![]() |
Optimis.. |
![]() |
Senyum..click..!! |
Cuba anda bayangkan sikap adalah umpama satu fokus minda pada dunia luar. Ia sama dengan konsep kamera. Seperti kamera, anda boleh fokus atau tentukan apa yang mahu ditangkap, berapa peratusan cahaya, ketajaman gambar, dan sebagainya. Begitulah minda kita semua. Kita boleh tentukan corak fikiran kita sendiri. Hari hujan, boleh di istilahkan sebagai hari yang menarik atau hari yang membosankan. Persepsi, hanyalah satu proses melihat dan mentafsir persekitaran anda. Ia adalah satu proses normal yang melibatkan fikiran kita. Dalam diri kita semua, tersimpul satu kekuatan. Kita boleh pilih untuk memberi fokus kepada sebahagian perkara dalam kehidupan dan tidak mempeduli sebahagian isu yang lain. Mudah bukan? Beerti anda boleh mangambil apa sahaja gambar kehidupan yang anda mahukan. * Kalau guna kamera, saya pasti hanya mampu menangkap gambar yang blur je..Geram..haha, tetapi kalu dpt tangkap gambar wanita, auwwwww....hahaha*
![]() |
Yakin boleh!! |
![]() |
Pada kameraku, ini comey,,wee=) |
Apabila semua perkara berjalan lancar, sikap positif menjadi semakin kuat dan senang utk dipertahankan. Tetapi ingat, kita semua adalah hamba Allah S.W.T, maka setiap dari kita apsti didatangi dengan ujian yang pelbagai. Ia adalah untuk menguji tingkat positif mind set kita.
![]() |
Aku redha dan memahami.. |
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Apa yang dapat saya fahami dari ayat di atas adalah, Allah menguji kerana mahu melihat sejauh mana tahap kesabaran kita. Tahap kesabaran itulah yang saya katakan sebagai sikap positif,bagaimana kita begitu optimis walaupun di uji dengan dugaan yang berat. Apabila kita bersikap positif, secara tidak langsung kita akan mula menghampiriNYA dan melakukan amal-amal baik, atau kegiatan yang baik yang membawa kepada pertambahan kekuatan bersikap positif.
Pemenang adalah mereka yang berjaya mendapatkan semula sikap positif dengan cepat. Individu yang tidak mampu untuk bangkit semula, dan banyak berbicara mengenai kegagalan di atas nasib yang menimpanya, sebenarnya sudah terlepas banyak perkara berharga dalam kehidupannya.Dapatkan anda fikir apakah perkara individu telah hilang??
![]() |
Pernah jadi idamanku dulu..hehe |
2-Ketenangan akal
3-Ketenteraman jiwa
4-Kasih sayang
5-Rezeki
6-Nikmat kehidupan
Apa itu sikap positif???
![]() |
Walaupun awak dh kawin, sy optimis pasti pengantin wanita sy lebih cantik dari awak...hehe.. ♥♥♥♥ |
1.Sikap anda adalah satu bentuk sikap yang berhubung kait pada individu lain. Ia juga adalah refleksi kepada bagaimana anda melihat sesuatu perkara dari dalam.
2. Jika anda lebih fokus kepada faktor-faktor positif pada persekitaran anda, maka sikap positif adalah mudah untuk ditetap serta dikekalkan
3.Setiap manusia melalui peristiwa yang boleh mengegarkan sikap positif kepada fokus yang lebih negaitf. Apabila perkara ini berlaku, apa yang anda harus lakukan adalah dengan segera melihat perkara baik dalam peristiwa buruk itu. Jangan dibiar hanyut dengan perasaan negatif. Insya Allah, anda mampu untuk bangkit semula dgn lebih bersemangat dan optimis.
Kamera berada di tangan anda. Anda tentukan sendiri apa yang anda mahu lihat...
'Akashah
2 Safar 1432 Hijrah
eheeemm! yg menarik perhatian saye disini adalah gadis berbaju oren tuhh. comel. hee
ReplyDeleteheee..awak..2 gadis yg pernah minat dulu2 time SPM..hehe..dia pelakon dh..haha..nak cari wife macam dia..so sweett..hehehehe
ReplyDeletebest2....
ReplyDeleteWardatul:Terima kasih..ada lagi post2 yg menarik sebelum ini..Awak boleh lihat..=)
ReplyDeleteA very inspired blog to everybody who fail when try something. Just like Cheryl Cole said 'Fight for this love'.
ReplyDeleteShahrul;Hahaha..yeahh..Thanks bro..
ReplyDeletewelcome =)
ReplyDeleteagak-agak boleh tak aku siapkan projek akhir tahun aku? =.=
ReplyDeleteNaadiah;It's all in ur hands..the power of humans will..;)
ReplyDelete