Thursday, January 20, 2011

BENCINTA

Sejak seminggu yang lalu, saya merasakan sesuatu yang tidak kena dalam diri. Terasa benar seperti kemarahan, ataupun kesedihan tahap maksima, sehingga mampu menerajang hati saya yang baru. Hati yang lama kuat meronta-ronta keluar dari kotak yang telah saya kuncikan sehingga begitu sengit pabila ia berlawan denagn hati yang baru. Perkara ini berlaku sebaik sahaja saya ternampak sebuah shawl hitam, bercorak polka dot..Seorang gadis yang memakainya, dan hati saya bergetar,'Ehh..Ini seperti *****..' Saya diam dan kaku di situ.Peluh dingin mula keluar membasahi dahi dan adrenalin saya bergrak dengan pantas. Saya merasakan gadis itu adalah awak. Intiusi saya bertindak tepat, benar, itu kamu wahai awak..Pembaca sekalian, gadis itu adalah gadis yg pernah saya cintai satu ketika dulu..
Amarah, kebencian, adalah penjara
kepada permulaan


Sya, sebenarnya perasaan yang saya rasa adalah amarah. Selama seminggu saya mencari jawapan kepada perasaan saya. Perasaan amarah yang timbul bukan kepada awak, tetapi kepada diri saya sendiri. Saya menyalahkan segalanya pada diri saya, saya bebankan hidup saya dengan rasa bersalah terhadap awak. Awak sedar, betapa saya menyesal perlakukan awak demikian kerna tidak dapat menanggung keperihan awak meninggalkan sisi saya?? Saya tidak menulis ini utk memburukkan awak, tetapi saya gunakan pengalaman kita berdua untuk pembaca-pembaca blog ini belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama..


Pengakhiran baik, pembuka permulaan yang baik


Permulaan baru
Bagaimana kita mengakiri hubungan kita akan mempengaruhi hubungan kita yang seterusnya, juga mempengaruhi keupayaan kita dalam mencari 'The Right person'. Apabila kita mengakhiri hubungan kita dengan marah atau perasaan bersalah, ia menjadi sukar untuk kita move on dalam mencari orang yang benar-benar untuk kita. Selalujuga, apabila kita mengakhiri hubungan kita, kita begitu marah pada psangankan kerana menghampakan atau tidak memenuhi harapan ataupun kriteria tertentu. Wanita biasanya merasakan mereka telah meberi terlalu banyak dalam hubungan adn mereka merasakan mereka tidak mendapat apa semula apa yang mereka 'laburkan'. Akhirnya, mereka merasa benci. Pada pihak lelaki pula, mereka rasa sangat bersalah. Mereka merasakan bersalah di atas kegagalan hubungan tersebut dan bersalah terhadap pasangan mereka.


Secara amnya, lelaki rasa bersalah dan wanita merasa benci. Ia juga boleh berlaku sebaliknya di anatra dua gender ini. Mereka merasa ditolak dan ditinggalkan akan merasa kebencian yang sangat dalam. Begitu juga sebaliknya. Akhirnya, kita akhiri dengan hati yang tertutup. Awak tahu perkara ini yang berlaku pada saya? Begitu sukar saya harungi pengalaman ini? Akhirnya, saya tidak bencikan awak, tapi saya sangat benci pada dia saya. Adakah awak akan rasa belas kasihan andai awak tahu ini yang berlaku pada saya sekarang??


Kalau awak dapat fikir, kenapa kita berakhir dengan teruk? Ada awak terfikir sebabnya? Malah, saya tidak pernah berpisah degnagn cara yang sangat menyakitkan hati sebelum ini tetapi dengan awak, kita melalui pengalaman yang sangat kejam. Pengakhiran buruk ini berlaku kerana awak gagal mengahiri secara baik lelaki-lelaki yang mendampingi awak. Maka, ia menpengaruhi corak hubungan kita,. Awak, disebakan kesilapan yang tidak awak perbaiki ini, kita telah kehilangan cinta dan kebahagian yang kita berdua kecapi. Nasihat saya pada awak, pada hubungan selepas ini, awak belajar bagaimana mengahirinya dengan baik. Kita berakhir dengan buruk, awak tidak begitu sukar untuk bermula baru dengan si dia, tetapi awak tidak tahu apa yang terjadi pada saya. Saya menjadi sangat takut untuk buka hati saya pada orang lain, dan saya sangat takut gadis itu awak terluka seperti apa yang saya buat pada awak.


P/S: Sya, apa yang saya tulis bukanlah untuk menuding jari, sebaliknya saya nampak kesilapan2 yang berlaku sewaktu kita bersama. Melalui pengamatan saya dari dimensi baru serta buku2 yang telah saya baca, ia antara yang saya dapat rumuskan sebahagian...


