Thursday, January 27, 2011

27 Januari

Selamat hari lahir ke-19

Daku menghantar khabar,
Tidak hanya untuk menyapa,
Kerana hari ini adalah hari ulang tahun kamu,
27 Januari saat teristimewa kamu

Harapanku kau kan merasa istimewa,
Kerna hari ini kamu perlu begitu,
Jika aku bisa bersama kamu 'tika ini,
Kau tahu aku akan merasai begitu

Hasratku dikau mencapai segala impian,
kerna kamu pantas mendapatkan yang terbaik,
Hadirmu pernah dalam hidupku,
membawa rinduan yang menyamankan

Harmoniku diiring sejahtera ,
Melodi rinduku nyanyian sebuah doa,
Tidak kira siapa insan yang kau cinta,
Berbahagialah dengan kurnia dariNYA



Semoga 2011 tahun yang baik untukmu..
Sebuah puisi pendek hanya untuk menyatakan apa yang ku rasa...Selamat hari lahir ke-19 gadis 27 Januari..Semoga terus dilindungi, dirahmati dan disayangi Illahi..

'Akashah 
22 Safar 1432 Hijrah

2 comments: