Banyak perkara berlaku di luar jangkaan, kadang menyebabkan penulis merasakan ia adalah kesilapan penulis. Penulis merasakan kesilapan-kesilapan ini boleh dielakkan, terus menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku. Persoalan yang timbul adalah, adakah jalan menyalahkan diri sendiri adalah penyelesaian? Jika begitu, mengapa penulis merasakan kesakitan yang teramat pedih?
Menyalahkan diri sendiri hanya memburukan keadaan. Perkara yang berlaku adalah kesalahan orang lain, kenapa perlu kita menyalahkan diri sendiri? Mengapa perlu kita menyiksa diri sendiri? Kita menyalahkan diri kita kerana begitu mudah terpedaya, menjadi penakut dalam membicarakan sesuatu, terperangkap dalam situasi yang memalukan, salah dalam membuat keputusan-Ini adalah lumrah. Ini adalah sebahagian perkara yang kita letakkan beban kesalahan pada diri sendiri.
Kesilapan; semua manusia pasti melakukan kesilapan. Jangan takut atau keberatan menerima hakikat bahawa kita telah tersilap. Walau kita mungkin mempunyai banyak pengalaman hidup, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Fikir sejenak, bagaimana kita dapat melakukan peningkatan kualiti diri kita? Iaitu belajar dari kesilapan yang berlaku. Kesilapan adalah peluang, peluang untuk membuka mata kita kepada perspektif pemikiran yang baru. Tanpa kesilapan, kita tidak mampu untuk melihat sesuatu dari sudut berbeza, tidak mampu untuk menjadi lebih kuat, tidak mampu menjadi lebih waras, tidak mampu belajar sesuatu.
Tidak memaafkan diri sendiri, umpama kita mencampakkan diri kita sendiri ke dalam penjara. Tragis bukan? Menyalahkan diri sendiri memenjarakan kita dari menikmati hidup lebih baik dan merasakan keamanan dalam kehidupan kita. Jika kita memikirkan perkara silan, maka apa yang ada pada perkara lepas akan kita rasa-Sesalan dan kesakitan.
Sewajarnya kita semua tahu bahawa tuding- menuding atau memikul beban menyalahkan diri tidak membawa kita kemana, sebaliknya kita terus derita. Oleh itu ingatlah bahawa;
Sewajarnya kita semua tahu bahawa tuding- menuding atau memikul beban menyalahkan diri tidak membawa kita kemana, sebaliknya kita terus derita. Oleh itu ingatlah bahawa;
- Kadang memaafkan diri yang diperlukan. Walau sebenarnya kadang-kadang kita mahu menyalahkan orang lain, pokoknya kita sendiri bertanggungjawab dalam tindakan kita
- Dendam/ Kemarahan berpanjangan umpama penjara. Jika masih cuba menjahit kelukaan lama, lepaskan diri anda dari kelukaan itu. Anda berhak untuk bebas
- Memberanikan diri dan mencuba perkara baru. Jika kita lakukan sedikit perubahan dalam hidup kita, tanpa kita duga ia memberi impak dan membuka mata kepada pandangan dimensiyang baru. Nikmati hidup dan jalani aktiviti yang tidak pernah kita cuba sebelum ini.
Selamat tinggal derita, selamat tinggal sengsara yang membebankan. Aku mahu hidup lebih bebas dan aman
'Akashah
7 Safar 1433 Hijrah
gud2...memaafkan adallah sesuatu yang mulia....^^
ReplyDeleteHehehe...wah Cik Niny komen blog sy..rasa nak terbang je...heeee^^
ReplyDeletehahaha,,knpe pulak.....
ReplyDeleteHahaha,,cik artis yg comey+baik hati+cantik komen blog sy yg penuh kedaifan ni..rasa mcm dating dgn Neelofa je, 2 sampai terbang..haha
ReplyDelete