![]() |
'Tolong ingatkan aku..' |
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
![]() |
Nota jiwaku berlagu.. |
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Kisah kita
Penulis lagu dan lirik:Ana Raffali
![]() |
Manis..♥♥ |
Lelaki secara umumnya, adalah makhluk yang mementingkan diri. Mereka hanya berfikir untuk diri sendiri dan tidak untuk orang lain. Apabila lelaki jatuh cinta, perkara pertama akan berubah adalah 'attitude' ataupun sikap mereka. Anda akan dapati mereka mula melakukan perkara-perkara yang mereka tidak gemari seperti membasuh, mengemas dan sebagainya. Itulah elemen kejutan pabila lelaki mula jatuh cinta. Mereka akan mula mengambil berat tentang diri anda, selalu bertanya khabar dan cuba menghiburkan hati anda sebaik mungkin. Saat ini, saya pasti, jika saya seorang wanita, pasti hati saya akan tersentuh dan merasa saat bahagia ini sangat indah dan gembira.
Cermin Diri
Setelah sang arjuna berjaya mengambil hati anda dan anda memberikan hati anda dengan ikhlas, maka ujian dan dugaan sebenar dalam cinta akan mula menjelma. Persoalan yang ingin saya ajukan adalah;
1-Adakah teman lelaki anda menjadi 'alas bantal' kemarahan anda terhadap sebarang perkara?
![]() |
Jeling menjeling..cewah..hee |
3-Dia sangat setia sehingga anda secara tidak sengaja tidak setia setinggi kesetiaannya?
4-Dia membutakan matanya membiarkan anda melukakan hatinya?
5-Dia sentiasa menceriakan anda, di sisi saat anda jatuh. Dia mengubah diri anda tetapi anda kongsikan kejayaan dan kegembiraan pada orang lain. Dia hanya menerima situasi ini dengan redha, dan fahami peranan dia sebagai daya tolakan bila anda negatif.
Jika anda mengamalkan atau mengalami salah satu situasi ini dalam hubungan anda, waspada. Ini adalah antara faktor- faktor utama yang akan mendorong lelaki untuk berubah, secara perlahan-lahan. Ingin saya ceritakan, lelaki apabila cuba membantu dan menyelami hati wanita yang dia cintai, secara tidak langsung, sifat-sifat atau karakter anda akan melekat pada lelaki. Dia secara tiba-tiba akan menjadi lebih sensitif, jua mungkin jadi baran secara tiba-tiba. Anda menjadi bingung, sedangkan dia adalah lelaki paling penyabar pernah bersama anda, bukan seorang pemarah, namun mengapa secara tiba-tiba dia menjadi begitu?
Jawapannya dia telah menjadi diri anda. Anda benci dia, dengan sikap buruk dan negatif yang datang secara tiba-tiba. Anda membuat persepsi sendiri, dan menghukumi dia tanpa belas kasihan. Sedarkah, dia secara tidak sengaja berubah menjadi diri anda sedangkan niat dia mahu membantu anda berubah? Anda mungkin sudah berubah menjadi insan lebih baik, tetapi dia menjadi individu yang anda benci. Dia telah kehilangan jati diri. Andai anda benar-benar mengambil cermin, pasti anda perasaan perubahan dia adalah sifat-sifat buruk anda sendiri. Wajarkah waktu ini anda hukum dia dengan menjatuhan hukuman dan pergi begitu sahaja? Adakah itu anda panggil sayang, cinta, kasih?
Cinta itu kepercayaan
Apabila lelaki mula berubah, mereka telah terputus dari realiti kehidupan. Lebih memeritkan, saat ini mereka telah hilang pedoman dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka sebenarnya perlukan masa bersendirian, tetapi takut untuk 'menghilangkan' diri sebentar kerna anda. Mereka takut mereka kehilangan anda saat mereka 'bertapa'. Mereka perlu 'hibernasi' iaitu pulang ke satu tempat yang di panggil 'gua'. Gua tersebut menyimpan kenangan yang akan mengingatkan diri mereka siapa, dan bagaimana mereka perlu dapatkan semula apa yang telang hilang.
![]() |
Saling percaya.. |
Cinta itu punya kepercayaan. Jika anda benar-benar menyanyangi dia, fahamilah dia dalam keadaan begini. Jangan menghukum sebagaimana dia tidak menghukum anda. Berilah dia masa untuk bersendirian, dan ingatkan dia siapakah diri dia yang menyintai kamu dahulu. Percaya pada dia bahawa dia tidak berubah walaupun perubahan dia sangat ketara. Lelaki sangat memerlukan kepercayaan dari wanita yang mereka dampingi, ia umpama satu manifestasi kekuatan luar biasa mereka. Dampingi dengan lembut, sabar, ikhlas serta percaya mereka sepenuh jiwa. Kepercayaan dari anda adalah harapan yang mereka sangat harapkan. Jangan gunakan situasi ini sebagai jalan PERPISAHAN, ia bakal mengundang bala yang sangat dahsyat dan tragis.
![]() |
Terima kasih Ana...=) |
Penulisan ini terhasil dari pengalamanku jua memahami apa yang Ana Raffali sampaikan melalui lagu beliau, Tolong ingatkan aku..Terima kasih Ana Raffali..
'Akashah
17 Saffar 1432 Hijrah
nice entri beb !!
ReplyDeleteThanks Fatin...=D
ReplyDeleteyes ..
ReplyDeletei nid to understand his needs as well :)
tenks enche kashah!!! :)
Hehehhehe...ur welcome Cik Mira..=)
ReplyDelete