Friday, January 7, 2011

Tabah, Redha, Sabar-Optimistik

Optimis..
Secara lahiriahnya, sikap merupakan satu cara hati kita berkomunikasi dengan orang lain. Apabila kita optimis serta berjaya mengharungi satu cabaran degnag jayanya, kita menghantar satu jisim tenaga iaitu sikap positif dan selalunya, orang lain akan memberikan respon yang baik. Namun, apabila kita bersikap pesimis dan menjangkakan sesuatu yang buruk berlaku, kita akn mula mempamerkan sikap negatif secara terbuka dan orang lain akan mula menjauhkan diri dari kita. Hemm, pasti sesiapa saja pernah melalui pengalaman yang saya nyatakan tadi. Apabila orang lain mula menolak kita, kita mula rasa bersendiri, tidak dihargai, rendah diri, dan pasti kemurungan akan berlaku. Apa yang tersembunyi di dalam fikiran kita adalah bagaimana semua perkara negatif ini bermula? Sikap adalah satu pola fikiran, atau mind setIa adalah cara bagaimana anda melihat sesuatu perkara. *Ia perlu dilihat dengan pemikiran, bukan dengan emosi..*


Senyum..click..!!



Cuba anda bayangkan sikap adalah umpama satu fokus minda pada dunia luar. Ia sama dengan konsep kamera. Seperti kamera, anda boleh fokus atau tentukan apa yang mahu ditangkap, berapa peratusan cahaya, ketajaman gambar, dan sebagainya. Begitulah minda kita semua. Kita boleh tentukan corak fikiran kita sendiri. Hari hujan, boleh di istilahkan sebagai hari yang menarik atau hari yang membosankan. Persepsi, hanyalah satu proses melihat dan mentafsir persekitaran anda. Ia adalah satu proses normal yang melibatkan fikiran kita. Dalam diri kita semua, tersimpul satu kekuatan. Kita boleh pilih untuk memberi fokus kepada sebahagian perkara dalam kehidupan dan tidak mempeduli sebahagian isu yang lain. Mudah bukan? Beerti anda boleh mangambil apa sahaja gambar kehidupan yang anda mahukan. * Kalau guna kamera, saya pasti hanya mampu menangkap gambar yang blur je..Geram..haha, tetapi kalu dpt tangkap gambar wanita, auwwwww....hahaha*


Yakin boleh!!
Sikap, tidak pernah statik atau pejal. Ia kan sentiasa berubah dari semasa ke semasa, bergantung kepada peristiwa serta situasi yang kita harungi pada satu ketika. Ia adalah satu proses yang dinamik,sensitif serta membentuk satu persepsi. Sikap optimis boleh berubah jika faktor-faktor yang negatif berjaya menyelusup kedalam perspektif kita*Cara kita melihat*. Jika faktor-faktor negatif ini berkeliaran lama dalam diri kita, maka tentu saja ia akan mempengaruhi sifat diri kita sendiri. 


Pada kameraku, ini comey,,wee=)
Sudah pasti, tiada orang yang boleh menjadi positif setiap masa*saya pun kadang-kadang melihat perkara dengan sangat negatif*. Optimistik yang berlebihan bukanlah satu perkara yang realistik. Sikap positif bukanlah satu tindakan, tetapi ia harus 'original'. Kadang kala, apabila sesuatu perkara menjadi semakin sukar,  bersikap positif adalah mustahil dan tidak rasional untuk diamalkan. Perspektif kita akan selalu berjaya atasi masalah ini adalah satu jalinan persepsi yang datangnya dari kemarahan kita kerana bersikap positif* Kerana kita cuba memujuk dengan sesuatu yang tidak munasabah*.


Apabila semua perkara berjalan lancar, sikap positif menjadi semakin kuat dan senang utk dipertahankan. Tetapi ingat, kita semua adalah hamba Allah S.W.T, maka setiap dari kita apsti didatangi dengan ujian yang pelbagai. Ia adalah untuk menguji tingkat positif mind set kita. 


Aku redha dan memahami..
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”


Apa yang dapat saya fahami dari ayat di atas adalah, Allah menguji kerana mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran kita. Tahap kesabaran itulah yang saya katakan sebagai sikap positif,bagaimana kita begitu optimis walaupun di uji dengan dugaan yang berat. Apabila kita bersikap positif, secara tidak langsung kita akan mula menghampiriNYA dan melakukan amal-amal baik, atau kegiatan yang baik yang membawa kepada pertambahan kekuatan bersikap positif.


Pemenang adalah mereka yang berjaya mendapatkan semula sikap positif dengan cepat. Individu yang tidak mampu untuk bangkit semula, dan banyak berbicara mengenai kegagalan di atas nasib yang menimpanya, sebenarnya sudah terlepas banyak perkara berharga dalam kehidupannya.Dapatkan anda fikir apakah perkara individu telah hilang??


Pernah jadi idamanku dulu..hehe
1-Masa
2-Ketenangan akal
3-Ketenteraman jiwa
4-Kasih sayang
5-Rezeki
6-Nikmat kehidupan






Apa itu sikap positif???


Walaupun awak dh kawin, sy optimis
pasti pengantin wanita sy lebih cantik
dari awak...hehe..

♥♥♥

Sikap positif adalah manifestasi lahiriah dari pemikiran yang berfikir pada hal-hal positif. Ia adalah satu bentuk fikiran yang membawa kepada penyokongan aktiviti yang yang kreatif dari sesuatu yang bosan, seperti kegembiraan dari kesedihan, jua harapan dari kepalsuan. Sikap positif adalah bentuk minda yang hanya dapat dikawal dan dijaga melalui usaha kita untuk sentiasa sedar dengan apa yang berlaku. Apabila sesuatu berlaku dan menganggu arah kous minda anda, mereka yang begitu optimistik tahu bahawa untuk bangkit semula, sesuatu perubahan perlu dilakukan.

1.Sikap anda adalah satu bentuk sikap yang berhubung kait pada individu lain. Ia juga adalah refleksi kepada bagaimana anda melihat sesuatu perkara dari dalam.

2. Jika anda lebih fokus kepada faktor-faktor positif pada persekitaran anda, maka sikap positif adalah mudah untuk ditetap serta dikekalkan

3.Setiap manusia melalui peristiwa yang boleh mengegarkan sikap positif kepada fokus yang lebih negaitf. Apabila perkara ini berlaku, apa yang anda harus lakukan  adalah dengan segera melihat perkara baik dalam peristiwa buruk itu. Jangan dibiar hanyut dengan perasaan negatif. Insya Allah, anda mampu untuk bangkit semula dgn lebih bersemangat dan optimis.


Kamera berada di tangan anda. Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu lihat...



'Akashah 
2 Safar 1432 Hijrah


9 comments:

  1. eheeemm! yg menarik perhatian saye disini adalah gadis berbaju oren tuhh. comel. hee

    ReplyDelete
  2. heee..awak..2 gadis yg pernah minat dulu2 time SPM..hehe..dia pelakon dh..haha..nak cari wife macam dia..so sweett..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Wardatul:Terima kasih..ada lagi post2 yg menarik sebelum ini..Awak boleh lihat..=)

    ReplyDelete
  4. A very inspired blog to everybody who fail when try something. Just like Cheryl Cole said 'Fight for this love'.

    ReplyDelete
  5. Shahrul;Hahaha..yeahh..Thanks bro..

    ReplyDelete
  6. agak-agak boleh tak aku siapkan projek akhir tahun aku? =.=

    ReplyDelete
  7. Naadiah;It's all in ur hands..the power of humans will..;)

    ReplyDelete