Tuesday, February 1, 2011

Perkongsian adalah sebuah cinta...

Kadang kala kita menghadapi hari yang sukar. Masalah kerjaya, bos yang banyak sangat ragam, anak-anak yang melawan dan nakal, isteri yang membebel tentang sayur tak beli lagi, mahupun kereta kesayangan anda 'sakit perut'. Ohh!!Stressnya..Saya rasa ramai diantara kita hampir saja mengalami situasi ini setiap hari. Apabila kita cuba luahkan, secara kita tak sedar, kita melepaskan kemarahan pada mereka yang tidak wajar menjadi 'alas bantal' api kemarahan kita. Tidak, kenapa aku jadi macam ini?? Nukilan hati kecil kita. Lalu masalah pun bertambah rumit;


1-Girlfren/boyfren merajuk
2-Boss bergaduh dengan kita di pejabat
3-Sepak kereta, langsung kaki kita lebam..Hahaha
4-Pukul anak
5-Isteri/suami tidak bertegur sapa
6-Kawan-kawan takut untuk bergaul


Teruknya hidup ini, rasa berkeseorangan?? Tidak, sebenarnya tiada manusia yang dapat terlepas dari mengawal kemarahan. Apabila kita pendam, ia umpama menyimpan terlalu banyak kertas dalam sebuah file. Akhirnya, apabila kita cuba mencari maklumat penting, kita tidak dapat mencarinya. Begitulah dengan memendam perasaan. Kita memendam terlalu lama akhirnya kita tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan emosi yang betul pada individu serta masa yang sesuai. Ada diantara kita menyembunyikan perasaan disebalik topeng ketenangan, kedinginan atau ketidak acuhan. Dalam dunia yang serba moden ini, kita menerima banyak tekanan dalam menjaga perasaan kita sendiri. Tanpa sedar, apabila kita cuba menyimpan perasaan kepada diri sendiri, kita sebenarnya telah mencipta tembok pemisah yang menjauhkan kita dari kawan-kawan serta orang yang kita sayang dan juga orang yang mengambil berat tentang kita. Ia sangat tidak bagus untuk kesihatan kita dan jua pada insan terdekat kita, terutama keluarga.


Fokus pada perasaan


Untuk berkongsi perasaan pada kawan-kawan mahupun insan tersayang, kita seharusnya mengenali dan mengenal pasti penyetus kepada perasaan negatif dalam diri kita. Bagaimana mahu berkongsi andai kita tidak tahu apa yang menganggu fokus kita? Kita boleh menulis perasaan yang sedang kita alami. Kita juga boleh melukis tentang perasaan kita. Adakah kita merasa marah atau geram? Adakah perasaan ini datang sekali sekala atau kerap sejak kebelakangan ini? Apabila kita cuba mencari jawapan, cuba ingat apa yang telah berlaku dan bagaimana ia membuat kita rasa. Ini dapat membantu kita lebih mengetahui tentang perasaan sendiri. Ia juga secara tak langsung memberikan pengetahuan kepada mereka yang mengambil berat pada kita tentang isu yang menggangu kehidupan kita. 


Tujuan berkongsi


Bagaimana seseorang individu itu merasai perasaannya adalah sangat penting. Ia menjadi sukar jika kita tidak memberitahu sesiapa bahawa kita merasa sedih, bimbang, ketakutan, ataupun menyesal. Ia hanya membuatkan kita terkongkong dengan perasaan yang buruk. Jika perasaan ini terus terkunci ketat dalam diri, ia hanya akan mengundang kesakitan dan kepedihan kepada diri kita senidiri. Tetapi jika kita bercakap perkara ini dengan mereka yang ambil berat tentang diri kita, seperti ibu atau ayah, suami atau isteri, abang atau kakak, kita akan dapat merasai kelegaan dan ketenangan hati. Sekurang-kurangnya kita tidak bersendirian dengan masalah-masalah kita. Namun, jangan difikir bahawa masalah dan kebimbangan kita hilang begitu sahaja, sekurang-kurangnya ada individu lain yang tahu mengenai masalah kita dan mungkin dapat membantu kita mencari jalan penyelesaian. 


Ketahuilah, ibu ayah, suami isteri, abang kakak, rakan karib, anak lelaki juga anak perempuan kita, ingin tahu masalah yang kita hadapi kerena mereka sangat mencintai kita dan ingin tahu apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Tetapi bagaimana jika anak-anak kita tidak mahu bercakap mengenai masalah mereka kepada kita? Maka carilah seseorang yang lebih dewasa seperti abang atau kakak, mungkin jua sepupu yang mereka percaya. Mungkin individu-individu ini dapat membantu kita bercakap dengan anak-anak kita tentang masalah dan kebimbangan mereka.  Sama juga pada isteri atau suami, juga pada kawan-kawan kita. 


