu menyayangi Fatimah sehingga setiap kali baginda ternampak Fatimah, maka baginda akan mencium pipi, dahi, leher  Fatimah bagi menyatakan kasih sayang baginda. Baginda berkata, Fatimah adalah darah dagingku, tidak seharusnya aku berasa malu. Umum mengetahui baginda Rasulullah seorang yang sangat pemalu, tetapi lihatlah, baginda tidaka pernah malu untuk menunjukkan kasih sayang baginda pada anak. Wahai kaum bapa sekalian, kita seharusnya berhenti menggunakan alasan kita 'lelaki', maka kita tidak tahu untuk menunjukkan kasih sayang pada anak-anak. Baginda Muhammad sendiri tidak malu dan kekok mencium pipi anak baginda, maka kita seharusnya teladani tingkah laku baginda dengan tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang pada anak-anak. Anak-anak muda pada zaman ini begitu ramai terlibat dengan masalah sosial kerana mereka tidak merasai kasih sayang ibu bapa. Maka, kita, sebagai ibu bapa harus mengubah mentaliti dan meletakkan sifat malu pada tempat yang betul.

Sifat penyayang baginda pada Fatimah telah mengubah budaya Arab Jahiliyah untuk selamanya. Masyarakat Jahiliyah begitu untuk mempunyai anak perempuan, dan jika mereka punya anak perempuan, maka anak itu akan mereka bunuh atau dilayan edngan sangat buruk.Hadirnya Rasulullah, anak-anak perempuan mula mendapat hak mereka untuk disayangi dan dihormati oleh keluarga dan masyarakat Arab.Masyarakat Arab mula sedar anak perempuan juga adalah setaraf anak lelaki dan mereka berhak untuk disayangi dan dilindungi bapa mereka.Baginda juga tidak kekok untuk menunjukkan kasih sayang pada anak lelaki baginda, 

 Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR. Bukhari)
Lihat, pada anak lelaki baginda pun baginda tidak sesekali kekok untuk menunjukkan kasih sayang. Janganlah kita menggunakan alasan kita sebagai ketua keluarga harus tegas sebagai halangan anak merasai permata indah kasih sayang seorang bapa. 

Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu menuturkan: “Rasulullah sering bercanda dengan Zainab, putri Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anhu, beliau memanggilnya dengan: “Ya Zuwainab, Ya Zuwainab, berulang kali.” (Zuwainab artinya:  Zainab kecil)

Begitu perhatian dan sayangnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada anak-anak. Bahkan beliau rela menggendong putrinya sambil sholat. Beliau solat sambil menggendong Umamah putri Zaenab binti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari suaminya yang bernama Abul ‘Ash bin Ar-Rabi’. Pada saat berdiri, beliau menggendongnya dan ketika sujud, beliau meletakkannya. (Muttafaq ‘alaih)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam senantiasa mengajarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Abdullah bin Abbas menuturkan: “Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Wahai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat: “Jagalah (perintah) Allah, pasti Allah akan menjagamu. Jagalah (perintah) Allah, pasti kamu selalu mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kepada Allah, jika kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” (HR. Tirmidzi)

Jangan takut untuk menitiskan airmata untuk anak-anak. Ia tidak akan menjadikan kita lemah dimata mereka, tetapi akan menjadikan mereka lebih menghormati kita sebagai ibu bapa. Dari sebuah Hadis,

Ketika air mata Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam menitis disebabkan kematian putra beliau bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada beliau: “Apakah Anda juga menangis wahai Rasulullah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan titisan air mata. Sesungguhnya air mata ini menitis, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR. Bukhari)

Baginda juga bergurau senda dengan anak-anak baginda.

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjulurkan lidahnya bercanda dengan Al-Hasan bin Ali Radhiyallahu ‘anhu. Iapun melihat merah lidah beliau, lalu ia segera menghambur menuju beliau dengan riang gembira.
Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu menuturkan: “Rasulullah sering bercanda dengan Zainab, putri Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anhu, beliau memanggilnya dengan: “Ya Zuwainab, Ya Zuwainab, berulang kali.” (Zuwainab artinya:  Zainab kecil)

Pemimpin yang berkaliber

Pada saat baginda gering, tidak ada perkara lain yang baginda fikirkan selain dari memikirkan tentang umat baginda. Kesakitan yang baginda rasa sewaktu roh hendak ditarik keluar, menyebabkan baginda memohon doa agar umat baginda tidak merasa sakit saat roh hendak berpisah dari jasad, Alangkah mulianya peribadi Nabi Muhammad S.A.W .Saat menghadapi kemaatian, baginda masih berfikir tentang kesakitan yang bakal di lalui oleh umat Islam sekalian.Tidakkah kita bangga mempunyai pemimpin yang sangat penyayang seperti baginda? Namun mengapa kita mahu berpecah-belah kerana pemikiran sempit yang didalangi perbezaan politik, budaya, bangsa, negara dan sebagainya?

Andai anda adalah seorang ibu bapa, suami isteri, sahabat, umat Islam sekalian, teladani lah Rasulullah. Saat baginda dilahirkan, bukan sahaja membawa cahaya kebenaran, tetapi juga memupuk nilai kasih sayang yang sebenar yang telah lama hilang dari dunia pada ketika itu. Contohilah baginda dalam menyampaikan kasih sayang pada sahabat, keluarga, pengikut dan dunia.
Pergilah pada isteri/suami anda sekarang, katakanlah anda menyayanginya sedalam kasih sayang Rasul terhadap isteri baginda, layanilah dan lindungi lah mereka. Dapatkan anak-anak anda, ciumlah mereka, peluklah mereka dan panggilkan mereka edngan panggilan-panggilan yang begitu indah. Ketemu sahabat karib anda, dan jadilah insan sahabat sejati, setia susah dan senang, dan sentiasa menjadi diri sendiri.

Rasulullah, walau daku tidak sehebat kamu dalam menyampaikan dakwah, atas rasa cintaku pada mu, maka ku ceritakan kebaikan diri kamu wahai Rasul yang kucintai agar umatmu sentiasa menjadi umat yang pengasih serta penyayang.

'Akashah
12 Rabiul Awal 1432 Hijrah





  




2 comments:

  1. sdeyh bile bace tang sahabat tu .. emm .. how i wish bnde tu still wjud dlm zman skrg ni *sighs*

    ReplyDelete
  2. I believe zaman skrg masih wujud..
    Sy rasa, ada sesetengah invidu dari kita dapat menpengaruhi orang2 di sekeliling kita tanpa perlu menggunakan kata.Sifat baik dlm diri kita sendiri akn jadi ilham tuk org berubah..dan sampai skrg sy masih percaya walaupun mnanusia semakin ramai yg pandai bermuka-muka

    ReplyDelete