Mengulangi corak kesilapan


Apabila kita mengakhiri sebuah hubungan dengan rasa bersalah atau kebencian, kita sebenarnya akan tertarik pada seseorang yang akan membantu kita sembuh dengan perasaan dan isu yang tidak diselesaikan. Maksudnya, kita tertarik pada orang itu kerana insan tersebut akan berjaya bantu kita dengan merawat luka kita tetapi pada masa yang sama perasaan yang dari hubungan terdahulu akan terbawa dalam hubungan yang baru. Pembaca, inilah perkara yang berlaku dalam hubugan saya yang terakhir pada tahun lepas. Si dia tertarik pada saya kerana saya punya keupayaan yang akan menyembuhkan hati dia dimana lelaki lain tidak mampu berikan, Mungkin sebab karakter atapun peribadi saya yang kuat serta optimism yang menjadi falsafah saya* Saya orang yg sentiasa positif denagn apa yang berlaku*. 


Setiap orang dari kita akan melalui penagalaman dimana kita melaukan kesilapan atau berbuat sesuatu yang dikesali si dia. Ia adalah normal apabila kita meresa, 'Alangkah bagus jika aku tidak buat macam itu, tidak melakukan perkara itu, tidak berkata dengan kata-kata yang sangat kejam.'..


Ia adalah fitrah manusia apabila kita mahu memutar waktu dan memperbaiki apa yang telah retak, apa yang kita kesalkan. Apabila kita kesal dengan sesuatu hubungan itu, kita akan lebih cenderung untuk tertarik pada seorang yang kita akan menyesal bersama. Awak, awak nampak tak kaitan hubungan silam awak denagn penyebab awak jatuh hati pada saya?  Pembaca sekalian, kita akan mengulangi corak kesilapan ini sehinggalah kita bertemu dengan orang yang sesuai dengan kita. 


Sebaliknya, jika kita merasa positif terhadap kenangan bersama atau pada hubungan yang telah berakhir, kita secara automatiknya akan memperolehi kemahiran perbaiki diri dan bergerak langkah yang baru. Dari mengulangi kesilapan yang sama, kita sebaliknya akan tertarik pada sesorang yang kita menghampiri apa yang kita perlukan,..


Terima kasih atas segalanya..
Awak, terima kasih kerna sudi memilih saya menjadi peneman hati awak satu ketika dulu. Sekarang, saya dapat merasakan, awak akan dapat menemui sesorang yang terbaik ukt awak*Mungkin awak sudah menemui insan tersebut* berdasarkan pengalaman awak bersama saya...Saya pinta awak pelajari kesilapan awak, mudah-mudahan awak bahagia...Awak, maafkan segala kesilapan dan kedukaan yang saya hadirkan pada awak,,,






♥♥I love you♥♥
P/S: Penulisan ini bersifat peribadi, tetapi saya kongsikan pada anda kerana saya rasa bertanggungjawab membantu anda menyelami hubungan yang sebenar. Allah, kirimkanlah bidadariMU yang aku ku lindungi serta menyayangi antara kami kasih sayang, kepercayaan, kejujuran, kesetian serta penghormatan ang merangkumi keserasian fizikal, minda hati dan roh...I love you my soul mate...♥♥♥


Cemburu dengan F**** sbb berjaya mendapatkan gadis yang baik dan cantik melalui taktik perang yang saya aturkan..Kenapa kawan2 saya semua saya berjaya tolong bab2 ini??Tidakk...Hahaahha...Selamat malam wahai pembaca semua...(^_^)


'Akashah


16 Saffar 1432 Hijrah

6 comments:

  1. panjang la abg tlis...najwa smpat bce sparuh jew...nnti najwa bce blik lgi erkk..haha...ade keje lain..hahah..

    ReplyDelete
  2. haha...
    Aisey..Najwa, memang blog abg tulis panjang2..haha..sbb byk benda nak diulas...It's ok..Thanks taw sbb baca walapun separuh...heeee...

    ReplyDelete
  3. tOl 2,mmg pjg..hehehe=)
    perasaan ditingglkn dan meninggalkn mmg berbeza..
    slalunya sesiape y d tgglkn menggalami kesukaran y lebih utk menerima kasih y baru..jalan y akan kita pilih selepas perpisahan y menentukan sama ade kesakitan 2 dpt d ubati atau sebalik nya..harapnye ko dpt mencari ketenangan dalam perpisahan y terjadi...ak doa kn y terbaek tuk kwn2 sekalian,amin~

    ReplyDelete
  4. Noraini: Insya Allah, aku pun x taw nak cakap apa mengenai hal ini, aku sendiri pun entahlah..Kenapa kadang aku ragu perlu aku tempuhi perkara2 sebegini utk apa yg aku lakukan pada org lain??Itulah, kadang hati berbisik tp terus melawan dari dipengaruhi unsur negatif..

    ReplyDelete
  5. hmm.... thats right... so... juz slowly forget her la.. i know... ur answer will be.. "abg xkn lupekan dye smpai bile2..." kan3?? hahaha..!!
    ok.... whatever u do after diz... juz remember me,...!!
    P/S: ntah apew la yg adk ngarut ni an..?? :)

    ReplyDelete
  6. Ada:Heeeee..sampai hati adik perli abg..nak majuk ar camni..hahhaha...Thanks comey...=D..Insya Allah xkan lupakan adik ok??mungkin dh lupa berat adik berapa...hehehehe

    ReplyDelete