Thursday, July 12, 2012

Curang..Perspektif di hati Kasha

Curang. Lelaki curang, selalunya dalam mana-mana sudut dunia ia dianggap perkara yang normal. Lelaki yang curang dikatakan lelaki yang tidak serius dengan pasangannya, sebaliknya suka berfoya. Namun, bukan isu ini yang penulis mahu sentuh. Sebahagian coretan pada penulisan kali ini, adalah pengalaman yang bertahun penulis simpul rapi dalam ingatan. Sempena Ramadan yang bakal menjelang tiba, penulis merasakan ia perlu dizahirkan agar menjadi iktibar dan pedoman kepada pencari kedamaian.

Curang: Alasan?
Kadang-kadang kita terfikir, mengapa wanita yang kita cintai tinggalkan kita? Secara asasnya, wanita meninggalkan lelaki yang dia cintai atas pelbagai perkara. Bagi wanita yang penyayang dan tidak terlalu mendambakan perhatian dari lelaki, mereka meninggalkan cinta apabila merasakan mereka tidak dihargai.

 Perasaan mereka yang tidak dihargai-Apabila apa yang mereka lakukan tidak anda hargai, dari keikhlasan mereka menelefon anda hampir setiap hari, bertanya khabar, mahupun melakukan romantis dalam perhubungan anda.

Wanita yang sebegini selalunya curang dengan lelaki yang tahu melimpahi mereka dengan pujian yang mereka dambakan, yang memuji diri mereka yang sebenar dan apayang mereka telah korbankan dalam dunia.

Cinta dari hati Penulis
Bagaimana dengan lelaki yang sentiasa memberikan terbaik sisi dirinya utk seorang wanita?Secara jujur, apabila penulis sudah jatuh cinta, penulis seolah-olah hidup dalam khayalan. Cinta akan membuatkan penulis berkorban segalanya, termasuklah harapan, dunia, kepentingan diri penulis. Ramai beranggapan ia adalah kelemahan penulis yang sangat besar, namun penulis bukanlah lelaki yang suka memaksa.


Pengorbanan yang kecil mahupun besar adalah bermakna pada mereka yang penulis sayangi.Penulis percaya ia perlu dilakukan, dan rasa pergorbanan itu yang mampu mengukir senyuman pada mereka yang tersayang. Kerna itu, penulis dahulu cukup takut untuk bercinta. Mereka yang mengambil kesempatan akan membuatkan penulis berasa sangat letih dan kecewa utk satu tempoh yang sangat lama.

Mengapa penulis sangat menyukai cinta?Penulis menyukai perasaan yang ada pada cinta, perasaan romantis menyayangi, menghargai, menjaga seseorang dengan sepenuh hati penulis.

Curang; Kesan hati

Apabila si dia yang penulis bahagiakan berlaku curang, perasaan yang mula-mula timbul adalah...? Marah? Geram? Perasaan yang merajai hati penulis ketika itu adalah tidak disayangi, tidak dikagumi oleh teman wanita ketika itu. Benar, terasa seperti seseorang yang telah kehilangan pemujaanya.

Mungkin ramai tidak pernah tahu, apa yang memberi kekuatan pada penulis adalah kegembiraan yang terpancar pada raut wajah-wajah kesayangan penulis. Apabila penulis mampu memberikan mereka senyuman saat mereka sedang berduka, maka penulis akan rasa seperti seorang kesatria, yang bangga menghunus pedangnya kerana gembira dengan pencapaiannya.

Paling mendukacitakan, dari memarahi dan berlalu pergi, penulis memilih jalan yang salah iaitu untuk terus kekal setia dan berlaku bodoh seperti penulis tidak nampak kecurangan yang berlaku. Berlakon dan membiarkan hati terus terluka dari hari ke hari.Menerimanya semula dan melihat dia berlaku curang lagi dan lagi, menyebabkan ada perasaan negatif yang penulis simpan terlalu lama.


Apabila datang hari penulis bersendiri dan menjauhkan diri, memerlukan ruang dan waktu untuk menemui jalan kembali kepada diri, si dia tinggalkan penulis. Umpama malam yang kehilangan bulan untuk ditatapinya, hati yang dahulunya bahagia kini terperangkap derita yang bertahun lamanya memakan gembira yang menyinari hati sang kesatria.

13 Ramadan 1433Hijrah ni bakal menjadi saksi 2 tahun sejak kali terakhir penulis bercinta. Benar, pada setiap perjuangan yang ada perlu kita berjuang sepenuh raga walaupun peluang kemenangan adalah tipis. Namun, ingatlah tidak pada semua perjuangan itu berbaloi untuk dilaungkan. Lihatlah pada siapa dan visi perjuangan itu, apakah ia wajar dicapai bersama orang yang salah?

'Akashah
22 Sya'ban 1433 Hijrah

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Lelaki bila x endah, ada 2 sbb utama:

    1-Dia sedang menyendiri, iaitu going into the cave
    2-Dia sudah comfortable dgn hubungan yg dia ada

    Jika dia mengalami situasi satu, awak beri dia masa, dn biarkan dia menyendiri.Dia akan pulang semula

    Jika situasi kedua, maka awak perlu membuat dia 'memburu' semula..Bila lelaki rasa comfortable, dia akan kurang untuk memberi

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Sound like nonsense, but mmg ia adalah kejadian natural lelaki..

    Sbb itu, bagi mereka2 yg dh lama bercinta, mereka faham 1 perkara. Lelaki ni akan lebih bermotivasi dlm cinta jika mereka mampu mengembirakan pasangang mereka. Tetapi pihak wanita yang harus mewujudkan peluang utk mereka gembirakan pasangan

    Give less, so that men can give more...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete