![]() |
'Akashah with his borther, Zaid |
![]() |
With Ahmad Aliff..=) |
Hidup manusia, ceritanya, juga jalannya, adalah berdasarkan karakter kita yang tersendiri. Jika anda adalah seorang yang 'simple', kehidupan anda juga selalunya adalah simple. Saya punya personaliti yang agak rumit, dan fikiran saya juga rumit. Kehidupan saya menyimpan terlalu banyak persitiwa dan sejarah yang benar-bendar tidak orang lain jangka. Apa yang ingin saya kongsikan pada anda pembaca semua, adalah mengenai pengaruh, atau dalam kata Inggerisnya, Influence. Dalam post yang terdahulu, saya pernah mengatakan bahawa kita semua wujud dalam perubahan. Benar, percaya atau tidak, kita semua pasti akan berubah. Faktor utama mengapa perubahan ini berlaku adalah perkara di sekeliling.
Perubahan: Baik dan juga Buruk??
Pengaruh di sekeliling kita sebenarnya amat dominan. Begitu sukar menterjemahkan mengapa ia begitu kuat, tetapi apa yang saya dapat rangkaikan, ia disebabkan kita berhadapan perkara ini tiap-tiap hari. Setiap wajah yang punya kisah tersendiri pada kita, jua sentiasa kata-kata dan janji mempunyai erti. Pada suatu ketika dahulu, pada zaman awal remaja saya, saya suka berkawan tanpa mengira 'status'. Tidak kira anda adalah budak baik ataupun nakal,saya tidak ambil peduli. Saya memandang persahabatan itu sebagai satu ikatan yang bersih, dan sebagai satu 'guru' yang tidak akan bisa mendapat ilmu di tempat lain. Apa yang saya dapati, persahabatan, cinta dan keluarga memainkan peranan yang penting dalam menentukan corak perubahan kita.
![]() |
Tidak perlu berpura-pura..always be myself-'Akashah |
![]() |
Tune violin n gitar..hehe |
![]() |
my hunny bunny Farah Inani....XD |
Gadis itu, pada asalnya merupakan seorang yang asing dalam kehidupan saya sejak 3 tahun lepas. Malah, saya tidak begitu mengenalinya. Tetapi, takdir memilih saya. Ada sebab-sebab yang Allah sahaja ketahui, tetapi saya pasti, ia membawa kebaikan pada saya dan juga si dia.
Saya adalah orang sukar untuk terpengaruh, jua dipengaruhi. Ayah sendiri gelarkan saya Dr J's junior, kereta kebal dan lone ranger..Hehehe...Thanks ayahanda. Apabila saya menjalinkan hubungan istimewa bersama si dia, saya dapati dia punya karakter yang lemah jua punya kelemahan yang sangat besar. Saya bertekad untuk membimbing dia, malah saya mula meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri untuk menjadikan dia seseorang yang lebih baik. Alhamdulillah, perlahan-lahan, usaha keras saya mula berhasil. Sifat-sifat positif saya mula 'berbicara' pada dia dan dia mula berubah sedikit demi sedikit. Pabila saya mula sudah memikir kebahagian ini kan kekal, Allah datangkan ujian yang sebenar akhirnya pada saya.
![]() |
Farah dgn daddy dia..hehe |
![]() |
Di kantin RTM..alamak 2 beg 'dia'..ouucchh..hehe |
Allah berfirman:
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui " Al-Baqarah : 216
![]() |
4.5.2010..with her..Blur, untuk tdk dedahkan identiti.. |
Saya menyukai sesuatu yang mengakibatkan perubahan yang lebih negatif hadir dalam diri saya. Maka, Allah menyelamatkan saya dengan membatalkan hubungan itu.Apabila saat menjelma, saya jatuh seterusnya, hilang kekuatan dan tidak lagi menjadi seperti dulu, kawan-kawan sejati saya, Farah Inani dan Ahmad Aliff terpaksa melihat saya jatuh dan membiarkan saya. Langkah mereka berdua sangat tepat. Apabila saya bangun semula dengan kekuatan sendiri, saya menjadi jauh lebih kuat dari dulu serta menjadi lebih optimis. Tindakan mereka tidak kejam, sebaliknya saya kagum dengan mereka berdua kerena mempercayai diri saya walaupun saya sendiri sudah hilang arah. Seumpama seorang ibu yang penyayang, ibu akan melihat anak mereka cuba belajar berdiri sendiri, membiarkan anak mereka jatuh berulang-ulang kali dalam mempelajari proses berdiri dan belajar. Kerna sifat penyayang, mereka terpaksa menahan sakit melihat anak menangis kesakitan. Tanpa sedar, airmata ibu membasahi pipi tetapi itulah yang ibu harus lakukan agar anak mereka dapat berjalan dengan sempurna. Itulah kasih sayang..
Saya memilih untuk melihat apa yang berlaku sebagai batu loncatan dalam mempelajari ilmu yang sangat berguna yang tidak akan didapati dimana-mana.
Saya memilih untuk melihat apa yang berlaku sebagai satu jalan kebangkitan, untuk menemui semangat dan kesucian dalam diri, dimana ia juga wujud dalam diri anda.
Saya memilih untuk melihat apa yang saya tempuhi sebagai satu kasih sayang dari Ilahi, supaya saya dapat kongsikan pemahaman saya kepada mereka yang melalui pengalaman yang sama.
Kehidupan benar-benar sangat baik, tetapi kadang-kadang kita lupa bahawa kita mempunyai pilihan pada setiap langkah. Kita mempunyai pilihan untuk bertindak atau bertindak balas. Kita juga mempunyai pilihan. Kita mempunyai pilihan dengan melangkah mundur, atau mengambil nafas dalam-dalam, dan kemudian bergerak maju denagn penuh keyakinan.
![]() |
oohhh..tgh audition RTM pun sempat pose qiut..hehe 27.4.2010 |
Moga anda pelajari sesuatu dari penulisan saya.Selamat tahun baru, moga kita semua menjalani kehidupan yang lebih baik pada tahun 2011.
P/S: Penulisan kali ini sangat bermakna dan istimewa. Saya dedikasikan post ini pada best friends saya, my hunny bunny Farah Inani dan Malays most talented violinist and intelectual person*Dia fikir dalam2, sama macam saya..hehe*, Ahmad Aliff..*Love you both..♥
'Akashah
25 Muharram 1431 Hijrah