Apakah yang selalu di rungut wanita mengenai lelaki?
- Penipu
- Pemalas
- Tidak Menghormati
- Biadap
- Pentingkan diri
- Terlalu ego
- Tidak sensitif
Ini antara rungutan yang diberi pada lelaki. Rungutan ini juga antara penyebab wanita meninggalkan lelaki yang mereka cintai. Namun, ada golongan wanita yang tidak bersyukur, walau mereka mempunyai lelaki yang sangat baik dalam hidup mereka dan tidak mempunyai perwatakkan seperti list di atas, mereka tetap nekad pergi. Kejam bukan? Mari kita lihat sebabnya..
- Mengapa??
Anda lihat seorang lelaki yang sangat baik. Dia menjaga pasangannya dan sentiasa meluangkan masa, berkorban masa dan tenaga untuk memastikan sebuah senyuman terukir pada bidadari kesayangannya. Boleh dikatakan lelaki itulah hampir lengkap dan sempurna, punya ciri-ciri yang sangat positif dalam dirinya; namun dia tetap ditinggalkan. KENAPA? Jawapannya mudah, iaitu KECERIAN JIWA.
Kita sedia maklum, Allah telah mencipta kaum hawa yang di datangkan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Apa itu nafsu? Nafsu bermaksud keinginan. Dalam konteks wanita, keinginan mereka adalah pelbagai dan di dalamnya wujud emosi yang sukar bagi kita kaum lelaki untuk faham. Nafsu ini perlu dipenuhi tuntutannya, dan disinilah masalah berlaku. Tidak semua wanita, memerlukan sembilan keinginann emosi mereka dipenuhi. Wanita yang mahu kesemuanya dipenuhi, wanita inilah yang selalu mendatangkan derita dalam cinta
Ia bergantung pada kekuatan dan perasaan dalaman seseorang wanita. Jika seseorang wanita itu tidak begitu gembira di dalamnya walaupun zahirnya kita lihat dia bahagia, selalunya akan menghajati seseuatu yang tidak mungkin dia akan dapat dari lelaki yang sedang bersamanya. Walaupun semua keperluan wanita tersebut dipenuhi, tetapi apabila pergolakan dalam dirinya tidak di urus dengan baik, maka kita dapat lihat wanita itu tidak puas malah kelihatan semakin keliru dengan apa yang di perlukan. Contohnya;
- Contoh
Seorang lelaki bernama Kasha menerima kehadiran gadis bernama Cahaya. Cahaya mahukan Kasha kerana dia tertarik dengan keperibadian lelaki trsebut yang baik, bertanggungjawab, dan punya karakter suami yang sangat bagus. Apabila Kasha mula membuka hatinya, dia memberikan segalanya pada cahaya. Mereka, pada mata teman-teman dan ahli keluarga, sangat bahagia dan serasi bersama. Namun, pergolakan berlaku tanpa sesiapa dapat melihatnya, terutama Kasha. Walaupun dia memberikan segalanya, menjaga Cahaya dengan sangat baik, sentiasa mendorong dan melakukan apa sahaja, keinginan Cahaya tidak pernah putus malah semakin bertambah dari hari ke hari. Malah, kadang Cahaya meragam secara tiba-tiba dan Kasha tidak faham mengapa.
Lalu bermula detik Cahaya yang sentisa mengugut meninggalkan Kasha. Malah, Cahaya juga semakin sukar di baca. Akhirnya pergaduhan mula singgah dalam relationships mereka, lalu cahaya meninggalkan Kasha.
Fikirkan sejenak, apakah yang menyebabkan cahaya begitu. Sebenarnya cahaya tidak gembira dalam hatinya. Walaupun mendapat lelaki yang sangat baik dan ikhlas menjaganya, terdapat satu nafsu yang gagal di penuhi Kasha, iaitu kecantikan. Cahaya merupakan gadis yang cantik dan dia merasakan Kasha tidak cukup kacak, tidak menepati ciri-ciri fizikal yang dia mahukan dari seorang lelaki. Maka, apabila tuntutan ini tidak dipenuhi, maka wanita menjadi tidak gembira, dan mereka akan tinggalkan lelaki begitu sahaja.
Bersambung pada bahagian kedua...
'Akashah
12 Ramadan 1432 Hijrah
ya..perempuan sememangnya begitu..tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada..
ReplyDeletesaya juga mempunyai pengalaman yang sama seperti yang berada di dalam contoh kamu itu..
sakit terus menyelubungi jiwaku kerana diperlakukan begitu..apa salahku sehingga dia meninggalkanku?
tambah2 lagi dia sekarang bersama lelaki yang tidak sepatutnya dia dekati..hmm
tapi aku pasrah dan akur dengan kehendak ilahi..Alhamdulillah, aku sekarang hidup bertambah ceria tanpanya disisi walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa ku tempuh selama ketidak hadirannya itu.
Alhamdulilah Ya Allah..semoga Alah merahmatinya, amin..
Akashah! Good job bro!
ReplyDeleteI really2 love this entry..seriously!
Entri kali ni membuka mata aku supaya bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang..thanks a lot Akashah! and well done!
mmg entri kali ni bg impak yg besar utk aku =)
Kamikaze: Alhamdulillah, kita berkongsi pengalaman yg sma..Walau begitu, kita tetap ceria tanpa sesiapa, itu menunjukkan anda seorang yang kuat dan tabah..Allah suka hambaNYA yang sebegitu..
ReplyDeleteTeruskan kehidupan, kalau anda lihat video pada dua2 enrti ni, anadakan dapati wanita sebegini memang sukar, melainkan mereka mengubah diri sendiri, barulah mereka akn bahagia...
Farah Inani: X sangka dpt buka mata anda..Alhamdulillah, lepas ni sy akn cuba sedaya upaya menulis entri yang lebih bermakna..Doakan saya...=)
ReplyDeleteInilah blog yang terbaik mengenai (relationship) yang pernah aku baca.... (^_^)
ReplyDeleteShahrul: Thanks bro...really appreciate it..;)
ReplyDelete