Bagaimana untuk berkongsi


Berkongsi sememangnya bukan perkara yang mudah. Kita pada zaman kanak-kanak pasti mengalami kesukaran berkongsi mainan dengan adik beradik, berkongsi makanan dengan kawan-kawan, berkongsi perasaan pada lelaki atau perempuan yang kita admier pada kawan-kawan,,* Terutama lelaki, malu..x macho katanya..Hahaha* tetapi ingat, berkongsi perasaan dapat merapatkan hubungan kita dengan orang-orang yang sayang, malah individu yang mengetahui masalah dan perasaan kita itu merasa sangat dihargai dan disayangi oleh kita.


1-Pilihan
Kita harus mengetahui individu yang mana mampu untuk berkongsi perasaan yang kita alami. Jika kita seorang suami ataupun isteri, maka pasangan kita adalah calon terbaik untuk dipilih, Jika kita adalah mereka yang berstatus bujang, maka ibu atau ayah adalah pilihan yang tepat. Tetapi jika takut mereka tidak dapat memahami perasaan kita, maka sahabat adalah calon yang berwibawa untuk tugasan ini. Jika kita mahukan privasi, pilihlah tempat yang tidak terlalu umum unuk kita bercerita. Pilih masa yang bersesuaian iaitu masa kedua-dua pihak dapat meluangkan bersama


2-Penerimaan
Menerima bahawa apa yang kita rasa tidak menentukan kita benar atau salah. Sebaliknya, ia adalah perilaku yang terhasil dari perasaan kita tentang sesuatu yang punya moral.


3-Bersosial
Ha...Jangan salah faham. Saya bukan bermaksud Feng Taw ok..Hehehe..Sertailah pertubuhan ataupun persatuaan dan kumpulan. Kadang ia menjadi lebih mudah untuk berkongsi perasaan dengan individu yang tidak kita kenali berbanding orang yang kita sayang, terutama jika individu-indvidu ini sedang mengalami peristiwa yang sama seperti kita. 


4-Ekspressi
Luahkan perasaan kita dengan menghasilkan seni seperti menulis puisi, sajak, menulis lirik mahupun menghasilkan lagu


5-Jangan
Jangan sesekali cuba menghakimi diri kita atau pasangan kita tentang apa yang kita rasa


Elakkan!!!


1. Menolak perasaan bererti menolak kita menolak hak seseorang untuk berperasaan. Jangan berkata pada mereka, awak tak seharusnya berperasaan begini atau  bertenang, ini semua perkara kecil. Teruskan bergembira. Jangan terbitkan kata-kata sebegini


2. Jangan membuat keputusan berdasarkan perasaan, terutama ketika kita sedang emosi.


3. Pendam dan bersendirian. Kongsilah perasaan kita dengan orang-orang yang tersayang setiap hari.


Keperluan:


Apabila kita menjadi seseorang yang dipercayai untuk mendengar perasaan seseorang, pastikan kita;



  • Terbuka
  • Jujur
  • Sanggup meluangkan masa
  • Memberi komitmen
  • Memberi penerimaan kepada apa yang mereka sampaikan



Tidak kira apakah status kita, seorang suami, seorang isteri, seorang ibu, seorang ayah, peguam, doktor,pemuzik, berkongsi masalah dan perasaan terutama yang mengakibatkan emosi kita menjadi tidak stabil. Ia akan menjadi satu peluang untuk kita meningkatkan kemesraan dengan insan tersayang. Jika kita seorang anak, tanyakan dengan baik jika telihat ayah mahupun ibu kita sedang di landa keresahan. Kongsilah kebimbangan mereka, nescaya kasih sayang akan lebih utuh. Kadang kita tidak perlu meyelesaikan masalah kita sendirian. Terkadang kita perlukan pertolongan. Apabila kita perlukan pertolongan, berkongsi adalah langkah pertama dalam mendapatkan bantuan yang kita perlukan.




 Berkongsi tidak membebankan kehidupan kita ataupun orang lain. Jika ia membebankan, masakan Baginda Nabi Muhammad menyeru umatnya untuk berumah tangga? Bukankah berumah tangga itu sendiri berkongsi suka duka kehidupan Sang Adam dan Hawa???








'Akashah
28 Safar 1432 Hijrah






5 comments:

  1. wah bagusnya entry nie...dah macam dato.dr.fazilah kamsah la pulak...hehe...leh jd pakar motivasi nie..

    ReplyDelete
  2. wah... sudah ada peminat... pas ni pergi dating plak.... hahaha

    ReplyDelete
  3. Aisyah:Heehehe..Thanks awak..Insya Allah, mana taw kan..kot2 esok sy jadi pakar motivasi..hehe..dptlah awak dpt free nasihat dari sy..heeee

    ReplyDelete
  4. Shahrul:Hahaha..byklah ko..dating pe benda..fulusnya engak ada skrg..haha

    ReplyDelete
  5. sharing is caring! :)
    follow blog aku bro..trimas!

    ReplyDelete