
- Prinsip Kejujuran

Prinsip kejujuran dalam persahabatan adalah mengenai gambaran. Gambaran itu bermaksud sahabat kita mengenai satu imejan konkrit tentang siapa diri mereka sekarang dan siapa mereka pada setiap situasi yang berbeza. Inilah dinamakan kejujuran, iaitu mereka tidak berpura-pura sebaliknya selesa menunjukkan karakter mereka dalam setiap situasi. Apabila sesuatu perkara itu kelihatan atau dirasai tidak benar atau tidak tepat, mereka akan memberitahu anda.
- Dalami minat

- Seronok
- Menarik
- Memahami
Pada hari sememangnya sukar untuk kita mencari masa, namun jika meluangkan sedikit waktu berdasarkan common interest, maka secara tidak langsung kita telah meningkatkan tahap pemahaman kita pada sahabat.
- Supportive, acceptance, positive and appreciation
Supportive
Ia bermaksud rakan yang sentiasa ada susah dan senang. Ciri ini membolehkan seseorang mengetahui apa yang disukai dan kurang disenangi rakan kita. Mereka akan menjadi seseorang yang sentiasa percaya dengan kebolehan diri kita, dan membantu kita menjadi seperti diri yang kita inginkan. Apabila masyarakat membelakangkan anda, sahabat ada ada di sisi dan berjuang bersama. Sahabat tidak akan membawa anda ke dalam situasi yang anda tidak selesa mahupun situasi yang berkemungkinan menyebabkan anda kehilangan sesuatu yang berharga dan bermakna dalam hidup
Acceptance
Dalam persahabatan , diterima sepenuhnya terutama dari segi kelemahan menjadi kunci dalam persahabatan yang jujur. Manusia sentiasa berubah kerana perkara di sekeliling kita juga berubah. Sahabat sejati tahu dan akan menerima perubahan yang ada dan adapt ke dalam perubahaban tersebut. Mereka juga tidak akan sesekali mengubah anda. Walau sebesar mana kesilapan yang dilakukan, mereka akan belajar memaafkan dan tidak berkira. Erti kata, mereka tetap melayan anda dengan baik walaupun anda dalam mood stress, suram mahupun dalam keadaan yang tidak mencerminkan diri anda seperti kebiasaan.
Positive and Appreciation
Kehadiran diri kita mampu memberi impak kepada diri orang lain. Ada pepatah mengatakan terdapat dua individu dalam dunia ini, mereka yang membawa cahaya sebaik memasuki bilik yang gelap dan mereka yang membawa cahaya setelah mereka keluar dari bilik gelap itu. Kehadiran kawan yang optimis akan membawa cas positif dalam persahabatan itu dan seterusnya membawa lebih kegembiraan dalam persahabatan.

Mengapa kita tidak boleh menghargai perbezaan yang ada? Cuba bayangkan jika anggota badan kita dicipta serupa, dimana tangan, mata, mulut, kaki tidak berbeza tetapi sama? Mampukah kita menghargainya? Perbezaan kita bersama rakan seharusnya dijadikan jambatan persahabatan yang lebih akrab dan menghargai setiap kekurangan dan kelebihan yang kita ada.
Ciri-ciri ini adalah nukilan peribadi penulis. Ramai di luar sana mempunyai ciri-ciri berbeza dari penulis nyatakan. Nasihat penulis, jadikan diri anda mereka yang memberi. Apabila kita menjadi tangan yang memberi, pasti Allah bukan pintu rezeki untuk mempunyai persahabatan yang sejati.
Terimalah lagu I'll be there for you dari The Rembrandts..;)
'Akashah
25 Zulkaedah 1432 Hijrah
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me