
Apa itu Maaf??
Maaf itu adalah satu kerelaan,perasaan yang membebaskan seseorang dari rantaian yang mengikat seseorang kerana kesalahan yang dilakukannya. Apabila insan lain melakukan kesalahan terhadap kita, secara automatik ia 'kan mengakitakan luka pada hati, yakni kepedihan yang tidak terlihat. Ia menyebabkan kita sukar melupakan kesalahannya kerana kesakitan kita tidak dapat dilihat, maka secara tidak sedar kita kan rasa kesakitan itu berulang-ulang.
Kita meletakkan harapan agar individu itu sedar akan kesilapanya, lalu memohon kemaafan dari kita. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, insan itu tidak endah dan membiarkan begitu sahaja. Derita yang dialami semakin bertambah lalu timbul kebencian dalam diri yang seterusnya mengikat diri kita pada individu tersebut. Selagi tiada maaf dipohon secara ikhlas, maka kita begitu berat untuk memaafkan seseorang.
Kemaafan itu adalah kuasa positif
Bagaimana kita mahu memaafkan seseorang? Itulah persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita. Penulis juga mengambil masa setahun lebih bagi mencari jawapan ini. Memaafkan itu adalah dengan memaafkan diri sendiri dahulu, bahawa kita kadang mungkin tertipu dengan perwatakkan manusia lain. Merima kekurangan diri bahawa kadang kita mungkin lemah sehingga dipermainkan, dipergunakan, tidak diendahkan dan sebagainya. Hanya dengan memaafkan diri sendiri, barulah jalan kemaafan dapat dibuka dengan luas.
Kemaafan itu adalah;
- Memberi diri kita hak menjadi manusia yang jauh lebih baik dari orang yang berlaku salah pada kita
- Mewujudkan lukisan baru tentang seseorang
- Membenarkan diri kita beramal dan memberi kebajikan
- Melihat kemaafan dari perspektif baru

Islam telah menerangkan bahawa adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, dengan memberikan hak pada mereka yang berhak menerimanya. Apabila kita tidak memaafkan orang lain, kita telah berlaku kejam pada diri sendiri apabila menafikan hak untuk memaafkan. Maka, kita telah mengikat diri kita pada kebencian yang berterusan seterusnya menghadirkan lebih banyak tenaga negatif dalam diri. Untuk menghampiri diri kepada keadilan dalam konteks Islam, maka kita haru memberikan orang yang bersalah hak untuk dimaafi
Lukisan Baru
Untuk memaafkan seseorang, kita harus melihat seseorang itu dari sudut atau gamabran yang baru dan berbeza. Di mata kita, orang yang bersalah adalah salah dan seolah-olah kita melihat dia segalanya buruk dari segala aspek. Mungkin kita tidak sedar kita memendam dendam dan kemarahan terhadap insan tersebut. Ia berlaku jika kita melalui perpisahan. Individu yang kita sayangi menjadi racun dalam fikiran kita. Lepaskanlah, biarkan semua perkara buruk yang betul itu terbang bersama angin. Kita tidak perlu menyimpan maklumat sebegini dalam fikiran kita. Anggaplahb kita sedng melihat sebuah lukisan yang buruk, maka kita potretkan ia semula dengan dimensi lukisan yang baru
Memberi Kebajikan


Kemaafan dari perspektif baru
Apabila seseorang menyakiti kita, kadang kita terlalu marah sehingga kita berjanji kepada diri sendiri untuk tidak memaafkannya. Jangan begitu. Saat kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya telah membuang beban kebencian yang terletak di bahu kita. Sedarlah, bahawa kita mampu tersenyum semula, mampu bergembira semula saat kita membuang beban kebencian ini dengan kemaafan. Kesakitan yang datang dari pihak lain, ia adalah;
- batu loncatan kepada kita dalam mengenali manusia dan dunia.
- Perintis jalan dalam lebih mengenali kelebihan dan kekurangan diri
Apa yang berlaku menjadikan kita seorang yang lebih baik* Hanya pada mereka yang berfikir*. Ampuni dan kasihilah mereka yang menyakiti kita, kerana mereka memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik.

Satu perkara, apabila kita memaafkan seseorang, kita sebenarnya memberikan belas kasihan, kemurahan hati dan kasih sayang. Kerana itu, tanpa sedar; kita sendiri telah sembuh
'Akashah
30 Ramadan 1432 Hijrah