![]() |
Amarah, kebencian, adalah penjara kepada permulaan |
Sya, sebenarnya perasaan yang saya rasa adalah amarah. Selama seminggu saya mencari jawapan kepada perasaan saya. Perasaan amarah yang timbul bukan kepada awak, tetapi kepada diri saya sendiri. Saya menyalahkan segalanya pada diri saya, saya bebankan hidup saya dengan rasa bersalah terhadap awak. Awak sedar, betapa saya menyesal perlakukan awak demikian kerna tidak dapat menanggung keperihan awak meninggalkan sisi saya?? Saya tidak menulis ini utk memburukkan awak, tetapi saya gunakan pengalaman kita berdua untuk pembaca-pembaca blog ini belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..
Pengakhiran baik, pembuka permulaan yang baik
![]() |
Permulaan baru |
Secara amnya, lelaki rasa bersalah dan wanita merasa benci. Ia juga boleh berlaku sebaliknya di anatra dua gender ini. Mereka merasa ditolak dan ditinggalkan akan merasa kebencian yang sangat dalam. Begitu juga sebaliknya. Akhirnya, kita akhiri dengan hati yang tertutup. Awak tahu perkara ini yang berlaku pada saya? Begitu sukar saya harungi pengalaman ini? Akhirnya, saya tidak bencikan awak, tapi saya sangat benci pada dia saya. Adakah awak akan rasa belas kasihan andai awak tahu ini yang berlaku pada saya sekarang??
Kalau awak dapat fikir, kenapa kita berakhir dengan teruk? Ada awak terfikir sebabnya? Malah, saya tidak pernah berpisah degnagn cara yang sangat menyakitkan hati sebelum ini tetapi dengan awak, kita melalui pengalaman yang sangat kejam. Pengakhiran buruk ini berlaku kerana awak gagal mengahiri secara baik lelaki-lelaki yang mendampingi awak. Maka, ia menpengaruhi corak hubungan kita,. Awak, disebakan kesilapan yang tidak awak perbaiki ini, kita telah kehilangan cinta dan kebahagian yang kita berdua kecapi. Nasihat saya pada awak, pada hubungan selepas ini, awak belajar bagaimana mengahirinya dengan baik. Kita berakhir dengan buruk, awak tidak begitu sukar untuk bermula baru dengan si dia, tetapi awak tidak tahu apa yang terjadi pada saya. Saya menjadi sangat takut untuk buka hati saya pada orang lain, dan saya sangat takut gadis itu awak terluka seperti apa yang saya buat pada awak.
P/S: Sya, apa yang saya tulis bukanlah untuk menuding jari, sebaliknya saya nampak kesilapan2 yang berlaku sewaktu kita bersama. Melalui pengamatan saya dari dimensi baru serta buku2 yang telah saya baca, ia antara yang saya dapat rumuskan sebahagian...
Mengulangi corak kesilapan
Apabila kita mengakhiri sebuah hubungan dengan rasa bersalah atau kebencian, kita sebenarnya akan tertarik pada seseorang yang akan membantu kita sembuh dengan perasaan dan isu yang tidak diselesaikan. Maksudnya, kita tertarik pada orang itu kerana insan tersebut akan berjaya bantu kita dengan merawat luka kita tetapi pada masa yang sama perasaan yang dari hubungan terdahulu akan terbawa dalam hubungan yang baru. Pembaca, inilah perkara yang berlaku dalam hubugan saya yang terakhir pada tahun lepas. Si dia tertarik pada saya kerana saya punya keupayaan yang akan menyembuhkan hati dia dimana lelaki lain tidak mampu berikan, Mungkin sebab karakter atapun peribadi saya yang kuat serta optimism yang menjadi falsafah saya* Saya orang yg sentiasa positif denagn apa yang berlaku*.
Setiap orang dari kita akan melalui penagalaman dimana kita melaukan kesilapan atau berbuat sesuatu yang dikesali si dia. Ia adalah normal apabila kita meresa, 'Alangkah bagus jika aku tidak buat macam itu, tidak melakukan perkara itu, tidak berkata dengan kata-kata yang sangat kejam.'..
Ia adalah fitrah manusia apabila kita mahu memutar waktu dan memperbaiki apa yang telah retak, apa yang kita kesalkan. Apabila kita kesal dengan sesuatu hubungan itu, kita akan lebih cenderung untuk tertarik pada seorang yang kita akan menyesal bersama. Awak, awak nampak tak kaitan hubungan silam awak denagn penyebab awak jatuh hati pada saya? Pembaca sekalian, kita akan mengulangi corak kesilapan ini sehinggalah kita bertemu dengan orang yang sesuai dengan kita.
Sebaliknya, jika kita merasa positif terhadap kenangan bersama atau pada hubungan yang telah berakhir, kita secara automatiknya akan memperolehi kemahiran perbaiki diri dan bergerak langkah yang baru. Dari mengulangi kesilapan yang sama, kita sebaliknya akan tertarik pada sesorang yang kita menghampiri apa yang kita perlukan,..
![]() |
Terima kasih atas segalanya.. |
![]() |
♥♥I love you♥♥ |
Cemburu dengan F**** sbb berjaya mendapatkan gadis yang baik dan cantik melalui taktik perang yang saya aturkan..Kenapa kawan2 saya semua saya berjaya tolong bab2 ini??Tidakk...Hahaahha...Selamat malam wahai pembaca semua...(^_^)
'Akashah
16 Saffar 1432 Hijrah
panjang la abg tlis...najwa smpat bce sparuh jew...nnti najwa bce blik lgi erkk..haha...ade keje lain..hahah..
ReplyDeletehaha...
ReplyDeleteAisey..Najwa, memang blog abg tulis panjang2..haha..sbb byk benda nak diulas...It's ok..Thanks taw sbb baca walapun separuh...heeee...
tOl 2,mmg pjg..hehehe=)
ReplyDeleteperasaan ditingglkn dan meninggalkn mmg berbeza..
slalunya sesiape y d tgglkn menggalami kesukaran y lebih utk menerima kasih y baru..jalan y akan kita pilih selepas perpisahan y menentukan sama ade kesakitan 2 dpt d ubati atau sebalik nya..harapnye ko dpt mencari ketenangan dalam perpisahan y terjadi...ak doa kn y terbaek tuk kwn2 sekalian,amin~
Noraini: Insya Allah, aku pun x taw nak cakap apa mengenai hal ini, aku sendiri pun entahlah..Kenapa kadang aku ragu perlu aku tempuhi perkara2 sebegini utk apa yg aku lakukan pada org lain??Itulah, kadang hati berbisik tp terus melawan dari dipengaruhi unsur negatif..
ReplyDeletehmm.... thats right... so... juz slowly forget her la.. i know... ur answer will be.. "abg xkn lupekan dye smpai bile2..." kan3?? hahaha..!!
ReplyDeleteok.... whatever u do after diz... juz remember me,...!!
P/S: ntah apew la yg adk ngarut ni an..?? :)
Ada:Heeeee..sampai hati adik perli abg..nak majuk ar camni..hahhaha...Thanks comey...=D..Insya Allah xkan lupakan adik ok??mungkin dh lupa berat adik berapa...hehehehe
ReplyDelete